Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Purchase receipt & tax invoice

______________________________________________________________________

Ramadhan Al-Mubarak Sdn Bhd
Tel No:fasting and solat

Ramadhan Purchase receipt & tax invoice

item minutes merit

Taqwa Set
subuh & recite Quran 10 ########
zohor & recite Quran 10 ########
asar & recite Quran 10 ########
maghrib & recite Quran 10 ########
isya' & recite Quran 10 ########

Lailatul Khadar Set
tarawikh 20 80 ########
witir 3 10 ########

TAX-qiamullail(tahajud & hajat only) 15 ########

TOTAL(incl Tax) 155 #############

Cash Tendered 1440 Thank Allah
Change 1285 Allah's Mercy

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


*You are winning the grand prize
"Lailatul Qadar"
*terms and conditions: you have to find it for the whole ramadhan

Thank You.Please Do It Again and Don't Forget To Fast
____________________________________________________________________



Renungan bersama:Cuba kita tgk betapa sedikitnya permintaan Allah pada kita yang hanya meminta pengorbanan kita selama 155 minit bersamaan 2 jam lebih sahaja untuk beribadah kepadanya selain dari berpuasa.tapi balasanya tgk la...tak tertulis oleh mesin yang tidak terhitung banyaknya nikmat yang di kurniakan ke atas kita. takkan nak kena keluarkan resit baru nak berlumba-lumba untuk beribadah?so what are you waiting for?!
jom kita lakukan seperti dalam Resit ini!Tarawikh 20 tahun ni woi!!!

Tuesday, July 26, 2011

Friday, July 22, 2011

Wednesday, July 20, 2011

my last weekend


recently i went to KL to fetch my sister dekat Puncak Alam...biasa la bila p KL ni 2 in 1 la kan..
berjalan-jalan[sebab my parents dah balik Malaysia dah bersama anak dara sulung diorg iaitu kak long aku la akn..hihihi] then p UITM Puncak Alam yang awesome[bila la UMT nak awesome mcm UITM Puncak Alam ni]

so perjalanan kami tak la lama sebab p khamis malam jumaat and balik subtu pagi..singkat kan?tu la..apakan daya my little bro nak grading tae kwn do dia..

so apa yang pasti trip to KL kali ni memang membawa seribu erti dalam hidup aku..there are 3 thing yang buat aku hepi....

1.jalan-jalan beli dekat jalan masjid india
nak tahu knp..sebab dah lama gila my famili and famili mak teh aku tak shopping macam tu dekat sana.kalau dulu2 waktu kecik tu mmg selalu la..bila pk balik kan kesian taw my parents and mak teh and pak teh nak kawal kami waktu kecik dulu and sepupu ktorg.biasa la kan..budak kecik..memang buas la kn..so memang teringat waktu muda-muda dulu la..[tak sangka masa cepat sangat berlalu..rsa mcm nak jadi kecik balik ja..]

2.UITM Puncak Alam
seriusly jauh gila..rsa mcm kena tukar nama ja..UITM Far-Far Away[dah mcm dalam cerita shrek..hahaha].jauh gila tapi when i arrive there..perghhh superb beb...cool. giler...dah la besar...cantik gila...kemudahan asrama awesome gila..ada lif..wifi satu kampus boleh dapat...bilik memang kondusif giler...bukan nak kata...UITM kampus dekat kepala batas pun dah awesome...so Puncak Alam memang Aaaaawwwweeeessssoooommmmeeee la jawabnyer...[bila la UMT nak jadi mcm UITM ni...upgrade asrama macam UITM pun jadi la plus wifi satu kampus]

3.jumpa IM Asyraf di Restauran Intai-intai


yang yang paling aku suka..hahaha..aku jumpa IM Asyraf.rezeki kot.mmg dua tiga hari ini sejak aku jumpa blog IM Asyraf ni, aku jadi poyo IM muda sikit.di takdirkan Allah i met him pulak..memang tak lepas peluang la kan. tapi kan makanan dekat restauran ni memang sedap.air suam die pun dh sedap sebab rsa mcm daun pandan.wangi.

p/s:sowi la yer..gambar waktu di intai-intai ni tak ade la..gambar kena virus..so xleh bukak huhuhu..our pic cantik sgt and deco restauran tu pun lawa kot..siap ada kolam lg...sowi la yer...

Wednesday, July 13, 2011

pemberitahuan pembetulan dan memohon maaf

Salam.

maaf diatas entry bertajuk "Kitab Injil Asli Dijumpai" telah di delete

kerna itu adalah fakta palsu malah saya menyisus 10 jari memohon

ribuan kemaafan saya tidak membuat selidikkan dahulu sebelum

publish

artikel ini yang saya ambil dari kompilasi dalam hard disk yang tidak

habis diselidiki. Insyaalah saya akan mulakan sedikit kajian

berhubung dengan perkara ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada yang mengingatkan saya tentang

perkara ini.

Wassalam.

Lakukan Perubahan Perangi Rasuah

hai..bersua lagi..so this entry i just tulis on be half Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Terengganu. Our vision and mission is to educate org ramai terutamanya mahasiswa UMT untuk tidak mengambil rasuah atau pun melakukan rasuah. Here are the larangan rasuah menurut Islam:

Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (Surah al-Ma’idah: 42)

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang umatNya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang-orang Yahudi itu sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan serta memakan rasuah.

Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun pengantara atau penghubung rasuah itu, jika dia sebagai utusan pihak penerima maka pengantara itu berdosa juga sebagaimana orang yang menerima rasuah. Jika pengantara rasuah tersebut sebagai utusan pihak pemberi, maka mengikut pendapat sebahagian ulama ia tertakluk pada tujuan pemberi rasuah, jika tujuan pemberi itu baik, maka tidaklah pengantara itu dilaknat. Namun jika tujuannya jahat, maka pengantara itu akan dilaknat juga. Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit.

Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘UmarRadhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”(Hadis riwayat ath-Thabrani)


video

so jika perkara di atas berlaku kepada anda.Sila ambil langkah seperti berikut:
1.jangan memberi rasuah kepada individu yang meminta
2.biarkan diri anda di saman [ini kerana tidak mahu melibatkan anda sebagai pemberi rasuah]
3.ambil nama dan no.pengenalan dirinya[setiap penguatkuasa ada no pengenalan dirinya yang dilekatkan di uniform mereka]
4.cam muka si peminta
5.laporkan kepada SPRM dengan kadar yang segera talian bebas tol 1-800-88-6000. segala butiran diri anda akan dirahsiakan.

p/s:artikel di atas di ambil dari http://www.apisbp.net/topics/artikel/2010/rasuah-menurut-hukum-syara.html dan di olah mengikut cara saya untuk tatapan dan perkongsian umum.

Al-Aqsa dan The Dome of Rock


Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam


Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai


The Dome of Rock

Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakha.


gambar di atas sekadar ilustrasi kerana jika anda ke sana batu itu sudah di ubah suai supaya seakan-akan batu itu tidak terapung kerana pada zaman dahulu dikatakan ada wanita yang bersembunyi dibawah batu itu dan mengalami keguguran kerana terkejut melihat batu tersebut terapung.

keadaannya seperti ini.Anda boleh bersolat dibawah batu ini.untuk merasainya silalah ke Taman Tamadun Islam di negeri Terengganu Darul Iman.

gambaran atas menunjukkan masjid Al-Aqsa yang kelihatan usang.tetapi itulah kiblat pertama kita.


indahnya Al-Aqsa...bilalah aku dapat menikmati nikmat solat di dalam perutnya.

Israel korek terowong baru di bawah Masjid Al-Aqsa

Israel merancang untuk mengorek sebuah terowong baru di bawah masjid Al-Aqsa – tapak ketiga tersuci Islam - dengan menggunakan derma AS$8 juta (RM30.8 juta) daripada seorang jutawan Yahudi warga Amerika Syarikat, dedah sebuah pertubuhan Palestin. Terowong itu dibina bertujuan mengukuhkan cengkaman pencerobohan tentera Israel ke atas tapak suci itu dan melindungi kaum Yahudi yang melawatnya dan Bandar Lama Judas, kata Yayasan Pembinaan Semula Al-Aqsa.

“Saya ingin memberi amaran sekiranya ada yang berani melakukan tindakan seumpama di tapak suci umat Islam ini. Pada masa yang sama, saya merayu seluruh umat Islam, kerajaan dan rakyat Islam supaya menyekat situasi amat berbahaya ini daripada berlaku,” kata Mufti Ikrima Sabri, yang berada di Baitulmaqdis ketika itu.

“Masjid Al-Aqsa dan persekitarannya, termasuk Tembok Buraq, adalah hak milik Islam,” katanya.

Terowong yang dicadang dibina di bawah masjid sehingga ke Tembok Buraq, yang turut dipanggil sebagai Tembok Tangisan Yahudi, adalah sambungan kepada pembinaan terowong pertama yang dibina pada 1996.

“Terowong yang baru ini akan dibina di sepanjang kawasan masjid sehingga Al-Selwan, yang kini didiami rakyat Palestin,” seorang arkitek Israel dipetik sebagai berkata oleh akhbar Israel.

Walaupun tidak ada lesen diluluskan atau butiran lanjut bila rancangan itu bermula, sumber kewangan sudahpun berada di genggaman Yahudi. Seorang Yahudi Amerika menderma AS$8 juta untuk memastikan projek itu menjadi realiti, kata satu sumber di dalam Syarikat Pembangunan Baitulmaqdis Barat. Tembok Buraq dan Masjid al-Aqsa dibina di atas tanah wakaf adalah rumah ibadat yang dilindungi undang-undang dan menjadi milik umat Islam sejak berabad lalu. Tembok Buraq membentuk asas Al-Haram al-Sharif, yang menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa. Tentera penceroboh Yahudi sudah mula menggali di bawah masjid Al-Aqsa bagi mencari rumah ibadat Nabi Sulaiman yang didakwa umat Yahudi dimusnahkan oleh orang Babylon pada 586 SM dan patut dibina semula. Rancangan untuk mencari peninggalan sejarah itu membabitkan proses penggalian yang menyeluruh di bawah tempat sembahyang utama umat Islam di Al-Aqsa. Lantai Masjid al-Aqsa – pada satu ketika pernah terletak di atas sebuah lubang besar – sebelum konkrit terowong dipasang. Arkitek Israel berkata, projek pembinaan terowong terbaru akan dilaksanakan dalam tiga peringkat dan akan berakhir dengan terowong di bawah Tembok Buraq. Tambahnya dengan angkuh, walaupun tidak ada sebarang perjanjian dicapai dengan pihak berkuasa Tanah Wakaf Islam, ia tidak akan menghalang usaha untuk memulakan penggalian. Penduduk yang menduduki kawasan Baitulmaqdis, mendakwa tujuan membina terowong baru hanya untuk melindungi masyarakat Yahudi.

“Ia akan menyelamatkan penganut agama Yahudi, sekiranya pergaduhan berlaku di Tanah Haram al-Sharif,” kata seorang penduduk tempatan.


inilah keadaan Al-Aqsa yang mana suatu ketika dahulu setelah berlakunya suatu gempa bumi.struktur binaanya sudah tidak kukuh dan seluruh umat islam ketika itu membuat suatu tiang konkrit di bawah Al-Aqsa dan ada kemungkinan pada ketika itu rancangan ini sudah berjalan.

ini adalah gambar di mana Al-Aqsa dibakar oleh yahudi Australia.kebakaran berpunca dari mimbar Salahuddin Al-ayubi yang mana Yahudi jahanam ini membakarnya kerana marah terhadap Salahuddin Al-Ayubi yang membuka semula kota Palestin suatu ketika dahulu.

aku dambakan dapat bersolat jemaah di Al-Aqsa bersama umat islam dari seluruh dunia seperti ini.

p/s:Allahuakbar!!!Al-Aqsa!!!tunggu AKU yang akan ku warisi perjuangan Saidina Umar!Salahuddin Al-Ayubi!Muhammad Al-Fateh!Takbir!!!Allahuakbar!!!






Tuesday, July 12, 2011

sedih

pada saat ini aku teramat sedih selepas aku melihat dan mengkaji serta memikirkan apa yang berlaku pada negara kita sewaktu sekumpulan manusia yang berarak demi sebuah kebaikan tetapi sebenarnya salah apabila tidak mendapat permit. apa himat aku tindakkan kerajaan mengekang perhimpunan bersih gagal serta kejam dan zalim.aku tahu yang salah untuk berhimpun sebab tiada permit walaupun tak salah dari segi perlembagaan tetapi kerajaan dan pihak polis tak patut buat macam tu.amat kejam dan aku menitis air mata kerana ini.

video 1

kepada semua yang membaca sila tengok link ini http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI kerana saya tak boleh upload sbb berat sangat.

ada bebrapa scene yang membuatkan aku sedih teramat sangat;

1.diorang menyanyi lagu negaraku dengan baik, berdiri tegak dan telah menunjukkan yang mereka cintakan negara.

2.ramai di pukul hingga berdarah dan patah kaki

3.kebebasan media di ragut

4.ada sekumpulan muslimat yang di jerkah

5.ada orang yang mati dan pada masa yang sama polis gelabah tak tahu nak buat apa serta ada seorang muslimah yang menangis.

video 2

pada saya, saya tak ada masalah dengan najib sbb dia pun ada membawa kebaikan pada negara.tapi perlakuan dia seperti di bawah ini yang membuatkan aku malu untuk memanggil dia sebagai PM aku.

video

dia mentertawakan Anuar.bagi saya setelah saya tengok video pertama[yang saya bagi link tu] amat tidak patut seorang PM mentertawakan sebegitu seolah-olah dia mentertawakan rakyat lain yang di belasah pada hati itu.

video 3

video

dan ini pula adalah luahan hati yang pada saya seorang yang berhati mula iaitu Pak Samad.Pak Samad dh cakap nak bagi memorandom sebab Sultan Mizan suruh dia hantar.Allahuakbar!knp nk derhaka pada Sultan?Pantang keturunan ku apabila Raja ku di hina!jahanam orang yang derhaka pada Raja!Daulat Tuanku!Allahuakbar!!

video 4

malah sebenarnya ada satu lagi link nk bagi iaitu FRU vs patriot.aku amat sedih tengok bila Patriot pun kena.Khairi Jamaluddin pun kena.tak kira la dia BN ka PKR ka..yang pasti dia juga berhak untuk berhimpun secara aman sebagai rakyat yang bernauh di bawah perlembagaan yang sama.

video 5

video

dan ini pula video di mana seorang menteri saya rsa dan beliau adalah ex-parliment tempat aku.
vidie ini buat aku rsa teramat malu kerana

1.menteri tak tahu berbahasa ingeri dengan baik sedangkan mereka yang suruh semua pelajar dalam malaysia menguasai bahasa inggeris dengan baik

2.dia tak tahu perlembagaan serta erti demokrasi serta ciri-ciri negara berdemokrasi

3.dia marah tv aljazeera ini sedangkan dia yang salah.

kesimpulannya kita kena adakan kelas untuk wakil rakyat yang mana ada 3 subjek utama iaitu perlembagaan malaysia dan perudangan, bahasa inggeris dan sivik.

setelah aku tengok semua ini...aku teringat kata-kata nabi Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

jadi untuk itu...di sebabkan aku ini lemah tapi nak berjuang maka aku ini sekadar manusia lemah dan ingin mengikut jejak Ashabul Kahfi.tapi apakan daya mereka beruzlah lebih hebat dari aku.keyakinan mereka lebih hebat pada aku.perjuangan mereka lebih hebat dari aku.maka aku hanya mampu berdoa.

"Ya Allah kau tunjukkanlah kekuasaanMu. Kau Azabkanlah mereka seperti mana mereka mengazab kami. Sesungguhnya kami lemah dan mereka gagah dengan kekuasaan mereka seperti firaun yang bangga dan bongkak dengan kerajaannya. Kau tunjukkanlah kekuasaan sebenar iaitu kekuasaan Mu Ya Allah.Kau kembalikanllah kegemilangan Islam. Kau berikanlah kuasa pemerintahan mengikut yang kau kehendaki yang akan mendaulahkan agama Mu di muka bumi ini khususnya di bumi Malaysia ini.
Ameen Ya Rabbal alamin

untuk pengetahuan semua terdapat beberapa keharusan berdoa untuk keburukan iaitu kepada orang yang dizalimi supaya ditimpakan laknat dan musibah kepada orang yang zalim. Ia berdasarkan alasan berikut:

1. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ] (ibnu Hibban

2. Terlebih dahulu lihatlah kutukan laknat dari Allah swt mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya]

3. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . الدعاء سلاح المؤمن ]

4. Adapun langkah menyebut nama di dalam doa sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa

اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy [ sebanyak 3 kali ]

5. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar. Sirah Ibnu Ishaq

6. Dalam Quran Surah al Lahab. Allah swt telah berfirman maksudnya :

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (١) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (٢) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (٣) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (٤) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (٥)

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan asuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

7. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman

p/s:jadi tak salah untuk mendoakan seperti yang aku doakan sebentar tadi.

Sunday, July 3, 2011

Story of LI:The End

1st of all i wanna say sowi for not updating my entry about my story of LI atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...so kalau nak dari day 7 sampai day 35 memang tak releven la...so i make short k?may be just a piece of moment that i thing best untuk di kongsi..

anyway i nk bagi tw you all yang pandangan i terhadapTuan Norman tu..dia tak la cerewet sangat pun..dia cerewet sebab dah di bertanggungjawab..so i can bear with it sebab dia cerewet tu bertempat...bukan cerewet tak tentu pasal pun...so sepanjang aku LI dekat sana banyak benda yang aku dapat belajar walaupun tak berkenaan langsung dengan kos aku.[nak buat macam mana...sapa suruh aku mintak dekat kastam...hahaha].
tapi banyak yang aku dapat belajar antaranya lesen perniagaan,cukai perkhidmatan,duti import,eksais and etc.

so i wanna share some moment sepanjang aku berLI di sana...

1.aku terpijak taik kucing
ni memang hampeh gila...sakit hati aku..hari ke 13 kalau tak silap..aku punya la hepi sebab hari tu aku datang awal...memang hepi macam orang baru lepas kahwen...sampai je dekat sana aku terus punch card...lepas tu baru p parking kereta...ari tu aku pakai selipar, kasut letak dekat belakang bonet...ingat nak la p belakang bonet nak p pakai kasut..sekali je aku bukan pintu kereta and letak je kaki dekat luar..pergghhhhh...bauk semerbak....kurang hasam sungguh...aku TERPIJAK TAIK!!!!nasib baik la pakai selipar je..terus aku start engin kete chaow balik...
balik basuh suma dengan air tanah [sebab takut tu taik anjing]..then baru aku p keje
balik...hahahahaha

2.langkawi
hahaha..yang ni memang best..aku dapat p langkawi!!!hahaha...satu sen pun tak keluar...giler la...TQ Tuan Norman...aku p sana sebab aku menghadiri perhimpunan setia and ikut tuan norman ni buat pemeriksaan wangsaku bersama2 cheif halim...
ni la tuan norman..yg pakai kopiah tu cheif halim...

memang enjoy la..yang paling enjoy aku dapat beli coklat banyak2..hahahaha

uuuhhhhh..sedapnyer...

i hate pak cik posman!!!!!

Saturday, July 2, 2011

ERY


just now my little bro and i baru je balik dari sebuah warung nama ERY. maklum la, its has been a week my parents left my bro and i dekat rumah..huhuhu...
sebelum aku menceritakan tentang apa yang menariknya tentang kedai ERY ni...aku nak tanya apa pendapat korang dengan ulasan Prof Ash berkenaan perhimpunan BERSIH, PATRIOT, PERKASA...?anda berpuas hati?harap berpuas hati la yer..itu sekadar pendapat prof je kan..semua orang ada pendapatnya yang tersendiri...

ok.now lets get back to out topic about ERY...sebenarnya kedai ERY ni tak la hebat sangat.kalau nak kata makanan dia sedap gila tu tak pun. tapi kedai ini memang menjadi kedai pilihan famili ku bila tak dak choice sebab kedai ini bersih. mana nak cari warung bersih dowh[bukan perhimpunan BERSIH ya..hahaha]
so kedai ini berjaya menambat hati famili aku terutama sekali mama. yang paling menariknya ada sorang kakak kaunter ni... memang susah gila nak tengok dia senyum.
memang kalau korang boleh tengok dia senyum tu memang satu kenikmatan la. korang la orang paling bertuah jadi warganegara Malaysia. hahahahaha
mama aku pulak selalunya pantang tengok orang tak senyum. ye la kan bila kita senyum orang tu balas muka masam. memang nak kena hempuk la kan.
nak dijadikan cerita.

Satu hari adik aku pergi bayar lalu berkata"mama..mama..kakak tu tak senyum pun..adik senyum pun dia tak senyum balik.."[dengan nada sadis+majuk sikit+kecewa+pilu+marah+etc]

mama pun membalas"jangan la marah kak tu...kak tu elok[cantik]" sambil menatap wajah kak cun itu seakan-akan terpukau[effect lebih je ni...mama tengok je..hihihi]

hahaha terkedu aku..mama sanggup ubah pendirian sebab kak tu..hahahaha..memang la kak tu cun..tapi memang masam..walaubagaimana pun masam-masam dia tu pun still bleh nampak dia tu cun. cun yang mahal kata kan. macam sombong la kata orang. memang susah la laki nak takel. Jual mahal la kata orang.[jual mahal ni la yang laki lagi nak ni..hahaha...]
kalau tak nak senyum, lukis smile dekat tangan and tayang dekat semua orang..hihi

p/s: so kesimpulannya...jangan la bermasam muka...tak semua orang dianugerahkan kecunan macam kak ni walaupun dia tak senyum dia still cun.so lets smile.senyum tak perlu kata apa-apa.

Friday, July 1, 2011

Apa kata Prof Ash: Bersih, Patriot dan PERKASA

Hari ini prof nak memberi sedikit pandangan berhubung dengan perhimpunan BERSIH, PATRIOT dan PERKASA.
sebelum prof memberi pandangan, izinkan prof memberi tahu kepada pembaca sekalian yang prof tidak memihak kepada mana-mana pihak. Segala pandangan ini adalah dari pemerhatian prof setelah membuat sedikit pemerhatian, hipotisis dan kajian melalui banyak sumber. Antaranya dari akhbar yang mana prof telah tengok semua jenis surat khabar tak kiralah Utusan, Berita Harian, Star, News Strait Times, akhbar Bahasa Cina dan India, Harakah, Fitrah, Sinar dan sebagainya. [akhbar berbahasa cina dan india prof mintak rakan prof yang berbangsa lain untuk menterjemahkannya. Inilah bagusnya hidup berbilang bangsa tak kiralah 1 malaysia ka apa ka...yang pastinya prof berkawan dengan semua bangsa sebab Rasulullah s.a.w suruh]

Berhubung dengan perhimpuann haram yang dilaksanakan ini, sebenarnya pada pandangan prof tidak salah. Ini bertepatan dengan perundangan negara yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Hasmy Agam, pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mana telah berulang kali mengulangi pendiriannya ke atas perhimpunan Bersih, Pemuda Umno mahupun Perkasa yang akan diadakan serentak pada 9 Julai ini, sebagai hak orang ramai sebagai rakyat Malaysia untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman. Perkara ini telah termaktub di dalam perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.Jadi prof harap semua pembaca clear dengan perhimpuann ni ya.

Sekarang kita lihat dari segi kerajaan persekutuan

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan persekutuan tidak membenarkan perhimpunan haram ini. Tak kiralah Perhimpunan Bersih, Patriot dan Perkasa kerana sebab-sebab berikut.

1.Keselamatan
2.Imej negara
3.Agenda politik kotor pembangkang

Tiga sebab utama ini bukan prof yang keluarkan. Ini adalah intipati dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Utusan semasa di WASHINGTON pada 30 Jun.

Dari pandangan saya dua sebab awal tu yang prof amat terima dan sokong kerana ianya menyentuh tentang soal keselamatan dan imej negara. Ini kerana kita tidak mahu ada pihak asing yang masuk campur soal negara kita seperti di Libya yang huru-hara sekarang. Walaubagaimana pun mengikut Suhakam. Mereka akan memantau ketiga-tiga perhimpunan ini agar berjalan dengan aman dan Suhakam juga berkata pihak polis juga sepatutnya memantau perjalanan perhimpunan tersebut.

Yang prof tidak setuju adalah apabila kerajaan berkata ini soal politik kotor. Prof nak memahamkan semua pihak yang politik tidak kotor. Nabi juga berpolitik. Jika nabi tidak berpolitik, mana mungkin nabi menjadi ketua negara Islam Madinah. Yang membuatkannya menjadi kotor adalah sistem demokrasi dan orang yang terlibat dengan politik itu sendiri yang mengotorkannya.

Kenapa prof kata sistem demokrasi itu kotor??Ini kerana nabi tak mengunakan demokrasi. Nabi guna syura. Kalau mengunakan syura, ianya lebih kepada perbincangan atau pun lebih temat bermusyawarah atau pun bermuzakarah. Kalau sisitem demokrasi dia lebih kepada suara rakyat yang mana kalau rakyat semua suka maksiat maka dia pilih pemimpin maksiat. Kalau rakyat kuat ibadah maka dia pilih pemimpin ahli ibadah. Sebab itu Islam mengahsilkan sisyem syura yang mana ahli syura itu orang yang boleh dipercayaai dan adalah dikalangan ulama' dan pemimpin yang baik. Bukan pemimpin yang nak kan jawatan. Contohnya Abdul Rahman bin Auf yang mana layak menjadi khalifah tapi menolak dan memberikan keutamaan kepad yang lain.

Orang yang mengotorkanya pula, itu prof tak perlu nak cakap la kan. Seperti mana yang tuan puan maklumi. Antaranya kita tengok

Pihak kerajan apabila membuat ulasan berkenaan perhimpunan haram dia cakap" Ini semua agenda politik kotor pembangkang" [sedangkan pemuda umno sendiri nak buat perhimpunan haram].Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik dia kena cakap ni "ini semua agenda kotor pengendali perhimpunan" supaya statement dia merujuk juga kepada Bersih, Patriot dan Perkasa.

ini sekadar contoh.Bukan pihak kerajaan sahaja yang mengotorkannya.Pemmbangkang juga ada yang mengotorkannya.Antara aktiviti politik kotor adalah lompat parti, politik wang[rasuah] dan sebagainya.

Lagi satu yang saya tidak berpuas hati apa bila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

lain kali jangan tuju kepada Bersih sahaja.Tuju juga kepada pemuda Umno dan Perkasa.Jangan berat sebelah.yang merungsingkan lagi adalah apabila beliau berkata,

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram ”

Pada saya it find nak haramkan pemakaian dan penjualan serta edaran baju Bersih.Tetapi sepatutnya sebelum beliau mengharamkan baju bersih yang dikatakan berbentuk hasutan itu, beliau sepatutnya mengharamnkan beberapa baju yang telah lama ada dipasaran antaranya gambar pemimpin kominis china Che, gambar sign tandas yang memaparkan aksi lucah, baju berunsur freemosen dan sebagainya.

Setakat itu sahaja ulasan untuk pihak kerajaan. Kita tengok pula ulasan untuk pihak Bersih dahulu.

Perhimpunan Bersih.

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Pada prof, 8 tuntutan ini tidak berat untuk dilaksanakan. Malah tuntutan ini adalah untuk kebaikan semua parti politik dalam Malaysia dan kebaikan rakyat supaya rakyat berpuas hati dengan sistem demokrasi negara. Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan Bersih. Prof bersetuju dengan tuntutan Bersih tapi bukan perhimpunan ye. Jangan salah faham. Ada dikalangan ustaz-ustaz yang mengistimbatkan atau pun mengkiaskan perhimpunan ini dengan peristiwa sebelum Israk dan Makraj iaitu apabila nabi ke Taif dengan berjalan dan ke madinah dengan berjalan untuk mencapai kejayan.[untuk ulasan lanjut sila hubungi terus dengan saya yer].Maka dengan berhimpun ini dan berarak ke Istana juga satu perjuangan atau pun mujahadah untuk mendapatkan keadilan. Pada prof boleh juga dikiaskan sedemikian rupa kerana tuntutan itu tidak salah dan tidak melanggar hukum syarak. Selagi tak melanggar hukum syarak maka boleh diteruskan tetapi pada himat prof tidak perlulah berhimpun. Cukuplah kita usulkan di parlimen, hantar memorandom kerana ini lebih baik dari berhimpum. Ini kerana dikuatiri diserang pihak berkuasa dan sebagainya.

Perhimpunan Patriot.

Sebelum prof nak bercakap lebih lanjut tentang pandangan prof berhubung dengan perhimpunan Patriot. Ingin prof ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana join Wataniah dan sekarang menjadi paratrooper yang kini ke Gaza. Saya bangga dengan anda kerana masuk askar dan tunjukkan cinta anda terhadap negara. Akan tetapi amat sedih dan pilu sekali apabila Khairi Jamaluddin meminta penyokong perhimpunan Patriot supaya memakai baju merah dan akan berarak sama pada tarikh 9 Julai[dah macam dekat Thailand]. Amat memalukan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana sebagai ketua pemuda sepatutnya dia menyokong pucuk pimpinan parti umno yang mana tidak membenarkan perhimpunan haram diadakan. Tidak dinafikan memang Pemuda UMNO nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan dan SPR tetapi caranya salah. Jangan kita tiru orang kalau kita bangkang tindakkan mereka. Tidak kah itu perbuatan bodoh namanya bila kita bangkang perhimpunan Bersih dan pada masa yang sama kita pun berhimpun secara haram juga. Jadi kepada Khairi Jamaluddin fikirkan lah cara lain untuk membangkang perhimpunan bersih. Gunalah cara yang lebih baik.

Perhimpunan PERKASA

Ini yang prof tidak faham. Pada prof perkasa ini menyebuk ja.Perkasa dah lari dari matlamat penubuhannya kerana Perkasa adalah NGO yang memperjuangkan bangsa melayu [pada hemat prof, kita perlu perjuangkan agama kerna apabila perjuangkan bangsa nanti jadi macam yahudi. Kalau tak faham sila kaji tentang sejarah awal kaum Yahudi, Bani Israel dari dahulu sampai sekarang ya]. Sekarng prof tengok dia lebih kepada politik dan dia sebenarnya telah mengkerohkan keadaan yang telah keroh. Padahal matlamat penubuhannya hendak mencari penawar kepada perpecahan umat melayu tapi dia pula yang menjadi penyakit atau pun virus tambahan. Sepatutnya Perkasa tidak perlu sentuh tentang soal perhimpunan haram ini. Biar sekadar berkata-kata, menyuarakan ketidak puasan mereka dan fokus kepada program penyatuan orang melayu dari aspek peningkatan ekonomi melayu ke,apa ke [saya cakap ni menerusi pemerhatian saya terhadap perlesen pengilang di Malaysia yang mana tidak banyak di monopoli oleh orang melayu. Mengapa tidak mereka usaha memajukan orang melayu dari segi ekonomi ke atau pun membuat rapat umum dengan mengembalikan amalan gotong royong. Sebab dari kajian saya, sumber kekuatan orang melayu dari dahulu hingga sekarang adalah dari amalan gotong-royong].Malah yang lebih mengharukan mereka tidak tentukan tempat untuk orang-orang perkasa ini. Kata mereka mengikut keadaan.

Dan di sini prof nak menyatakan yang prof tidak suka Ibrahim Ali. prof bercakap sebab ada asas. Dahulu prof admire beliau sebab kelantangan bersuara. Malangnya apabila beliau mula melompat-lompat. Kepercayaan saya hilang hinggakan program yang dianjurkan oleh sebuah univesiti di pantai timur yang memanggil tokoh ternama yang prof admire Tun Dr.Mahathir pun prof sanggup tak pergi sebab dihadiri oleh Ibrahim Ali. Prof teringit cerita dari seorang yang saya kenal dan boleh dipercayai menceritakan bagaimana Ibrahim Ali memberi ceramah. Waktu itu dan hujan lebat dan tanah berlumpur. Lalu apabila beliau lali di sebatang sungai, ibrahim ali ini nak basuh kasut dia dan hampir terjatuh lalu beliau diselamatkan oleh orang yang prof kenal ini. Dia memeluk Ibarahim Ali dari belakang.lalu berkata Ibrahim Ali berkata;

'kalau ceramah UMNO saya takkan basah dan kotor macam ini'

p/s:Prof rasa setakat itu sahaja ulasan prof berkenaaan perhimpunan gergasi Bersih, Patriot dan Perkasa. Prof tidak akan join sebab prof tidak suka perhimpunan yang tidak dibenarkan tetapi prof sokong tuntutan bersih tetapi bukan sokong perhimpunan ok. Pada hari 9/7 prof akan mengambil ibunda dan ayahanda prof di Penang.hihihi...tak sabar...

Dan pada yang akan mengundi buat kali pertama pada tahun ini prof menyeru kepad anda untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana parti. Sebelum hari mengundi dari kita pergi dengar ceramah politik baik kita berkiamulai seminggu, memohan kepada Allah yang memiliki kerajaan ini serta berhak memmilih kerajaan di bumi agar memberi ilham, hidayah untuk memilih pemimpin yang Allah pilih untuk suburkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Semoga kita dapat memilih pemimpin yang akan membawa kita kepada Allah dengan tenang dan membawa kita untuk berbaris bersama-sama Rasulullah s.a.w di padang masyar kelak dengan syafaat nabi s.a.w.

Di ingatkan ini sekadar pandangan Prof.Jika da tersalah kata dan terkasar bahas harap maaf.Ini sekadar pandangan dan pemerhatian prof sahaja.

Sekian.Terima Kasih




mcm menarik je ni..tekan la..