Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, January 31, 2012

mood hilang kerna pasangan moto


petang kelmarin mood aku amat ok.nak taw sebab apa?sebab baru lepas hujan..punya la susah kedah ni nak hujan waktu2 lagu ni..maklum la la ni musim panas.(x semacam ngn ganu.ganu la ni musing tengkujuh)

jadi aku mengorak langkah mood aku yang ok ni dengan langkah jogging. jadi semanagt2 aku pun just jogging dekat lorong-lorong sini ja. setelah 30minit aku jogging meredah lorong ke lorong.tetiba aku nampak pasangan dok raba-raba atas moto.BODO TOI!dah la perempuan tu pakai tudung!hilang mood baik aku.esk tgk la...kalu aku jumpa lagi esk taw la apa aku nak buat.aku nk bg tw tok imam trus.kalu susah sangat.aku p dekat2 buat2 tanya soalan padahal
soalan tu..

tahap baik
"salam bang tumpang tanya..dekat mana rumah kadi a.k.a tok imam?"

or

sederhana
salam bang tumpang tanya...ni menikah dak lg???!!

or

hilang sabaq
woi menikah dak lg ni???!!jgn jadi B*b* sgt la...nk jadi ahli neraka sangat ka?!kalu tak sabaq sangat dah kah nak teman setan!!!


~sekian~

Prof Ash:Kupon Buku 1 Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. Kali ini Prof Ash nak bagi sedikit pandangan berhubung Kupon Buku 1 Malaysia. Baru-baru ini mahasiswa mahasiswi di berikan kupon buku seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan pimpinan YAB.Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang menerusi belanjawan yang telah beliau bentangkan sebelum ini. Pelbagai pihak memberi komentar berhubung dengan belanjawan yang dibentang dan salah satu perkara baru yang dilakukan oleh beliau adalah pemberian kopun buku.

Sekarang kupon-kupon tersebut telah diedarkan. Maka timbul pula masalah lain iaitu masalah terdapat segelintir mahasiswa yang menukarkannnya dengan wang serta ada pula pihak yang mengambil kesempatan atas kehendak mahasiswa tersebut yang inginkan wang cash.

pada pandangan prof la kn...semua pihak tidak berfikir panjang...knp prof berkata begitu?kerajaan pun terkena sekali?bukan kah kerajaan berikan kupon tu untuk kesenangan rakyat?

baik bagi menjawab persoalan itu, prof akan terangkan satu persatu.tetapi perlu
di ingat, apa yang prof katakan ini sekadar pandangan prof sahaja.jika tidak dapat di terima terpulang la yer...

sekarang prof akan komen dan seterusnya prof akan berikan sedikit cadangan bermula dengan mahasiswa dan di ikuti dengan kerajaan itu sendiri

1.Mahasiswa

Komen
Bagi prof mahasiswa yang jual kepada orang lain untuk wang itu bodoh. Knp prof berkata begitu? Ini kerana pelajar terbabit akan dapat kurang dari RM200(mungkin dalam RM180 atau pun RM150 sebab orang yang beli pun dia nk untung jgk. Kalu beli rm200 baik dia beli je buku ngn duit cash). Bermaksud berlaku kerugian serta hak pelajar terbabit tercalar sebab kebodohan diri sendiri.
Dalam bahasa kasar "dah kerajaan bagi ko rm200 guna je la beli buku, yang bodoh sangat pegi jual tu kenape?!xpasal2 ko rugi RM20".

Cadangan
Sepatutnya beli je buku apapun walaupun buku tu bukan buku pelajaran yang dipelajari. beli je novel ke,majalah ke,atau pun beli la hard disc, pendrive, bag and etc. Janji barang tu dijual di kedai buku.

2.kerajaan

komen
Pada prof kerajaan ada niat baik nak meringankan beban mahasiswa tapi kerajaan tidak memikirkan perlaksanaan dan implikasi lain yang bakal berlaku. Cuba kita tengok ada beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan dan yang kita baca di akhbar itu adalah kes yang tertangkap.Saya percya masih bayank lagi individu yang buat kerja yang sama mengambil hak pelajar.

cadangan
Prof rasa sepatutnya kerajaan menambah satu lagi syarat kupon itu iaitu kupon itu hanya terpakai di kedai buku Universiti sahaja seperti UMT Book Garden yang mana kedai buku itu di kendalikan oleh universiti. Walaupun saya faham yang mana kerajaan nak meningkatkan daya saing industri penerbitan buku(i meant syarikat-syarikat buku luar) tetapi perlu diingat melalui syarat ini duit tersebut akan di roll in ke universiti a.k.a kerajaan kembali. Malah melalui syarat ini, niat asal kerajaan untuk membantu pelajar membeli buku pelajaran itu akan tercapai serta tidak akan ada individu yang nak ambil kesempatan dari pemberian kupon ini.(ye la wkt beli tu boleh je kalu buat undang2 kena tunjuk matrik kad).

Sekian dahulu pandangan prof ash berhubung dengan kupon buku 1 malaysia.

p/s:TQ YAB Dato' Seri Najib!!! esk nk p MPH usha buku...hihihi

Hello baby Aisyah~

arini i just nk bagi tau yang td i melawat anak saudara pupu aku(anak sepupu aku la..aduhai..susah gak gelaran2 ni..hmmm)...nama dia Aisyah Aqilah rsanya..pgl aisyah je..hihi...comel sangat...tgk la dkt bawah ni...



ni wkt awal2 lg...kecik lg kn..

comel kn...hihi

tapi ni semua gambar fb dari fb mama dia...gambar td xleh nk bluetooth...gambar td lg comel..dia tertido atas mama dia..huhu..

itu je la yang aku nk cite..bye~

Monday, January 30, 2012

Ustaz Ash: Kenangi Rasullah[Maulidulrasul last part]

this the last entry maulidurrasul.semua perjuangan nabi dikenangi kerna Islam yang nabi bawa bukan yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang. teringin sekali daku berjumpa dengannya seperti yang pernah di rasai oleh Tuan Guru Dato, Dr.Harun Din .(video di bawah ni).
akan ku ikuti sunnah mu Ya Rasullah~


alangkah indahnya hidup ini...


jom lakukan perkara sweet dan romantik pada kekasih kita Nabi muhammad SAW dengan berselamat sebagai tanda kasih dan cinta kita padanya


p/s:jom letakkan cinta dan kasih kita pada Allah dan rasul melebihi cinta kita pada orang lain. Jangan hanya terungkap di bibir tapi tidak di hati....

Saturday, January 28, 2012

Ustaz Ash: Hidup baginda[Maulidulrasul part 2]

Sambungan ini menceritakan siapakah Muhammad bin Abdullah ini dan kehebatan ketika hidup baginda yang menjadi penyuluh ke seluruh alam.

Friday, January 27, 2012

Ustaz Ash: Kelahiran Nabi Muhammad[Maulidulrasul part 1]

Bersempena dengan maulidurasul ini. Ustaz Ash nak mengajak semua kenali dan menghayati kehidupan Rasullah melalui lagu raihan. Jom kita dengar kn~


lamanya rsa xberblog..banyak benda nk di kongsi sebenarnya...jd bersabar la yer..semua entry in progress..maklum la..bkk je sem aritu trus bz ngn kelab la...then exam la..then trus bercuti..hihihi..so sabar la yer..semua entry2 tu semuanya coming soon..

Thursday, January 26, 2012

Harta karun Pak Pandir


Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!"

Saturday, January 14, 2012

Ustaz Ash: Tilam empuk


Pada hari ini bermacam-macam jenis tilam, bantal dan katil yang empuk. Ada yang bila baring je, termendap lembut. Tak kurang juga ada yang empuk dan tegang sampai baling bola bowling pun boleh mentun balik. Bertapa empuknya katil kita pada hari ini. Dah macam kaisar, wazir, menteri kerajaan parsi dan rom. Bertapa mewahnya kita pada hari ini. Walhal kita ini bukan siapa-siapa. Sekadar orang biasa. Kalau menteri pun sekadar menteri sebuah negara kecil dan bukannya pemerintah sebuah empayar besar.

Tapi tahukah anda jenis tilam yang paling empuk yang mengalas seorang pemimpin yang memerintah sekalian alam. Yamg memberi cahaya ke seluruh alam. Rasul yang meliputi ajarannya ke semua alam. Iaitu Habibullah Muhammad Rasulullah SAW. Jom kita menyusuri kisah baginda...

ImamTtirmizi meriwayatkan dari ibnu Mas'ud, bahawa Ibnu Mas'ud pernah masuk ke dalam rumah Rasulullah saw dan berjumpa rasulullah sedang berbaring di atas sepotong anyaman daun kurma yang memberi bekas pada pipi baginda.

Ibnu Mas'ud bertanya , 'Ya Rasulullah, apakah tidak baik kalau aku mencarikan sebuah bantal untukmu wahai kekasih Allah?

Rasulullah menjawab" Tak ada hajatku untuk itu. Aku dan dunia seperti seorang yang mengembara sebentar dan berteduh di kala hari panas terik di bawah naungan sepohon kayu yang rendang untuk kemudian berangkat pula dari situ ke arah tujuan"

Suatu riwayat juga menerangkan bahawa suatu hari Umar al-Khatab masuk ke kamar tidur Rasulullah SAW. Beliau dapati dalam kamar itu hanya sebuah bangku yang alasnya terdiri dari anyaman daun kurma. Yang tergantung di dinding hanya sebuah guriba, tempat air persediaan untuk berwudu'. Maka terharulah Umar melihat keadaan itu sehingga titik air matanya.

Rasulullah menegur "Kenapa engkau terharu dan titik air matamu, wahai Umar?

Umar menjawab "Wahai Rasulullah, bagaimana saya tidak terharu , hanya begini yang kudapati dalam kamarmu. Tidak ada perabot, tidak ada ke kayaan, padahal seluruh kunci timur dan barat telah tergenggam ditananmu."

Lalu baginda mnejawab "Aku ini adalah pesuruh Allah, wahai umar. aku bukan seorang kaisar dari Persia(parsi) atau seorang kaisar dari Rom. Mereka menuntut dunia dan aku menuntut akhirat.

Begitulah bertapa zuhudnya seorang pemimpin dan seorang pesuruh Allah. Pernahkah kita terfikir tentang pengorbanan baginda? Pernahkah kita terfikir hendak mengantikan anyaman kuram yang memberi bekas pada tubuh Rasullah dengan tilam empuk kita?

Maka beringatlah kita untuk menzuhudkan diri.Imam al-Qusyairi menukilkan pendapat sufi yang mengatakan bahwa zuhud tidak merasa berbangga terhadap kemewahan dunia yang telah ada di tangannya dan tidak merasa sediah dengan kehilangan kemewahan tadi dari tangannya.

Makan pada kadarnya. pakai pakaian sederhana pada kemampuan yang bersih dan cantik, tinggal di kamar(rumah) yang sekadar selesa, perabot yang lengkap, beristerikan untuk ibadah, harta dicari untuk Allah dan terakhir penghormatan untuk lebih tunduk pada Illahi.

p/s: daku berharap dapat mengikut thoriq baginda dan berharap Malaysia dipimpin pemimpin sezuduh Baginda.


ustaz ash:zuhud

"Barangsiapa yang mencintai dunianya, maka ia memudharatkan akhiratnya. Barangsiapa yang mencintai akhiratnya, maka ia memudharatkan dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal atas apa yang rosak"
(HR ahmad dan Ibu Hibban)

p/s: memudharatkan bermaksud perkara yang memberi kesan ke atas sesuatu

Tuesday, January 10, 2012

Prof Ash:Mahasiswa pada hari ini lemah sebab diri anda sendiri

Pasti semua tertnya2 kenapa prof letak tajuk seperti di atas...semua ini ada sebabnya dan ada pandangan serta pendirian prof sendiri sebagai pemerhati. Recently kita semua digemparkan dengan kebangkitan mahasiswa terhadap AUKU iaitu dari kumpulan a
Academic Freedom. Hasil dari kebangkitan ini terhasil pula hero Adam Adli( yang ini prof tak nak komen sbb pada prof 2 2 belah pihak salah dan ada ego sendiri untuk duduk berbincang).

Tempias dari kebangkitan ini hampir diseluruh ipta mahupun ipts terkesan dengan fenomena ini termasuklah UMT.

Di umt, fenomenanya berlainan di mana isu parkir menjadi isu penentanggan. Hasil dari isu ini terbangkitnya pula pelbagai isu-isu lain sehinggakan terbangkit pula ura-ura untuk membuat khas 1.0 iaitu demo cara umt bagi mendesak pihak berwajib mengambil tindakkan akan suara mereka.(tapi sepatutnya mereka buat kajian dulu atas setiap permintaan mereka.sebagai contoh nak membina asrama baru, ini tak mungkin berlaku memandangkan ini keputusan kementerian sendiri..sepatutnya kaji dulu.walau apapun ini menunjukkan keberanian mereka bersuara walaupun pada pandangan prof belum cukup matang)

antara yang turut serta untuk bermesyuarat adalah prof sendiri sebagai antara pemimpin-pemimpin pelajar yang terlibat. Tapi yang bagusnya di umt ini kita bermula dengan cara diplomasi dengan cara membuat meeting bersama semua ketua pemimpin. pada malam itu semua pemimpin bersuara termasuk mpp.


Semua permasalahan ini sebenarnya remeh. Cuma yang menjadi masalahnya adalah suara mahasiswa ini tidak didengari. Pada prof jika suara mereka ini didengari pasti perkara ini tidak akan berlaku. Mahasiswa umt bukan meminta untuk memansuhkan mana-mana akta atau rang undang-undang yang telah digubal. mereka cuma meminta infrastruktur dan kemudahan di sediakan bagi memudahkan mereka untuk belajar agar dapat berbakti pada negara.


Hasil dari setiap satu rentetan yang berlaku antaranya kemudahan, pagar di tutup dan sebagainya. Tiba-tiba muncul pula pencetus kemarahan baru iaitu isu parkir. Jika dilihat isu ini agak remeh tetapi AWAS isu remeh ini boleh menjadi besar. Jadi perkara-perkara ini lah yang dibincangkan. Akhirnya pihak mmp membuat keputusan untuk berbincang dengan ahli lembaga pengarah sendiri.




dalam meeting bersama ahli lembaga pengarah tersebut yang hadir hanya seorang iaitu wakil KPT dalam ahli lembaga pengarah. Ternyata membuat hati prof sendiri berasa kesal sebab prof juga hadir dalam meting atas jemputan mpp. Malah apa yang prof jangkakan ternyata dan sentiasa menjadi nyata. Wakil tersebut seumpama tidak mengendahkan suara dan keluhan mahasiswa.Yang dia tahu hanya nak membandingkan umt dengan cambrige. Prof sendiri tak tahu dan agak berang kenapa dia nak bandingkan dengan cambrige.(kalau nk bincangkan persamaan danperbezaan universiti terkemuka sampai setahun pun tak habis)


jadi sememangnya tidak ada kesan.walau apapun alhamdulillah apa yang terlah kita cuba suara kan sebenarnya ada yang mendengar walaupun ianya hanya sayup-sayuop kedengaran.(kalau ingat entry sebelum ini yang mengutuk UMT?-ini linknya-sekarang ini gambaryang dipaparkan di ruang entry sebelum ini berubah sama sekali. cuma harap maaf sebab prof tak sempat nak mengambil gambar.hihihi.well done UMT.)

Walaupun sekarang ini nampaknya permintaan mahasiswa sedang dipenuhi, tetapi prof pada hari ini nak menyatakan kesesalan sebab ap?sebab pemimin mahasiswa yang meeting pada malam itu yang begitu lantang dan kencang bersuara. keesokan harinya pada meting tersebut diam membisu.hanya prof bersama beberapa orang mahasiswa lain sahaja yang bersuara. mana suara mereka?

Teringat lagi pada malam termeting bersama pemimpin pelajar tersebut..ada seorang pemimpin mahasiswa yang bersuara lantang berkata

"mana perginya pemimpin-peminpin mahasiswa yang lain?Jangan jadi president kelab yang hanya nak kan sijil!

itu kata-kata beliau. tetapi apabila berhadapan dengan meeting keseokan harinya. dialah yang menyepi. hmm...prof tidak mahu tuju pada sesiapa. tapi kita kena ingat kalau anda bersuara jangan bersuara tapi tidak pada perbuatan. prof ingat lagi ustaz prof pernah beritahu satu pesanan

"janganlah kami jadi atau pilih pemimpin yang hanya pandai bersuara tapi tidak tahu buat kerja, pilih lah pemimpin yang tidak pandai berkata-kata tapi pandai membuat kerja."



lagi satu yang menjadi kekesalah adalah pernah sekali waktu study week berlaku gangguan bekalan elektrik. Yang dikesal adalah bukannya gangguan elektrik tetapi perangai mahasiswa umt yang terjerit-jerit mcm beruk. padahal gangguan elektrik tu berlaku di seluruh kawasan sekitar dan termasuklah umt.sebagai mahasiswa sepatutnya tak perlu terjerit-jerit.waktu nk bersuara untuk perjuangkan hak sendiri pun tak berani.cuma berani dalam gelap sahaja buat apa.kalau rajin azan dekat masjid xpe la gak.ni terjerit terlolong dalam gelap je buat apa.hmm...(video bukti tidak akan disiarkan atas sebab-sebeb sensitiviti)


p/s:jadi apa yang prof cakap ini bukan nak memalukan umt tetapi sekadar nak menyedarkan kita iaitu mahasiswa agar lebih matang dalam setiap tindakkan.

mcm menarik je ni..tekan la..