Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Wednesday, August 28, 2013

Mr.Ash: Astro bukan jodohku

Hi seperti yang dijanjikan, kali ini aku nak bercerita tentang my ex-job aku iaitu sebagai Executive Astro. Hahaha.


So pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro kerana mengambil aku bekerja tapi apakan daya jodoh kita tak panjang rupanya. Aku kerja dengan Astro ini hanya 3 bulan plus sebulan untuk training. Jawatan sebagai Customer Service Executive(CSE). Keje aku mudah je. Angkat call.  Walaupun angkat call tapi semua benda kita kena jawab. Pelbagai kerenah pelanggan yang perlu dilayan. Memang tekanan juga la waktu bekerja. Ramai yang cakap menahan tekanan pelanggan sangat susah. But for me OK la. Semua depend on your PR la. Aku layan pelanggan mula dari tanya macam mana nak tekan butang ON di remote hingga meluahkan perasaan tentang pergaduhan suami isteri pun kita kenal layan. Pasti ada yang kehairanan kenapa lah aku ni kerja kejap sangat padahal astro ini sebuah company yang memiliki nama yang cukup besar dan gah di tanah air. Memang astro sebuah nama yang cukup gah. Gaji yang ditawarkan pun cukup baik jika dibandingkan dengan gaji fresh grad yang diberikan oleh company lain.(nak taw gaji?tak yah la..tak baik riak kan...hahaha)



Waktu training sebulan segalanya indah. Training di building lain (terpaksa dirahsiakan atas factor keselamantan). Sememangnya semuanya indah. Memang waktu tu aku suka sangat kerja dengan astro.segala kemudahan di sediakan.pantry yang cukup. Ada kafe untuk kemudahan staff plus suasana office yang memang superb.memang suasana nya sangat selesa dan ceria dengan interior yang moden sesuai dengan nama astro. So di mata aku hanya ada astro. Bak kata orang astro di hatiku. Selepas sebulan training, aku ditukarkan ke building yang lain.

Pertukaran ini lah bermulanya zaman kegelapanku bersama Astro. Sememangnya terkejut beruk aku dibuatnya. Ada 4 sebab utama yang membuatkan aku nak berhenti dari Astro.

Solat
Seriously bekerja sebagai customer service menjaga masa memang menjadi kemestian dan keutamaan. Banyak company yang lebih percaya pada costomer service dalam mengendalikan masa. Aku sendiri pun bila bekerja dengan astro ni aku jadi orang yang lebih menghargai masa. Selalunya aku akan standby di office satu jam lebih awal dari masa bekerja. Tapi yang menjadikan aku geram sampai nak berhenti sebab masa nak solat susah. Yang tu aku tak kisah lagi sebab ak boleh je nak ambik short break lama just untuk solat sebab aku boleh cover balik waktu break time. Yang aku tak boleh terima wamtu bulan ramadhan diorang bagi rehat pukul 7.15-7.45. 15 minit awal tu bukan boleh buat apa pun. Rasa masa bodoh gila sebab astro ni company local tak kan tak faham keperluan pekerja muslim. Ruang solat pun boleh memuatkan 4 sejadah je. Sedangkan ramai staff muslim. Sepatutnya nak buat pejabat pun kena la ambil kira semua tu.

Kemudahan
Sebab kedua adalah kemudahan. Yang paling tak boleh terima kerusi pejabat tu waktu tengah jawab call tu boleh turun sendiri. Kebanykaan kerusi yang ada tu semuanya dah rosak. Sememangnya waktu ak kerja astro tu pinggang aku sakit kot. System di astro ni kita tak de cubical khas. So setiap masa kita akan duduk di tempat berbeza-beza. So terpaksalah dating awal untuk pilih cubical plus cari kerusi.rasa macam bodoh gila dating awal semata-mata nak book kerusi. Semua orang tahu yang pemilik astro ini adalah pelik sama kepada maxis. Maxis salah satu telco yang menwarkan internet terlaju. Tapi untuk pengetahuan korang internet untuk staff sendiri slow macam dengan haram. Kadang-kadang tu rasa macam nak hempuk je PC tu.

Jadual
Yang ni lagi satu shif kerja. Yang membuatkan aku geram adalah diorg masa waktu training dulu berjanji yang jadual shiff aka nada 50% siang and 50% malam. Semua itu tipu-tipu belaka.jadual cuti pun sama. Aku memang tak faham kenapa diorang nak buat cuti 2 hari dalam seminggu tapi berasingan. Padahal kalu diikutkan boleh je nak buat. Maybe they need mathematician like me to do that.

Individualism
Kerja diorng terlalu invidualism. Pada aku kerja sebagai berkumpulan itu lebih baik. Apabila suasana kerja terlalu invidualism mula la ada yang nak pentingkan diri sendiri je. Sampai ada team manager or floor manager (tak semua yer..2-3 orang je..yang lain baik) yang akan tengking-tengking tak tentu pasal plus kurang ajar sebab nak jaga performance diri. Sepatutnya nama pun manager dia kena la membantu bukan menyusahkan. Yang paling aku boleh get along is my QA. J



Yang pastinya aku dah berhenti dan sekarang tengah mencari kerja baru yang lebih sesuai. Walaubagaimanapun kerja di astro memberikan aku seribu satu pengalaman dan kebaikan buat diri dari banyak sudut.

“Tak semua yang buruk itu buruk, dan tak semua yang baik itu baik. Yang menentukannya adalah bagaimana kita pandang perkara tersebut”

 

13 comments:

  1. tak semua benda Allah bagi kat kita tu baik untuk kita tapi semestinya ia yang terbaik untuk kita :D nice sharing . singgah sini

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu awak kerja kat menara icon ke?? stress sgt ke?? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. icon kjp..yg lg satu..hmm..bkn stress mna pun. saya suka kerja tu.i really love that job tapi sebab bagi saya rehat berbuka puasa dan solat hanya sempat 15 minat shj. Bg saya bab solat tak boleh berkompromi.

      Delete
  3. Salam Ash, nama aku Nabil, aku nak tanya la pasal ni.. Boleh contact aku ? 0177001370 . Kau hantar message Ash Astro. Nanti aku ingatla aku ada baca blog kau ni..

    ReplyDelete
  4. salam...saya baru nka pergi interview keje CSE kat astro...x ok sgt kew..alahaiii

    ReplyDelete
  5. Nur ezwa : for me it depends on urself..how u manage ur stress when u work there..i've been there almost for 3 years..from 2010 til 2012.. To be honest,time i keje astro dulu,mmg stress tp environment best..ade kwn2 yg best..mnger yg best..dpt custmer yg pelik2..for me,best la..try 1st..u will knw once u try dear :)

    ReplyDelete
  6. Kalau nak kerja at astro radio as deejay best x? ada kosong? camner cara dia?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..sudi kiranya Mr. Ash whatsapp saya di 0139729343..sy dah pegi interview ASTRO utk position CS ni..menunggu keputusan skg ni..just nak tanya pengalaman camna...sy interview ASTRO di Bangsar South..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya izzat, kalau boleh saya tahu bagaimana nak apply kerja di astro. ni email saya mhmdzzt95@gmail.com

      Delete
  8. saya pon dh dpt offer...supposely hr nieh ambk offer letter kt bukit jalil...kna keje isnin...

    ReplyDelete
  9. Saya dh.nak.interview cs dkat ambank, blh bagi tips tak? Takut jugak baca yg awak share tu.

    ReplyDelete
  10. Untuk Internship, memang ada x untuk human resource?

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..