Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"
Showing posts with label Prof Ash. Show all posts
Showing posts with label Prof Ash. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Prof Ash: Fakta manifesto Barisan Nasional dan manifesto Pakatan Rakyat

Memandangkan pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi. Jadi jom kita hayati dan fahami manifesto parti yang bertanding agar memudahkan kita membuat pilihan kelak. 

Ingat!Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia!




Thursday, April 11, 2013

Prof Ash: Ketua tingkatan dibelasah



Sekarang ini sedang kecoh tentang penyebaran video samseng sekolah yang membelasah ketua tingkatannya. 
Menurut maklumat yang diperolehi, kejadian ini berlaku pada 4 Mac 2013 yang lalu. Khabarnya juga kejadian ini berlaku di SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang. Bacaan lanjut di laman Facebook PDRM, dimaklumkan kes ini telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah, di mana tiga orang pelajar yang terlibat telah dibuang sekolah. Berikutan penyebaran klip video kes buli pelajar sekolah di Seberang Jaya, Polis Pulau Pinang telah menerima satu laporan polis. Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana merusuh. [sumber : Facebook Page PDRM]

Buat muka lima sen lak. hukuma selayaknya.dipukul seperti mana dia pukul ketua tingkatannya or disebat and lepas tu di hantar ke sekolah henry gurney.





P/s:Geram betul bila tengok mereka gembira dengan kemungkaran yang mereka lakukan . Mereka tu layak ke sekolah juvana biar polis or tenaga penagjar disitu ajar mereka erti kehidupan. Profberharap mereka akan terima hukuman yang setimpalnya.Yang paling diharapkan mereka disebat di hadapan semua rakyat jelata. Biar tiada lagi kes buli di malaysia. Serahkan hukuman sebat itu pada pihak penjara. Biar rotan yang mengajar mereka yang kurang ajar sebegini. 

Tuesday, April 9, 2013

Prof Ash: SPM just a beginning


Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam SPM baru2 ini. Setiap tahun kita dapat lihat peningkatan jumlah pelajar yang berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM (tak taw bila yang menurun). Malah tidak kurang ramai juga yang kurang bernasib baik.
Pastinya yang kurang bernasib baik tu akan meresa sedikit down ataupun merasa menyesal kerana tidak belajar bersungguh sungguh sebelum ini.

Sebenarnya anda tidak perlu menyesal. Itu semua lumrah. Perjalanan anda masih panjang. Anda boleh berjaya pada masa akan datang. Yang penting anda berusaha tanpa jemu. SPM bukanlah perhujung bagi anda. Sebenarnya iainya sebuah batu loncatan buat anda. Sememangnya sekiranya result anda bagus, anda boleh pilih banyak peluang yang ada depan mata. Jika result kurang bagus atau sebaliknya, maka sikit pilihan yang ada buat anda. Tapi itu bukan bermakna anda tak boleh sambung belajar. Mungkin anda tidak pandai dalam akademik, mungkin anda mahir dalam kemahiran.
Kalau dah memang berminat nak sambung belajar, memang tak ada siapa yang dapat menghalang. Tak dapat matrikulasi? Jangan risau. Boleh ambil STPM, diploma, atau kemahiran.

Belajarlah selagi anda mampu. Buat pilihan yang bijak. Ilmu dan kemahiran itu bukan sahaja boleh didapati di Universiti. Ingatlah firman Allah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Jadi saya tinggalkan anda dengan kata2 ini.Semoga menjadi pemangkin buat anda.

all those who play on the field will have tasted defeat,
there's no player in this world who has not lost before,
however,

loser will remain flat
ordinary player take a while to get back on their feet,
while, THE BEST player will give everything he's got to stand up again on the field.
| university of Texas, Longhorn Headcoach. Darrell Royal. |


Thursday, March 14, 2013

Prof Ash: Ops Daulat Lahad Datu

Negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sejak 9 Feb 2013 oleh kumpulan yang mengelar diri mereka "Tentera Kesultanan Sulu". Kehadiran mereka adalah bertujuan merampas negeri Sabah yang secara sahnya adalah wilayah Malaysia yang sah mengikut lunas undang-undang. Sepanjang OPS Daulat yang dilaksanakan oleh Polis dan ATM, banyak nyawa yang terkorban dan banyak juga tangkapan yang dibuat untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Malah wira-wira negara kita juga ramai yang gugur syahid di medan pertempuran. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah.


Baik. Berbalik kepada isu yang berlaku ini. Banyak spekulasi yang berlaku sejak insiden ini terjadi khususnya dari segi politik. Satu pihak ke satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Tidak habis-habis menyalahkan orang lain. 



Disini saya tidak mahu menyentuh isu politik. Saya berkongsi pandangan 2 perkara penting yang amat perlu kita fikirkan bersama. 




Kebocoran
Ramai yang tertanya tanya bagaimana mereka boleh masuk ke Malaysia melalui perairan negara?Bagaiman begitu mudah mereka masuk?Bukankah perairan negara dikawal oleh 3 agensi keselamatan?Jawapan yang paling mudah adalah kemungkinan berlaku kebocoran iaitu ada pihak yang membenarkan mereka masuk setelah menerima suapan. Saya beranggapan sebegini kerana jelas kita lihat lambakkan warga asing yang tiada permit berada di negara ini. Semua itu kerana apa?
Semua ini kerana ada pihak yang menerima suapan. tak kira lah suapan kepada agensi keselamatan ataupun ahli politik(seperti yang diheboh-hebohkan sekarang ini). Ini suatu budaya yang tidak sihat. Rasuah dan kurangnya integriti ini sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada negara. Insiden Lahat Datu ini sebenarnya membuka mata kita bahawa ada pihak yang tidak berintegriti dengan mengamalkan rasuah. Saya berharap SPRM membuka buku siasatan tentang isu ini. Malah SPRM sendiri perlu lebih giat dan agresif dalam membanteras jenayah rasuah dengan "menyerang" agensi yang berrisiko menerima rasuah. Saya masih ingat akan pesan Pengarah  SPRM Bahagian Pendidikan Masyrakat, Dato' Syamsiah dalam video ucapan khas bersempena Majlis Penutupan Kempen Anti Rasuah kebangsaan 2012(KEMAR 2012), beliau menegaskan bahawa Isu rasuah ini adalah isu bersama. Kita perlu bersama membanterasnya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, latar belakang, dan mahupun perbezaan ideologi politik.




Keselamatan 

Sebenarnya, apabila kita lihat insiden ini berlaku, ramai yang mempersoalkan keupayaan ketenteraan negera kita. Sebenarnya, menerusi pengamatan saya, ketenteraan kita masih belum kuat sekiranya ada pihak yang lebih besar menyerang kita. Pada saya, kita perlukan keupayaan lebih dari segi pertahanan dan menyerang pada masa yang sama. Jika dilihat negara yang kian maju seperti korea, mereka tidak pernah lupa memperkukuhkan ketenteraan mereka. Sememangnya tidak dinafikan skill tentera malaysia di iktiraf menerusi misi Pengaman. Tetapi saya melihat kelengkapan persenjataan dan kelengkapan perang juga perlu seiring. Sudah tiba masanya kita memperuntukkan dana yang lebih besar dalam transformasi pertahanan negara. Bukan sahaja dalam dari segi membeli malah dari segi R&D ketenteraan. Biar kita berusaha membina senjata sendiri. Transformasi perlu lebih menyeluruh. Bukan sahaja ekonomi tetapi meliputi semua aspek.

Mungkin kita boleh membeli lebih banyak jet pejuang, kapal perang, kapal selam dan mungkin lebih baik kita memiliki kapal penganggkut. Bersempena dengan LIMA yang bakal menjelang, mungkin Malaysia perlu mengambil peluang untuk mengintai mana-mana kelengkapan yang mungkin boleh di beli bagi memperkukuhkan keupayaan ketenteraan negara.



Mungkin perlu banyak lagi kereta perisai.. 

 Atau mungkin perlu perbagaikan jet pejuang

 Lebih baik memiliki kapal penganggut..boleh jadikan Armada Laut Malaysia seperti zaman Laksamana Cheng Ho

Atau mungkin Kapal terbang pemusnah Pintar 


 mungkin banyakkan kapal perang yang ada..

Banyak lagi perkara yang boleh diambil iktibar dari isu ini. Apa yang diperkatakan disini hanya secebis dari alamat Lahad Datu. Semoga pemimpin kita melihat perkara ini lebih teliti dam mendalam. I know they knows better then me.

p/s: Perhatian: Apa yang dikatakan di sini hanya sekadar pandangan rakyat biasa. Harap maklum.




Tuesday, February 26, 2013

Prof Ash:Pak Mie and Mak intan


Have you ever know this guy?He is Pak Mie. The Pak Mie shelter story come up more than half a year ago. 





Pak Mie and wife have been rescuing and feeding more than 500 stray dogs and 100 strays cats at Alor Star, Kedah. 

Their selfless spirit and love towards the stray truly put a lot of us to shame

People are look down on them coz morang melayu banyak yang beranggapan dengan tanggapan yang salah dalam bab bersentuhan dengan anjing. 


Here I attach a documentary about Pak Mie Shelter story.


Here I attach penjelasan sebenar tentang larangan bersentuhan dengan anjing.Mudahan kita mendapat manfaat bersama dan jangan salah anggap terhadap makluk Allah lg. 


p/s: A quote from a supporter in the documentary: Although they (the stray dogs) are strays, even though they are dirty, the soul is clean.  

Sunday, February 24, 2013

Prof Ash: Perjuangan Kalimah

Baru-baru ini kita lihat keadaan politik Malaysia semakin hari semakin hangat. Malah baru-baru ini apabila kalimah Allah dicabar, ramai yang bangkit nak mempertahankan kalimah Allah. Alhamdulillah ramai yang tampil. Tetapi yang menjadi persoalanya adakah mereka yang tampil itu benarbenar hendak memperjuangakan Islam atau hanya memperjuangakan kalimah?
Anda yang melihat Anda jua yang akan menilainya.


Ramaikan yang tampil perjungkan kalimah Allah.


Persoalanya perjuangan hanya dimulut tetapi tidak pada anggota lain.



Saya rasa mereka perlu perjuangkan kalimah Allah dalam hati sanubari dahulu. Ambil Islam sebagai AdDin


Bergini rupanya pejuang kalimah. Dari berarak macam ini, baik pergi masjid bagi ceramah or bagi pamplet kepada non-muslim agar mereka faham tentang Islam dan tidak mempertikaikan hak istimewa orang Islam.


p/s: I really hate Ibarhim Ali. I got my own reason. Apa yang anda lihat. Nilai sendiri. Paparan ini sebagai pengajaran buat kita. Antara Perjuangan Kalimah Allah dengan Perjuangan Agama dan Hukum Allah...mana lebih penting?Tepuk dada tanya Iman.






Friday, February 22, 2013

Prof Ash:Harlem Shake Dance

Pasti ramai di antara kita yang mengetahui Harlem Shake Dance. Paling simple ada yang kata Harlem Shake Dance ini bakal bersaing Oppa Gangnam Style oleh Psy. Sejauh mana kebenaranNya kita nantikan je la.Berbalik kepada perbincangan kita. Tarian yang tidak ada tarian yang khusus. boleh tibai je.Tapi sejauh manakah kefahaman mereka dengan tarian ini?Jadi di sini saya nak berkongsi sikit informasi tentang tarian ini.

Apa itu Harlem Shake?

Secara sejarahnya, tarian ini merupakan satu tarian yg cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Tariannya simple, anda hanya perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake Dance. Gaya yang digunakan diulang tanpa ada perubahan. Biasanya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian disusuli oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama/ berlainan.

Pada tahun 2011, pemuzik elektronik , Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagunya dan pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.

Video viral Harlem Shake Dance pertama telah diporpularkan dan dimuat turun  pada 30 Januari 2013 yang dipelopori oleh lima orang remaja dari queensland, australia. Berkostumkan topeng dan baju latex mereka menari Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Haerlem Shake Dance dapat ditonton menerusi laman youtube.









Wednesday, February 20, 2013

Prof Ash: Pembantu rumah bernafsu iblis dera bayi berusia 4 bulan



KUANTAN – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.
Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata  ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.
Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.
Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.
“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.
Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.
“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.
Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.
Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi  kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
 Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama. 

-sinarharian-





p/s: Aku kalau tengok je video ni nak je aku hukum bunuh je minah indon ni atas kesalahan cubaan membunuh.(tu pun kalau aku ni Hakim la..hihi). Bila kes macam nih berlaku, aku terfikir...kenapa kita tak bakar je kedutaan diorg?kalau kita salah terus nak bakar kedutaan kita. hmmmm...

Sunday, February 10, 2013

Jose Mujica


Pernahkah anda mendengar nama Jose Mujica. (yes. dalam KOSMO..haha) Beliau merupakan sebagai presiden termiskin di dunia. beliau berumur 77 tahun adalah bekas pejuang guerrilla sebelum dinobatkan sebagai President Uruguay setelah beliau menang bertanding pada tahun 2010. Beliau juga merupakan president yang termiskin di dunia kerana sebahagian dari gaji bulanannya berjumlah $12,500 didermakan kepada badan - badan kebajikan dan hanya mengambil $1,250 setiap bulan dari gajinya. Beliau mempunyai ladang bunga yang diusahakan sendiri bersama - sama isterinya. Bayangkan seorang President sanggup menggunakan duit gajinya sendiri dengan menderma kepada mereka yang memerlukan agar rakyatnya hidup penuh keselesaan. Tak sangka masih ada pemimpin macam ini. Harap Allah beri hidayah padanya untuk menjadi muslim sejati. How about Malaysia?ask yourself.




Sumber Dari : http://blogyangsiot.blogspot.com/2012/10/meet-jose-mujica-president-paling.html


Thursday, November 15, 2012

Prof Ash: SOALAN SEJARAH SPM 2012


Kalau lah soalan sejarah macam gini. Mesti semua dapat A.

1. Siapakah yang membuka
Melaka?
a. Param
b. Parameswari

c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang
penjelajah Inggeris telah tiba di
sebuah kawasan yang dikenali
sebagai New Hebrides, siapakah
dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi
pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka
Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan
melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di
Negeri Perak yang dibunuh oleh
Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang
menjajah Tanah Melayu selepas
Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang
diminta Puteri Gunung Ledang
kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang
mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China
yang berkahwin dengan Sultan
Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar
Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis
Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

p/s:di Ambil dari Facebook. tapi berjaya membuatkan perut Prof bagai nak kecut.hahahaha

Tuesday, November 6, 2012

Prof Ash:Pakaian terbaik untuk temuduga (Wanita)



Terdapat 7 perkara yang perlu diberi perhatian dalam menajga penampilan untuk pergi menghadiri sesi temuduga.

  • Baju kurung adalah pakaian yang PALING sesuai untuk temuduga di Malaysia. Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar dan nampak professional. Tak kisahlah kalau anda bukan berbangsa Melayu. Yang penting, anda orang Malaysia. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Jangan pakai shawl! Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Lagi satu, pakai tudung yang tak bercorak. Janganlah pakai tudung yang bunga-bunga atau polka dot. Nampak tak professional.
  • Warna? Definitely, warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelapputih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. Jikan anda hendak juga mengenakan warna tersebut, pastikan warna tersebut light atau lebih mudah muda warna nya. seperti kuning muda, pink muda, dan sebagainya.
  • Corak. Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol.Elakkan memakai corak berbunga-bunga yang besar. 
  • Jenis kain. Elakkan kain yang jarang dan ketat. Sekarang ni kan trend orang pakai baju kurung transparent. XP
  • Perfume? Tak perlu. Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dapat tawaran sebab badan berbau!
  • Makeup? Tak perlu tebal-tebal atau tak payah pakai terus kalau anda ada kulit muka yang berseri.Interview adalah untuk dapat kerja atau biasiswa bukan nak masuk program cari menantu.
  • Kasut. Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai.
p/s: ni antara contoh-contoh pakaian sesuai ketika di temuduga. Anda boleh layari laman sesawang ini.http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga

Diharap tips-tips ini berguna untuk anda . 

Prof Ash: Warna pengaruhi mood?


Entri kali ini Prof Ash nak post mengenai warna kegemaran pula.(Ini atas permintaan seorang gadis ceria yang nak prof ulas sikit tentang warna (pilihan/pakaian) dan personaliti) Sebab warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna. Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana , perasaan contohnya warna hitam, putih, dan coklat kayu menimbulkan suasana mewahdan elegen. Oleh yang demikian kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan mood, ragam, perlakuan dan perwatakan yang dibawa seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri.

Perkaintan antara warna dengan personality adalah seperti di bawah:

Biru muda: orang yang menyukai warna ini selalunya bersifat pengasih dan penyayang. Orang jenis ini lovely, sopan, tenang dan educated dalam setiap perlakuannya.

Biru tua: Orang yang macam gini selalunya rajin dan penuh dedikasi sebab dia begitu berkeyakinan. Ramai yang tidak sedar yang orang gini perasaan dia mendalam sikit.

Oren: Orang jenis oren ni semangat, komited dan mampu menjadi ketua. Oarng macam gini bertenaga sokmo plus tak leh nak sabar.

 
Kuning: Orang kuning ni selalu ceria dan sentiasa bersangka baik. Sentiasa positif. Selalu berfikiran positif dan tenang walaupun bermasalah Walaupun bermasalah, orang gini aktif dalam semua bidang kerna semangatnya yang terlalu tinggi serta mampu berdikari.


Hijau: Orang hijau ni selalu je tenang, hati-hati, baik hati dan tidak banyak karenah. Kata orang segala yang baik ada dekat dia. Akan tetapi sebenarnya mudah terasa walaupun tidak dijelmakan.


Merah: Orang merah ni berani dan emosional. Selalunya kuat mendesak seakan-akan pemarah, mudah dirangsang dan lincah. Mahu sesuatu yang besar dan pantas. Singkatanya tidak sabar.

Ungu: Ini warna kejayaan dan sikap positif. Orang ini selalu ada ketetapan hati sendiri dan berkeyakinan tinggi untuk Berjaya dalam semua bidang.

Hitam:Ini warna rasmi, serius atau hiba. Akan tetapi sebenarnya warna ini adalah lambang kemewahan. Bersemangat waja, matang dan berkeyakinan.

Coklat: Orang yang minat warna ini sebenarnya berpewatakkan matang dan bertanggungjawab. Kadang-kadang kematangannya sama level dengan orang tua. Oleh demikian orang macam gini senang bergaul dengan orang dewasa.

Putih: Orang gini nampak bersih, baik dan amanah. Bersederhana menjadi teras dalam hidupnya. Keayuan dan kesucian amat terserlah hingga sukar digambarkan.

Merah jambu: orang pink ni penyayang, cintai segalanya. Hati selembut baldu serta lemah dan memerlukan seseorang untuk bersamanya. Kadang-kadang perwatakkannya seakan-akan keanak-anakan. Perlu dingat lemahnya tidak bermakna tidak kuat tetapi ayu dimata.




cantik x kasut saya?hahaha..agak2 ceria masa tengah main futsal..hahaha..

Sunday, October 21, 2012

Prof Ash: Wonder Girl

Mungkin ada dikalangan kita yang sedia maklum dengan kehadiran kumpulan K POP~ Wonder Girl ke Malaysia baru-baru ini. Apa yang menariknya, mereka tampil dengan aura gadis melayu dalam persembahan mereka, mereka telah mengenakan pakaian Baju Kurung. 





Acapkali kita dengar orang dewasa mengatakan "kan manis pakai baju kururng". Memang ikhlas dari hati sanubari prof suka bila melihat gadis memakai baju kurung khususnya gadis melayu. Tambah-tambah lagi yang mengenakan tudung. (Allahuakbar. Terasa nak buat bini ja kalau macam tu.haha.) 



Seriusly nampak keayuan gadis tersebut terserlah.  Bukan sahaja ayu malah timbul aura kesopanan melayu dan mengikut lunas hukum agama iaitu hukum menutup aurat (bagi yang mengenakan baju kurung dan tudung). Kadang-kadang tu prof nak je kenal sapa pereka baju kurung yang asal and nak ucap terima kasih sebab meninggalkan masterpiece yang sangat awesome sebagai warisan bangsa melayu. 

p/s: Adakah, selepas ini ramai yang akan membuat baju kurung dengan corak diatas selepas ini? Kita nantikan saja..Kalau pakai baju kurung jangan lupa pakai tudung yer.Baru sempurna.








mcm menarik je ni..tekan la..