Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, July 26, 2012

Prof Ash: "checklist ibadah" a.k.a "jadual ibadah"

Assalamualaikum.haa...lama kita tak berjumpa ya.Maaf la Porf sibuk sangat kebelakangan ni( sibuk je memanjang dia ni..sibuk sampai berbulan-bulan..hmm)
ok la. Kali ini, bagi mengubat kerinduan korang dengan pandangan Prof, jadi prof nak berkongsi pandangan prof sikit berkenaan dengan "checklist ibadah" kita. Maklumlah kita sekarang berada di bulan mulia.Ramadhan al-Mubarak.

Baik lah..tahu  tak apa itu "checklist ibadah" ataupun dikenali sebagai "jadual ibadah"? Checklist ni adalah checklist untuk kita ketahui sejauh manakah ibadah kita seharian. Selalu kita tak pernah pun mencatat  aktiviti ibadah kita kan?Yang kita tahu, catat aktiviti kerja jeMalah tugas catatan ibadah ini, kita serahkan sepenuhnya kepada malaikat Rakib dan Atit. Kalu malaikat yang catat macam mana kita nk tengok balik catatan tu kan?Malaikat Rakib dan Atit tu bukan mcm PA kita yang buku catatan aktiviti tu dapat dirujuk kembali. Jadi jom kita buat checklist ini. Denga checklist macam ni.Baru lah kita dapat analisis ataupun muhasabah sejauh mana ibadah seharian kita kepada Allah.

Jadi sebagai panduan di sini prof nak share sikit senarai ibadah yang mana pada prof semua orang boleh buat ibadah yang mudah ini di bulan mulia ini.

1.Solat jemaah (subuh,zohor,asar,maghrib,isya)
Solat fardu 5kali sehari berjemaah sepatutnya pada bulan ramdhan ini kita lakukan dengan "full".Tapi  pasti ada akan tanya macam mana. Sebenarnya mudah je.

a) Solat subuh jemaah kita amat senang untuk lakukan bila bulan ramdhan menjelang sebab kita kena bangun untuk bersahur,jadi jangan la tidur balik selepas sahur.tahan mata tu kejap. lepas solat subuh jemaah baru sambung tidur.

b) Zohor pula takkan tak boleh kalau subuh boleh gsolat berjemaah.

c) Asar lak odw pergi ambil bubur lambuk dekat masjid tu, pergi la semayang sekali.Tak malu ke pergi ambil bubur lambuk di masjid untuk berbuka padahal solat asar jemaah pun tidak.Jangan jadi kufur sangat la kan.

d) Maghrib pula solat jemaah dengan adik ke.kakak ke.Di rumah spun still boleh bersolat berjemaah.Jadi tak ada sebab berbuka di rumah tidak boleh solat berjemaah

e) solat isya pulak confirm la solat berjemaah sebab adanya tarawikh.

#seandainya tidak mampu juga tidak menjadi masalah.tetapi pastikan solat subuh dan isya berjemaah.Prof pernah pergi kuliah seorang ulama ni, dia bagi tahu yang 2 solat ini amat tinggi darjatnya. 

2. Tarawikh 20 rakaat
Ini terpulang lah pada anda.Pada prof, prof akan berusaha juga untuk solat tarawikh 20 rakaat sebab solat tarawikh ni setahun sekali je bang kak oi. Tak berat pun. Tambah-tambah lagi bagi yang muda-muda.

3.Solat sunat duha.
Solat lah solat sunat duha kalau nak dimurahkan rezeki oleh Allah. Malah solat duha ni antara solat yang Rasulullah tak pernah tinggal.

4.Solat sunat Taubat
Manusia tak pernah lari dari kesilapan.Jadi solat sunat taubat perlu dijadikan amalan. Memohaon pada Allah agar Allah ampunkan dosa kita dan Allah buka hati orang yang pernah kita sakiti memaafkan kita. Disamping kita sudah memaafkan orang sekeliling kita.

5.Solat sunat hajat
Allah telah berfirman dalam quran yang bermaksud "Berdoalah kepadaku nescaya akan aku perkenankan."Ssebaiknya lakukan solat hajat ni selepas solat taubat sebab penghalang doa dikabulkan salah satunya adalah dosa kita yang menggunung.

6.solat syukur
Lepas tu solat la solat sunat syukur tanda bersyukurnya kita kepada Allah kerana telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam. Malah Allah bagi kita perluang lagi untuk berada di bulan mulia ini. Ingat! Ummul mukminin Aisyah radiallahu'anha pernah meriwayatkan sebuah hadith yang mana Rasulullah pernah bersoalat malam hingga bengkak kaki baginda kerna baginda bersyukur kepada Allah. Kalau Rasulullah solat malam sebab bersyukur kepada Allah, takkan kita nak solat 2 rakaat tanda kesyukuran kita tak mampu kot kn.

7.zikir, istifardan selawat
Yang ni amat-amat lah mudah.zikir lah subhanallah,alhamdulillah, allahuakbar, lailahaillah, sebanyak 100 kali setiap satu. Amalan ni sangat mudah. Sambil-sambil driving pun boleh laksanankan. Selawat juga 100 kali sebagai tanda kasih kita pada Rasulullah yang membawa islam yang bukannya seperti yang bulat datang bergolek dan yang pipih dtg melayang. Rasulullah pertaruhkan nyawa baginda untuk kita. Lagi satu istiqfar 100 kali. Rasulullah beristifar 70 kali(a da pendapat kata 100 kali) sehari.So kalau, kita kena la 100 kali. Semua ni amat mudah nak laksanakan.Dalam masa 15 minit dah selesai.As I said before, while driving pun boleh.

8.Tadarus Al-quran.
Mudah dilakukan jika kita istiqamah plus berdisiplin. Kaedahnya seperti berikut:

2 helai selepas/sebelum subuh
2 helai selepas/sebelum zohor
2 helai selepas/sebelum asar
2 helai selepas/sebelum magrib
2 helai selepas/sebelum isya

jika dijumlahkan
1 waktu= 2 helai
1 hari=10 helai (bersamaan dengan satu juzuk)
1 bulan(30 hari)=30 juzuk

maka amat mudah untuk kita khatam setaip bulan bukan?Tambahan di bulan ramadhan ini yang tiada musuh utama manusia yang nyata.



Atas ini contoh checklist ibadah.Sapa2 yang nak softcopy boleh lah bagi email. :-) 

Sebar-sebarkan dan Selamat beramal~


1 comment:

mcm menarik je ni..tekan la..