Pasti semua tertnya2 kenapa prof letak tajuk seperti di atas...semua ini ada sebabnya dan ada pandangan serta pendirian prof sendiri sebagai pemerhati. Recently kita semua digemparkan dengan kebangkitan mahasiswa terhadap AUKU iaitu dari kumpulan a
Academic Freedom. Hasil dari kebangkitan ini terhasil pula hero Adam Adli( yang ini prof tak nak komen sbb pada prof 2 2 belah pihak salah dan ada ego sendiri untuk duduk berbincang).
Tempias dari kebangkitan ini hampir diseluruh ipta mahupun ipts terkesan dengan fenomena ini termasuklah UMT.
Di umt, fenomenanya berlainan di mana isu parkir menjadi isu penentanggan. Hasil dari isu ini terbangkitnya pula pelbagai isu-isu lain sehinggakan terbangkit pula ura-ura untuk membuat khas 1.0 iaitu demo cara umt bagi mendesak pihak berwajib mengambil tindakkan akan suara mereka.(tapi sepatutnya mereka buat kajian dulu atas setiap permintaan mereka.sebagai contoh nak membina asrama baru, ini tak mungkin berlaku memandangkan ini keputusan kementerian sendiri..sepatutnya kaji dulu.walau apapun ini menunjukkan keberanian mereka bersuara walaupun pada pandangan prof belum cukup matang)
antara yang turut serta untuk bermesyuarat adalah prof sendiri sebagai antara pemimpin-pemimpin pelajar yang terlibat. Tapi yang bagusnya di umt ini kita bermula dengan cara diplomasi dengan cara membuat meeting bersama semua ketua pemimpin. pada malam itu semua pemimpin bersuara termasuk mpp.
Semua permasalahan ini sebenarnya remeh. Cuma yang menjadi masalahnya adalah suara mahasiswa ini tidak didengari. Pada prof jika suara mereka ini didengari pasti perkara ini tidak akan berlaku. Mahasiswa umt bukan meminta untuk memansuhkan mana-mana akta atau rang undang-undang yang telah digubal. mereka cuma meminta infrastruktur dan kemudahan di sediakan bagi memudahkan mereka untuk belajar agar dapat berbakti pada negara.
Hasil dari setiap satu rentetan yang berlaku antaranya kemudahan, pagar di tutup dan sebagainya. Tiba-tiba muncul pula pencetus kemarahan baru iaitu isu parkir. Jika dilihat isu ini agak remeh tetapi AWAS isu remeh ini boleh menjadi besar. Jadi perkara-perkara ini lah yang dibincangkan. Akhirnya pihak mmp membuat keputusan untuk berbincang dengan ahli lembaga pengarah sendiri.
dalam meeting bersama ahli lembaga pengarah tersebut yang hadir hanya seorang iaitu wakil KPT dalam ahli lembaga pengarah. Ternyata membuat hati prof sendiri berasa kesal sebab prof juga hadir dalam meting atas jemputan mpp. Malah apa yang prof jangkakan ternyata dan sentiasa menjadi nyata. Wakil tersebut seumpama tidak mengendahkan suara dan keluhan mahasiswa.Yang dia tahu hanya nak membandingkan umt dengan cambrige. Prof sendiri tak tahu dan agak berang kenapa dia nak bandingkan dengan cambrige.(kalau nk bincangkan persamaan danperbezaan universiti terkemuka sampai setahun pun tak habis)
jadi sememangnya tidak ada kesan.walau apapun alhamdulillah apa yang terlah kita cuba suara kan sebenarnya ada yang mendengar walaupun ianya hanya sayup-sayuop kedengaran.(kalau ingat entry sebelum ini yang mengutuk UMT?-
ini linknya-sekarang ini gambaryang dipaparkan di ruang entry sebelum ini berubah sama sekali. cuma harap maaf sebab prof tak sempat nak mengambil gambar.hihihi.well done UMT.)
Walaupun sekarang ini nampaknya permintaan mahasiswa sedang dipenuhi, tetapi prof pada hari ini nak menyatakan kesesalan sebab ap?sebab pemimin mahasiswa yang meeting pada malam itu yang begitu lantang dan kencang bersuara. keesokan harinya pada meting tersebut diam membisu.hanya prof bersama beberapa orang mahasiswa lain sahaja yang bersuara. mana suara mereka?
Teringat lagi pada malam termeting bersama pemimpin pelajar tersebut..ada seorang pemimpin mahasiswa yang bersuara lantang berkata
"mana perginya pemimpin-peminpin mahasiswa yang lain?Jangan jadi president kelab yang hanya nak kan sijil!
itu kata-kata beliau. tetapi apabila berhadapan dengan meeting keseokan harinya. dialah yang menyepi. hmm...prof tidak mahu tuju pada sesiapa. tapi kita kena ingat kalau anda bersuara jangan bersuara tapi tidak pada perbuatan. prof ingat lagi ustaz prof pernah beritahu satu pesanan
"janganlah kami jadi atau pilih pemimpin yang hanya pandai bersuara tapi tidak tahu buat kerja, pilih lah pemimpin yang tidak pandai berkata-kata tapi pandai membuat kerja."
lagi satu yang menjadi kekesalah adalah pernah sekali waktu study week berlaku gangguan bekalan elektrik. Yang dikesal adalah bukannya gangguan elektrik tetapi perangai mahasiswa umt yang terjerit-jerit mcm beruk. padahal gangguan elektrik tu berlaku di seluruh kawasan sekitar dan termasuklah umt.sebagai mahasiswa sepatutnya tak perlu terjerit-jerit.waktu nk bersuara untuk perjuangkan hak sendiri pun tak berani.cuma berani dalam gelap sahaja buat apa.kalau rajin azan dekat masjid xpe la gak.ni terjerit terlolong dalam gelap je buat apa.hmm...(video bukti tidak akan disiarkan atas sebab-sebeb sensitiviti)
p/s:jadi apa yang prof cakap ini bukan nak memalukan umt tetapi sekadar nak menyedarkan kita iaitu mahasiswa agar lebih matang dalam setiap tindakkan.
No comments:
Post a Comment