Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, February 22, 2013

Prof Ash:Harlem Shake Dance

Pasti ramai di antara kita yang mengetahui Harlem Shake Dance. Paling simple ada yang kata Harlem Shake Dance ini bakal bersaing Oppa Gangnam Style oleh Psy. Sejauh mana kebenaranNya kita nantikan je la.Berbalik kepada perbincangan kita. Tarian yang tidak ada tarian yang khusus. boleh tibai je.Tapi sejauh manakah kefahaman mereka dengan tarian ini?Jadi di sini saya nak berkongsi sikit informasi tentang tarian ini.

Apa itu Harlem Shake?

Secara sejarahnya, tarian ini merupakan satu tarian yg cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Tariannya simple, anda hanya perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake Dance. Gaya yang digunakan diulang tanpa ada perubahan. Biasanya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian disusuli oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama/ berlainan.

Pada tahun 2011, pemuzik elektronik , Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagunya dan pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.

Video viral Harlem Shake Dance pertama telah diporpularkan dan dimuat turun  pada 30 Januari 2013 yang dipelopori oleh lima orang remaja dari queensland, australia. Berkostumkan topeng dan baju latex mereka menari Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Haerlem Shake Dance dapat ditonton menerusi laman youtube.









No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..