Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Wednesday, January 26, 2011

klinik Balqis

Tik tik tik tik tik, suara detik jarum jam dinding klinik terdengar seperti suara perhitungan mundur menyelubungi ruang menungggu pesakit. Saat ini aku sedang berada di klinik Balqis yang bersebelahan kampus Universiti Malaysia Terengganu.

berpadankan dengan kaca mata hitam PRADA persis ejen CIA, aku duduk longlai di kerusi plastik menahan sakit mata kerna conjagtivitis.

tiba-tiba pandangan ku terarah pada sepasang suami isteri memimpin seorang warga emas melangkah masuk klinik.
aku bilang "mungkin warga emas itu ibonda yang mereka cintai."

ternyata anggapan ku semuanya benar melainkan benar-benar belaka
dengan terpanculnya
sahutan sang anak meminta "emak dudk sini dulu yer, saya nak g daftar kejap".

ibonda pun melabuhkan punggungnya di atas sofa impuk yang tidak jauh dari aku yang sekadar duduk di kerusi plastik.
aku bukannya kufur & bongkak untuk tidak menerima nikmat ini.
sapa yang tak mahu, sofa ini masih baru sebab klinik ini baru sebulan beroperasi
cuma aku perlu sedar akan kondisi diri ku
yang mengalami penyakit yang boleh berjangkit.
aku tidak mahu kerna ak, semua merasai kesengsaraan ini.

melihat perlakuan watak tiga insan ini membuat ku amat kagum.kesabaran mereka melayani ibonda tersayang mereka sudah cukup membuatkan air mata ku yang kemerah-merahan kerna conjagtivitis menitis.

sekembalinya si anak dari meja pendaftaran lalu menghadap sembah ibonda tersayang...

lalu....
dengan tidak ku jangka, ibonda yang tidak berdaya
mengunakan saki baki kudrat tua yang ada..
bergerak ke kerusi sebelah yang hanya kerusi plastik.

tanda memberi ruang untuk anak kesayangan duduk di kesusi impuk...

alangkah syahdu nya hati melihat
bertapa agungnya kuasa kasih sayang ibu pada anaknya...


belum sempat ak mengamati peristiwa ini...
"ahamd amir asyraf sila masuk"panggil nurse bertugas

p/s:hargailah dan sayangilah ibu anda.mama, i miss u

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..