Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam muslim dan Imam tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda "aku diutuskan oleh Allah dan jaraknya dengan Hari Kiamat seperti dua jari ini. Tatkala bersabda, baginda menunjukkan jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya.
Dibawah adalah tanda-tanda kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai
agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika
tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap
beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati
mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir
dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan
banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang
tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang
berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak
mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah
banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang
baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Followers
Recent Posts
Showing posts with label Ustaz Ash. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Ash. Show all posts
Sunday, April 28, 2013
Friday, April 26, 2013
Ustaz Ash: PESANAN HASAN AL-BASRI KEPADA KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
Sumber : http://abutaqiyuddin.blogspot.com
( Berikut Surat Yang Ditulis Oleh Hasan Al Basri Kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk dijadikan nasihat dan peringatan. Jadikan ini juga sebagai ingatan bersama serta amaran kepada semua pemimpin yang dibelenggu di tengkuknya dengan amanah kepimpinan )
Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniya, dan menjadi penolong mereka yang terhindar.
Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tampat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan kedinginan.
Wahai Amirul Mukminin, Khalifah yang adil laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia kelak.
Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selepas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.
Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ialah ketua negara yang berdiri antara Tuhan dan hambaNya. Dia memperdengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.
Wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianati serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah. Khalifah adalah hamba kepada rakyatnya.
Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Quran dan Lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum Qisas sebagai jaminan kehidupan para hambaNya. Tetapi bagaimana apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi dijatuhkan hukuman qisas tersebut?
Wahai Amirul Mukminin,sentiasa ingatlah akan kematian dan apa yang akan terjadi selepasnya. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat mu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibubapanya serta isteri dan anak-anaknya.
Wahai Amirul Mukminin, Jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.
Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Tuhan di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.
Akhir kata wahai Amirul Mukminin khalifah Umar Bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendekiwan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.
Selamat atasmu wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberikan rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin.
( Wahai mereka Para Pemimpin di luar sana, ingatlah bahawa pesanan ini bukan hanya terkena di atas pundak Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Tetapi semua yang bergelar pemimpin akan dipertanggungjawabkan sama ke atas mereka ).
sumber dari http://cintarindurasul.blogspot.com/2011/11/pesanan-hasan-al-basri-kepada-khalifah.html
Wednesday, April 24, 2013
Ustaz Ash: shae sayang cover versi tauhid
Memandangkan semua terpegun dengan parody Johan dalam ABPBH..so jom layan versi syariah lak..
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.
Saturday, April 13, 2013
Ustaz Ash: Wang belum lagi rezeki
Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca sekalian sekalian. Kali
ini saya nak membincangkan tentang persoalan yang berbangkit adakah wang itu
rezeki?Rezeki itu wang?
Sekiranya kita buka kamus, rezeki didefinasikan sebagai segala
sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan
sehari-hari.
Bagi mereka yang berkerjaya. Pastinya kebanyakkan mereka apabila di tanya
sebab mereka bekerja adalah kerana
“Aku kerja untuk mencari rezeki”
Persoalannya ialah, adakah kita bekerja untuk mencari rezeki atau untuk
mencari pendapatan atau lebih tepat wang?
Patutkah rezeki itu disamakan dengan pendapatan atau wang. Adakah wang
itu rezeki dan rezeki itu wang?
Sebenarnya, kita semua perlu tahu bahawa duit itu sebenarnya tak
berharga langsung. Cumanya ia dicipta untuk tujuan yang satu iaitu untuk
memudahkan urusan pertukaran sesuatu barangan ataupun untuk urusan perniagaan.
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia untuk
digunakan dalam pembelian sesuatu barangan.
Nilai wang bukan terletak pada fizikal wang tersebut, tetapi pada
seberapa banyak pertukaran atau transaksi yang mampu dihasilkan. Ia hanya
berguna bila mana kita belanjakan wang tersebut. Aneh bila orang suka menyimpan
benda yang tak memberi faedah dek kerana menganggap wang itu rezeki
Wang hanya memberi faedah kepada pemiliknya tatkala si pemilik wang tadi
membelanjakan wang tersebut, bukan ketika si pemilik menyimpan wang tersebut
dalam peti besi atau dibank vault.
Pada pandangan sesetengah ilmuan mengatakan wang itu dikategorikan
sebagai rangkaian rezeki, perantara rezeki. Ini kerana wang tersebut belum lagi
menjadi milik kita sekiranya kita menyimpannya. Barangkali wang yang disimpan
itu akan di berikan kepada anak kita, ibu bapa, isteri dan orang yang lebih
memerlukan. Maka wang itu sudah menjadi hak milik orang lain ataupun lebih
tepat rezeki orang lain.
Oleh sebab itulah Islam mengajar umatnya membayar zakat kerana tidak
semua harta yang dimiliki itu rezeki kita. Ianya rezeki mereka yang tidak
berkemampuan. Islam sebenarnya mengajar umatnya tentang syukur akan nikmat
Allah serta mengajar umatnya untuk menggunakan wang(harta) kearah yang betul.
Berdasarkan penerangan ringkas tadi, jelas bahawa wang bukan rezeki
tetapi rangkaian rezeki.
Jadi persoalan seterusnya,
“Habis rezeki tu apa kalau bukan wang?”
Saya masih teringat akan penerangan tok wan saya(beliau arif bab agama).
Beliau selalu mengingatkan tentang hubungan anatra rezeki dan maut. Manusia itu
akan mati setelah habis rezekinya. Jadi rezeki tu apa?
Rezeki itu adalah sesuatu nikmat(pakaian, makanan, dan etc yang kita
guna atau nikmati)
Dengan wang itulah kita beli makanan dan pakaian. Makan makanan dan
pakaian itulah rezeki kita setelah kita makan(makanan) dan pakai (pakaian).
Malah perlu dingat makanan yang ditelan itu juga kadang2 bukan rezeki kita.
Contohnya apabila kita makan tetiba kita muntah kembali makanan itu. Maka makanan
itu bukan lah rezeki kita jua.
Amat keterlaluan kalau kita secara buta-buta menyamakan wang sebagai
rezeki. Walhal rezeki itu sangat banyak kategorinya, dan bukan terhad pada wang
ringgit semata-mata.
Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia
seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. An-Naml ayat 73
Agak besarkan pengertian rezeki itu?agak susah untuk di terangkan sebenarnya.
Sekadar itulah penerangan ringkas tentang rezeki dan wang. Jika ingin kefaham
yang lebih tentang rezeki sila bertalaqi dengan ustaz yang fakih dalam bab ini.
Jadi marilah kita bersama mensyukuri segala nikmat yang Allah sepertimana
firmannya
Dan (ingatlah) ketika
Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah)
ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima)
tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk
tempat kembali”. Al-Baqarah ayat 126
Wednesday, April 10, 2013
Ustaz Ash: Adeen itu nasihat
Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis
riwayat Muslim, dari Abu Ruqaiyah bin
Aus adDari:
"AdDeen (ugama) itu adalah nasihat.
Kami bertanya: Untuk siapa? Rasulullah
menjawab: untuk Allah, kitabNya, rasulNya,
kepada semua pemimpin orang Islam dan
kepada semua orang Islam".
Dari hadis di atas, jelaslah Rasulullah
menghubungkan Deen atau ugama dengan
nasihat (peringatan). Amalan nasihat
menasihati menjadi asas kepada ugama kita.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang
Islam untuk memberi nasihat
dan mendengar nasihat dan peringatan. Ini yang membezakan antara seorang Muslim
dari bukan Muslim.
firman Allah dalam surah AzZariyat ayat 55:
"Dan tetaplah memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."
Tetapi ada segolongan manusia yang tidak
suka diberi peringatan atau menganggap
peringatan itu sebagai "offensive"
atau mengganggu "private life" mereka.
Mereka menganggap orang yang memberi
peringatan itu adalah pengacau. Jika mereka
melakukan sesuatu mungkar, mereka akan
menjauhi orang lain kerana takut diberi
peringatan tentang kesalahan yang
dilakukan.
Golongan ini dinyatakan oleh Allah:
"dan orang-orang yang celaka (kafir)
akan menjauhinya, iaitu orang yang akan
memasuki api yang besar (neraka)."
Mereka adalah orang-orang yang telah
menutup pintu hati mereka dengan berbagai
prejudis and tidak berani untuk menghadapi
kebenaran. Untuk golongan ini, Allah
memberi amaran:
Kami pun membukakan semua pintu-pintu
kesenangan untuk mereka; sehingga apabila
mereka bergembira dengan apa yang telah
diberikan kepada mereka, Kami seksa
mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu
mereka terdiam berputus asa (They were
plunged into destruction with deep regrets
and sorrows)". (maksud surah
An'aam:44)
Oleh itu marilah kita berdoa kepada Allah
supaya dibukakan hati kita untuk
menerima segala nasihat dan peringatan yang
baik supaya kehidupan kita sentiasa
mendapat bimbingan dariNya, sehinggalah
sampai masa kita menemuiNya.
Monday, April 1, 2013
Ustaz Ash:DARJAT HADITS FADHILAH SURAT YASIN
Muqaddimah Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surat Yasin, baik pada malam Jum'at (hari Jum'at menjelang khatib naik mimbar, ketika mengawali atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.
Lantaran seringnya
Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua
Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu dicamkan dan diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahas masalah ini bukan berarti penulis melarang atau mengharamkan membaca
Selain itu, untuk menegaskan bahwa tidak ada tauladan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca
Kelemahan Hadits-hadits Tentang Fadhilah Surat Yasin.
Kebanyakan umat Islam membaca
Perlu ditegaskan di sini, jika telah tegak hujjah dan dalil maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab ancamannya adalah Neraka. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lainnya).
Hadits Dha'if dan Maudhu'
Adapun hadits-hadits yang semuanya dha'if (lemah) dan atau maudhu' (palsu) yang dijadikan dasar tentang fadhilah
1). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Palsu
Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).
2). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Lemah.
Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadits. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).
3). “Artinya : Siapa yang terus menerus membaca
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin
4). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Lemah.
Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadits ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H. (Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).
5). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Palsu.
(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).
6). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Palsu.
(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).
7). “Artinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti)Al-Qur'an itu ialah
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadits Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.
(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).
8). “Artinya : Siapa yang membaca
Keterangan : Hadits ini Lemah.
Hadits ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadits ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadits dan banyak keliru. (Periksa : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).
9). “Artinya : Bacakanlah
Keterangan : Hadits ini Lemah.
Diantara yang meriwayatkan hadits ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet.
10). “Artinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya(maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya”.
Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'I berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).
Penjelasan.
Abdullah bin Mubarak berkata : Aku berat sangka bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadits-hadits tentang fadhilah surat-surat tertentu). Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata : Semua hadits yang mengatakan, barangsiapa membaca
Khatimah
Dengan demikian jelaslah bahwa hadit-hadits tentang fadhilah dan keutamaan
Wallahu A'lam.
Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Sunday, March 31, 2013
Ustaz Ash: CARA SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA
قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ
الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
(رَوَاهُ
الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya
syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah.
(HR. Bukhari dan Muslim)
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى
الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا
فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
(رَوَاهُ
الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya
di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh
tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah
bahawa dialah HATI.
(HR. Bukhari dan Muslim)
SYARAH AL HADIS:Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany
berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam
tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga
jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan
dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan
dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan
kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.
Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia
sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan
pun akan pergi.
Dari keterangan diatas
jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia
pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati
sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah
atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai
hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan"
yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.
Atas sebab itulah maka Rasul
bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik
maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah
seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.
Syaitan adalah musuh kita
yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas
muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau
Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih.
Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu
mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.
Semoga dengan banyak
mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada
terhadap tipu muslihatnya.
CARA SYAITAN MENGGODA
MANUSIA:
1. Menghiasi kebatilan.
Kebatilan
biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu
syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan
menarik.
(قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik
(perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka
semuanya". (Al Hijr: 39)
Diantara contohnya: Menyanjung Nabi
secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang
tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya,
bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul,
meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan
lain-lain.
2. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
(قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120
Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada
kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
(Thaaha / 20: 120)
Oleh itu jangan hairan kalau
pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman
suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai
kemajuan atau moden, dan sebagainya.
3. Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin
Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:
أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ
"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu
beriman"? (Al Baqarah 13)
Didalam
ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw
sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang
sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.
Oleh
itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah
seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah Kontraversi dan lain lain
dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan
Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada
orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Demikianlah
halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi
terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan
petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak
dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka
adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ (فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59
Hai orang orang yang
beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu.
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia
kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman
kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan
lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)
4. Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan
menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan
dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu
dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).
Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu
kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang
melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak
takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya
terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?
5.
Menggoda secara
berangsur-angsur:
Syaitan
tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah
dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu
berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan
dosa. Allah berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan,
maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang
mungkar". (An Nuur / 24: 21)
Barangsiapa yang memahami kaedah "
Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang
berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.
6.
Menghalang manusia
mengikutl kebenaran:
Syaitan
telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall
orang-orang yang ikhlas.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ (أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17
" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya
tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau
yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang
mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan
mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)
Maksud:
" Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau
yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi
mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga
kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah.
Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan
manusia ke syurga.
Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: "
Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang
mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka "
ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari
kejahatan mereka.
7. Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan
tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu
supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar
sebagai penasihat.
(وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21
" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: "
Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua
".
(Al 'Araaf / 7: 21 )
Allah
mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:
يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu
oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari
syurga".
(Al 'Araaf / 7: 27 )
Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu
syaitan dalam solatmu dan dia berkata: by Ustaz Dr. Abdullah Yasin
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)








