Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam muslim dan Imam tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda "aku diutuskan oleh Allah dan jaraknya dengan Hari Kiamat seperti dua jari ini. Tatkala bersabda, baginda menunjukkan jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya.
Dibawah adalah tanda-tanda kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai
agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika
tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap
beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati
mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir
dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang
mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan
banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang
tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang
berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak
mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah
banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang
baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
No comments:
Post a Comment