Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, August 12, 2011

ustaz ash:Tips nak selesaikan masalah saf di khariah anda

Baru-baru ni cik farah ...merungut tentang jemaah dekat khariah dia ni, buat saf tidak betul..macam2 keluhan dia luahkan…jadi atas permintaan dia la Ustaz Ash keluarkan entry khas ini. Berkenaan dengan SAF

Apa itu saf?

Saf tu barisan. Dalam hal yang akan dibicarakan ini lebih tertumpu kepada saf dalam solat. Apa yang akan dibincangkan kejap lagi bukan saf yang berhubung, bagaimana nak buat saf untuk kedudukan imam, makmum lelaki dan makmum perempuan. Yang akan dibincangkan kejap lagi adalah bagaimana nak buat saf untuk makmum sahaja tak kira lelaki atau perempuan dengan betul.

Apa masaalahnya dengan jemaah yang buat saf zaman sekarang?

Baru-baru ni, sewaktu Ustaz ke masjid.Ustaz agak terkejut apabila melihat jemaah buat saf tidak betul. Mereka buat saf bermula dari tepi kiri dan kanan. Malah ada saf yang dibuatkan lompong di tengah walhal di tepi kiri dan kanan penuh. Mereka mencari kipas.mungkin mereka kepanasan barangkali. Yang peliknya ada yang mencari tiang,ada jiga yamh mencari kipas.kadang-kadang tu rasa macam mereka bukan berimamkan pak imam pulak.rasa macam mereka berimamkan pak kipas...pak tiang...

sebenar..perkara saf ini cuma perkara kecil sahaja dan tidak perlu dibahaskan tapi kurang molek kerana pernah satu ketika nabi memacakkan pedangnya untuk membuat tanda bagi memperbetulkan saf para sahabat.Cuma ustaz nak menjawab sahaja soalan cik farah bagaimana nak buat saf dengan betul dan bangaimana nak atasi masalah ini dekat khariah cik farah.

Penuhkan saf hadapan dahulu.

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)

malah saf hadapan itu lebih afdal...

Sabda nabi

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sememangnya saf pertama dihadapan itu lebih baik tetapi lain pula untuk wanita iaitu di belakang lebih afdal.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang.Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi apa yang jadi sekarang pada hari ini, kita akan menjemput orang lain duduk saf hadapan. Kita tahu orang timur ini penuh dengan adab ketimuran tetapi agak salah guna masa dan tempat di situ. Sepatutnya kita kena menjadi "tamak" dalam hal amal ibadah kita kepada Allah. nak rebut pahala.tak kiralah kita ni jarang datang masjid ka…pakai baju rock sangat ka.yang pasti jika anda impikan "secret pahala" yang nabi cakap tu.rebut2 lah kehadapan.tgk mcm ustaz.ustaz ash jarang juga ke masjid.tapi bila ustaz datang je memang ustaz akan berebut duduk di hadapan tak kira la orang nak kata apa.sbb tindakkan ustaz bertepatan dengan ilmu yang ustaz ada dan ustaz nak mengejar rahmat Allah. so what are you waiting for…berubah la yer…

mulakan saf dari tengah iaitu selari dengan belakang imam.

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, “Barisan itu dimulai dari tengah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan

penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

“Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)


Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)


Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan


3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa'i, & Ahmad. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya,aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim)




Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi



Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini

Tips nak selesaikan masalah saf di khariah anda

1.pastikan diri anda tu buat saf dengan betul dulu. tunjukkan contoh tauladan yang baik dahulu.buat saf dengan sebaik yang anda boleh sebab kalau nak rapatkan saf sorang-sorng agak susah sebab pasti orang sebelah akan cuba untuk merenggangkannya kembali.

2.buat risalah tentang saf.ni kalau anda cukup banyak duit dan berani la.try buat dan edarkan kepada semua jemaah.

3.beri cadangan kepada pak imam untuk menjemput penceramah popular untuk bagi tazkirah berkenaan saf.kasi panas sikit telinga diorg tu.

4.anda buat surat layang kepada pak imam atau ajk masjid untuk memasang kipas dekat atas siling masjid.paling bagus buat macam satu masjid ni dekat kedah.pak imam nak selesaikan masalah saf ni, si pak imam pasang kipas banyak sampai jarak antara kipas dengan kipas tu satu kaki setengah je plus air-cond.

5.kalau pak imam cakap tak dak duit jugak suruh pak imam buang semua kipas.kalau anak khariah tnya...
anak khariah"pak imam kenapa buang semua kipas?..
maka pak imam perlu jawab mcm ni "ini baru panas dunia...belum panas akhirat...kamu ni..byk dosa sangat la tu...orang ajak datang jemaah selalu tak nak...sebab tu panas...tengok macam saya..sejuk je...siap berjubah dan berserban lagi ni haa...xpanas pun"

p/s:selamat beramal~


cuba bayangkan jika saf kita macam ini...gerun kn?ni baru solat, tak di medan jihad lagi


saf muslimat pula macam ini...mesti musuh Islam pun gerun tengok...

cuba bayangkan semua gambar jemah di atas pakai baju askar macam ni...konpem amerika takut..


2 comments:

  1. kadang2 waktu solat jemaah, sebelah kta ad gap or lompong kanan n kiri, nk rapat dgn yang kanan, berlompong di kiri, sbb org dkiri xnk bergerak, ble rapat dikiri, kanan nya pula yg berlompong sbb org kanan pn xnk gerak, jd kita nk rapatkn ke sebelah mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beberapa pendapat ulamak mengatakan perlu lebihkan sebelah kanan dahulu..dan ada sepebdapat yang lain yang mengatakan perlu mengubah menuju pada imam.sebagai contoh jika kita bergerak ke kiri itu lebih mendekatkan kita dengan imam maka bergerak lah ke arah kiri.jika gerak ke kanan mendekatkan kita dengan imam maka geraklah ke kanan.ni semua hasil dari pembacaan saya.adalah lebih baik jika saudara/saudari bertanya pada ulama ataupun pada orang yang lebih ahli tentang ilmu fiqh...sekian

      Delete

mcm menarik je ni..tekan la..