Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, February 22, 2013

Ustaz Ash:MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN


Assalamualaikum. Mudahan kalian semua berada dalam redha Allah. Insyallah. kali ini saya nak berkongsi tentang mengumpat. Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. 

Firman Allah Taala bermaksud: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.” (Al-Hujurat:12)

Ibn Abbas radiallahuanhu menjelaskan maksud ayat ini dengan katanya, “Allah mengharamkan ghibah atau memperkatakan sesuatu keburukan seseorang mukmin sebagaimana Dia mengharamkan bangkai.

Menurut al-Hasan al-Basri rahimahullah, “Terdapat tiga istilah yang berkaitan antara satu sama lain dalam al-Quran, iaitu ghibah, ifk dan buhtan. Ghibah ialah engkau mengatakan sesuatu yang ada pada saudaramu, ifk ialah engkau berkata tentang apa yang disampaikan kepadamu dan buhtan ialah engkau mereka-reka apa yang tidak ada padanya.

Oleh yang demikian hukum asal mengumpat itu ternyata HARAM.Jadi apa itu mengumpat sebenarnya?

Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Jadi sebelum kita teruskan perbincangan ini, mari kita bersama-sama hayati hadith nabi di bawah...

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)



Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa (macam bertanyakan soalan kepada ulama tentang situasi) dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). 

SYARAH AL HADIS:
Tetapi hal dalam hadith termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

1.    Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

2.    Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

3.    Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : " Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu ".

4.    Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

5.    Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

6.    Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.



JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :


Menurut Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin terdapat 6 jenis mengumpat yang dibolehkan atas sebab tertentu mengikut syara' dimana jika sesuatu yang penting tidakmungkin di capai kecuali dengannya.

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. 


(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mencegah kemungkaran seperti  pihak polis atau bahagian pencegah maksiat supaya pihak terbabit dapat mengambil langkah meneguh dan mencegah perbuatan maksiat itu. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.


(3) MINTA FATWA.

Umpamanya bertanya kepada ustaz Azhar Idrus ke...ulama ke...atau orang yang layak mengeluarkan fatwa dengan menceritakan situasi sebenar dengan tujuan memahamkan fatwa. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.


(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.


(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID'AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Pemimpin yang zalim, Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid'ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.


(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.





No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..