Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"
Showing posts with label Puisimatik. Show all posts
Showing posts with label Puisimatik. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Wanita ungu

Wanita ungu
Wanita perhiasan dunia ini
Bukan untuk dimiliki
Tapi untuk disayangi
Tersimpan disudut hati

Wanita ungu
Bertahun hatiku terluka
Tidak pernahku sangka
kamu insan yang membuka
Mengubati hati yang duka

Wanita ungu
Tidak pernah daku seberani ini
Hanya Allah yang mengerti
Bagi ku kalu layak memiliki
Kerna kamu pemilik hati

Wanita ungu
Akan ku pinang dengan bismillah
Maharnya murah hanya dengan as-sajadah
Membuat ku bersujud pada Allah
Kerna mengurniakkan daku wanita ungu yang sah

Monday, February 3, 2014

Pak nelayan dilautan


Pak nelayan,
Menangkap ikan di lautan,
membekal Ikan di daratan,
Habis tekak kehausan,
Gitar harmonika menghilang kebosanan,

Pak nelayan
Ikan yang baik terjerat pukat,
Tak semua ikan dapat disakat,
Jangan dimasuk kawasan Pak Saat,
Nanti habis boat dan pukat disekat,

Pak nelayan
Ikan mahal dijalakan
Ikan liar dilepaskan
Ombak cuaca jadi sangkaan
Ilmu didada jadi saranan

Nukilan Mr.Ash



p/s: 
tersurat adalah mengenai kesusahan nelayan,
 tersirat adalah mengenai perhubungan manusia 

Wednesday, November 6, 2013

Ada apa pengiktirafan dunia





Ada apa pengiktirafan dunia
Pemimpin semua kaya raya
Rakyat hutang sini sana
Jom Pakat jadi papa kedana

Ada apa pengiktirafan dunia
Ekonomi naik hanya sandiwara
Hutang Negara berganda-ganda
Cukai bertambah  kita yang kena

Ada apa pengiktirafan dunia
Belajar tidak percuma
Dana pendidikan untuk orang berada
Yang miskin pinjaman jua

Ada apa pengiktirafan dunia
Perangcangan orang asing yang bina
Mana pergi pakar kita
merdeka hanya laungan semata

Ada apa pengiktirafan dunia
Kalau rasuah berleluasa
Laporan audit disia-sia
Hanya reality vs persepsi yang dibicara

Ada apa pengiktirafan dunia
Suara lantang tak terkata
Semuannya indah khabar dari rupa
Padahal habis rakyar merana

Ayuh bangkit anak muda
Biar apapun orang kata
Negara Malaysia Negara kita
Biar generasi kita yang jaga
Kerna Pengiktirafan Tuhan yang kuingin jua


Nukilan Ahmad Amir Asyraf
6 Nov 2013

Tuesday, November 20, 2012

Puisimatik: Lelaki Jahat

Sajak ini buat lelaki jahat.


Lelaki jahanam
Perhubungan bukan jujukan teka meneka,
Jangan mempercaturkan hati wanita,
Tidak kau ketahui martabat mereka,
Mereka seumpama pemilik tahta.

Lelaki persetan
Berrohkan iblis, Berjasadkan manusia,
Nilai mutlak cinta seorang wanita suci kau persia,
Jangan kau fikir kau akan pergi begitu sahaja,
Akan kau menyesal dihujung usia.

Lelaki celaka
Bertopengkan plastik  Bertulangkan getah ,
Set-set kebahagiaan wanita kau ratah,
Al-Mizan menjadi bukti Kecondongan Satah,
Seksaan kebur pasti tidak mampu kau papah.

Lelaki Durjana
Jangan dirasa sempurna kejadian mu,
Allah menilai sejauhmana julat ketakwaanmu,
Pasti kelak berbalas jua amal jahatmu,
Neraka pasti menjadi titik asalanmu.

Nukilan Mr.Ash (20/11/2012  3.47petang di Sungai Petani, Kedah)

Marilah wahai segenap kaum Adam. Jangan syirikkan Allah. Ambil Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. Peliharalah wanita sebagaimana nabi suruh.Ingat! Lelaki adalah ketua bagi wanita. Jangan jadi pondan dengan sakiti wanita. Martabatkan mereka sepertimana Islam anjurkan.
Terima kasih.


 

Wednesday, September 12, 2012

Pelangi



manusia tidak mampu mencapai pelangi,

tidak mampu jua membuat hujan untuk pelangi muncul,
apabila manusia gunakan akal dan anggota yg dimiliki,
mampu saja manusia renjiskan air buat pelangi kerdil muncul,

Monday, September 10, 2012

Mr.Ash: Sajak Malaya




Malaya
Telah 55 tahun berlalu,
Darah,tanah, rakyat ini diagih
Musim suka duka beredar dan pergi
Terbaring kaku bangsa ini
Terperangkap pada akal yang sempit
Dek kerna tidak kenal diri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Hidung, Minda, perilaku ditoleh
Masih berilmukan penjajah empunya perigi
Habis buta bangsaku ini
Habis leher, hidung, kaki tangan disepit
Musnah kiamat jati diri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Ayuh bangsaku kita beralih
Mencari ilmu dan sejarah sendiri
Kembalikan maruah bangsa ini
Bebas merdeka tak lagi dihimpit
Dengan acuan sendiri

Malaya
Telah 55 tahun berlalu
Daku yakin bangsa ku boleh
Boleh berdiri atas kaki sendiri
Terpelihara lah tanah pusaka ini
Kemerdekaan keamanan kebebasan dikepit
Diwarisi anak-anak pertiwi

nukilan:Amir Asyraf 3.00 pagi, 10/9/2012 di Hospital Sultanah Bahiyah

p/s: saya masih tertanya-tanya kenapa semudah perjanjian kita mendapat kemerdekaan?kenapa Hari Hartal tidak diceritakan?Benarkah Kerajaan melayu melaka berada bawah jaminan China sedangkan mana-mana kerajaan islam adalah bawah penguasaan Kerajaan islam Uthmaniyah?kenapa hikayat hang Tuah disalin beratus-ratus kali untuk di kaji di Eropah? Saya percaya sejarah kita telah diubah dan ada yang disembunyikan. Saya juga percaya ilmu sains dan matematik orang eropahpada harini sebenarnya ada Ilmu yang datangnya dari bangsa Melayu, dari Tanah melayu, dari malaya. :-) walauapapun selamat menyambut kemerdekaan yang ke 55 bagi tanah melayu(semenanjung)dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 49 bagi Malaysia. 

 

Monday, June 11, 2012

WANITA SEBAGAI IBU, ISTERI DAN SERIKANDI



Wanita sebagai ibu



Menggoncang keImanan dan ketahanan

Jerih perit melahirkan
Bertarung antara dua perjuangan
Sama ada syahid atau melahirkan
Kasihmu tiada tandingan

 Belaianmu mengasyikkan
Sentuhanmu mendamaikan
Nilai keibuanmu tiada terbilang
Tiada tara menjadi saingan

Wanita sebagai isteri
Menjadi dian penawar hati suami
Meronda hidup dalam kesederhanaan
Mengalun cinta dan harapan
Menganyam kesetiaan dan ketaatan
Lembut ayu wajahmu
Menjadi penenang di kala kegelapan
Dalam kesamaran dan keriangan
Kau mampu menjernihkan
Menjadi lambang cinta yang tersimpan
Disekulumuti hati isteri yang solehah

Wanita sebagai serikandi
Menjadi sayap kiri perjuangan
Biarpun seribu halangan
Dadanya sarat dengan jihad
Semangatnya umpama api yang membakar
Bahangmu menyemarakkan jiwa pejuang

Dialah ibu Mithali
Dialah isteri yang solehah
Dialah syuhada' di akhir zaman
Bakal melahirkan mujahid dan mujahidah
Agar tegaknya syiar Allah
Biar bumi ini berlumuran darah mereka
Buat meneguk kehausan tanah yang kontang
Warisan titisan darah sahabah dan Anbiya'



Saturday, June 9, 2012

Untuk mu sahabatku


"Sahabatku…
saya tidak memohon apa-apa darimu…
Cukuplah sekadar kau fahami diri ini…
Bukanku pohon perhatian yang lebih darimu…
Cukuplah jika kau ingat bahawa saya ini sahabatmu…

Tiada apa ku pinta darimu…
Cuma secebis pengertian…
Bahawa saya juga seperti orang lain…
Yang memerlukan teman untuk berbicara…
Dan…bergembira…
Bukan ku tagih pengorbananmu untukku…
Cuma. saya mahukan…
Ikatan persahabatan itu…jelas kelihatan melalui perbuatanmu…
Tidak mungkin ku berterus terang tentang perasaanku…

Bila hati ini terguris, sukar benar memulihkannya…
Bila hati ini dicalari sikap ketidakpercayaan terhadap sahabat sendiri…
Berat benar bebanan yang saya tanggungi
Bukanku tak cuba memujuk diri…
Bahawa mungkin kau terlupa untuk menyatakannya…padaku…
Namun, hatiku keras berkata…
Ini bukan kali pertama…ia berlaku…
Meskipun, mungkin kau tak sedari perkara ini terjadi…
Tapi, percayalah…saya sering memaksa diri untuk bersikap sebagaimana biasa…
Sedangkan mana mungkin saya berbuat demikian…pada hakikatnya…
Seringkali ku memarahi diri untuk tidak bersikap begitu padamu…
Namun, tidak mampu ku bohongi diri ini…
Sikap amarah dalam diri, tampak benar muncul di wajahku…

Maafkan saya…teman…
Andai kata-kataku…mengguris perasaanmu…
Tidak mampu lagi ku bendung air mataku yang mengalir keranamu…
Bukan kerana marah terhadapmu…
Tetapi, rasa sedih dilupakan sahabat sendiri…
Lebih pahit dari ditinggalkan kekasih hati…
Mungkin kau menyatakan bahawa saya keterlaluan…
Tapi, fikirlah bila mana kau berada di tempatku…
Mungkin lebih lagi yang kau rasakan…
Terima kasih atas persahabatan yang kau hulurkan buatku…
Tidak akan pernah ku kesali atas pertemuanmu denganku, di bumi Allah ini…
Semoga persahabatan ini kekal abadi…meskipun jasadku tidak lagi bersamamu…
Berkelana…menjadi khalifah di bumi Allah ini…
Maafkan saya teman…atas keterlanjuran bicaraku…
Moga kau sedari…bahawa saya ini SAHABATMU…sehingga akhir nanti…

taken from permatakirana

Monday, June 4, 2012

Wanita suci


Wanita suci,
Mungkin aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli?
Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau tidak memerlukan persamaan.


Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sehangat semangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.


Wanita suci,
Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung.
Ada ingin tapi tiada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tidak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.


Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas.
Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kau dimanipulasi.
Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita.


Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tidak perlu difikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.


Wanita suci,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu.


Wanita suci,
Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihan-Nya.
Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih.
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

         

Saturday, May 26, 2012

Tolong ingatkan saya



Assalamualaikum
Sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
dengarlan dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan


Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan saya …

Antara dua zaman


tuhan
dgn penuh syahdu Maryam merayu ada tuhannya yg satu
pohon agar dikurniakan
kebahagiaan dan ketenanagn
lantaran kelahiran Isa al-Masih
masih menjadi tanda tanya
Ah...
apa aku peduli
anak ini lahir hasil dari rasa cinta
aku dan dia
kalau perlu kubesarkan,
kalau tidak biarlah ia mati
dengan penuh angkuh
Mariam pada zaman ini bersuara
terus ingkar pada tuhannya
dan apabila diperintahkan menutup aurat
maka keluarlah wanita arab
bgai gagak memenihi padang pasir
dengan penuh bangga Aisyah bercerita
tentang wanita di zaman baginda
akhlak dijaga maruah dipelihara
dan apabila menjelang malam yang pekat
kelihatan kupu-kupu malam, aneka warna
dengan sayu seorang tua bercerita tentang gadis zaman ini
hilang malunya
ternoda dengan nafsu dunia
"maafkan aku wahai suamiku,"
demikian Saidatina Fatimah merayu
pada Saidina Ali suaminya
bila menyedari diri menyakiti suami
berkali-kali ia merayu
sehingga 72 kali mengelilingi suami
akhirnya Saidina Ali tersenyum kembali
lantas terbuka semula tujuh pintu syurga kesemua penuh nikmat
selamanya
"maafkan aku wahai isteriku,"
demikian Ali moden merayu
pada Fatimah di zaman ini
bila menyedari dri tidak mampu memberi kemewahan
kereta,rumah besar,intan berlian,
akhirnya si anak terus terleka
lantas terbuka kesemua tujuh pintu neraka
pilihlah mana satu wahai isteri derhaka

"mengapa saudara mengikuti daku?"
tanya seorang gadis
pada Hassan al Basri yang mengekori
"aku tertawan pada matamu"
tidak lama kemudian keluar seorang ibu tua
bersama sepasang mata
di dalam dulang keimanan
terpegun Hassan
penyesalan tiada gunanya
"marilah ke rumahku"
demikian pelawa seorang gadis
pada teruna zaman ini
penuh bangga dengan dosa
maksiat bukan lagi hina
bahkan dilaungkan di mana-mana

demikian kisah Maryam,Aisyah , Fatimah dan gadis solehah
bersama wanita pada zaman ini
semoga kisah tadi menjadi pedoman dan panduan
buat anak-anak bangsa
yang cintakan agama,diri dan bangsa....

by ziey

Monday, May 21, 2012

Warkah buat kaum Adam


Adam.
maafkan aku jika coretan ini memanaskan hati mu,
sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta
Semasa kesunyian di Syurga dulu.
Aku asalnya dari tulang rusuk kirimu yg bengkok.
Jadi x hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu sentiasa mahu terpesong dr landasan.
Kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaum ku lebih bilangan dari kaum mu di akhir zaman. Itulah sebenanrnya ketelitian Allah dlm urusanNya. Jika bilangan mu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia kacau bilaulah suasana.
Adam bersama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang2 Allah yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku,
bukan krn sedikitnya bilanganmu yg m'bimbangkan aku. Tapi, aku risau menyaksikan tingkah mu .
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bhw aku mesti tunduk ketika menjadi isteri mu
Namun terasa berat pula utk ku menyatakan isi hatiku ini...
Adam, Akut tahu al-Quran ada ayat yg menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhdp kaum wanita.
Kau di beri amanah utk mendidik ku,
kau diberi t'jawab utk m'jaga aku.
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dlm redha Tuhan . Tapi Adam, nyata dan rata2 yg sudah t'jadi pada kaum ku ini.
Aku dan kaumku tlh ramai menderhakaimu.
Ramai yg tlh menyimpang dari jln yg ditetapkan.

Jika t'paksa aku keluar dr rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung rambut ke hujung kaki. Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dr sepatutnya Adam... kenapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kpd anak2 mu tapi skrg pg waktu yg sama, aku ke muka m'uruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata padahal, kau duduk shj. Aku diantara kau yg m'anggur tiada kerja. Kau p'hatikan sj aku pjt tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyingsing paha m'amankan negara, apakah kau skrg tdk spt dulu lg? Apakah sdh hilang kasih sucimu kpd ku?
Adam, mrh kah kau jika ku kt kan andainya Hawa tpesong, mk Adam yg patut tanggung. Kenapa?
Ya, ramai org berkt jika anak jahat, mak bapa x pandai didik. Jika murid bodoh, guru x pandai mengajar.
adam slalu berkt, Hawa mmg degil, x mh dgr kt, x mudah mkn nasihat, kpl bt, pd hemat ku yg dhaif ini,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhdpku sama? spt didikan nabi terhdp anak2 n isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa spt psikologi nabi t'hdp mrk?
Adakah akhlak Adam2 boleh dijadikan contoh thdp Hawa?
Adam, kau sbnrnya imam n aku adlh makmum. Aku adlh pengikutmu krn kau adlh ketua.
Jika benar mk bnrlah aku
Jika kau lalai maka lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku...akalku satu, nafsu ku beribu2
Dr itu adam pimpinlah tgn ku krn aku srg lupa n lalai
Sering tergelincir ditolak oleh nafsu n kuncunya
Bimbinglah daku utk menyelami kalimah Allah. perdgrkanlah daku kalimah syahdu dr Tuhan agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dlm dadaku agar aku mjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam, seandaunya aku masih gagal, Malulah kau Adam pd dirimu dan Tuhan mu.

Sunday, May 20, 2012

4 hawa






sahlon menulis " wrt wbt. Entah angin apa yang 
membuai hari ini, membuatkanku begitu berani 
untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan 
sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. 
saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk 
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah 
lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan 
buatmu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu 
yang saya jaga rapi selama ini semata-mata 
buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan 
saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya 
telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga 
maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah 
menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata 
ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak 
perempuan ialah menjaga dan mendidiknya 
sehingga seorang lelaki mengambil alih 
tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah 
wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku 
daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak 
mahu membelakangimu. saya menghalang diriku 
dari mengenali mana-mana lelaki kerana saya 
tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah 
lagi memahami mereka. Kerana itulah saya 
sedaya kudrat yang lemah ini membatasi 
pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih 
bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang 
terbaik buat seorang perempuan. saya sering 
sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. 
Bukanlah saya menyangka buruk terhadap 
mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana 
contoh banyak di depan mata. 

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan 
ku buat expressionles face dan cool. Akan ku 
palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik 
merenungku ataupun cuba menegurku. saya 
seboleh-bolehnya melarikan pandanganku 
daripada ajnabi kerana pesan 
Sayyidatina Aeisyah lah.A Sebaik-baik wanita 
ialah yang tidak memandang dan dipandang. saya 
tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah 
saya hanya cantik di matamu. Apa guna saya 
menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya 
hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak 
merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan 
saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-
olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka 
hati.

saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan 
seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu 
mengharapkan sesuatu yang tidak dapat 
kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan 
Allah kelak andai disoal? Adakah itu 
sumbanganku kepada manusia selama hidup di 
muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau 
memandang perempuan lain. saya dululah yang 
perlu menundukkan pandanganku. saya harus 
memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku 
kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau saya 
inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. saya 
juga perlu menjadi perempuan yang baik. 
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan 
yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki 
perasaan untuk menyayangi dan disayangi. 
Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali 
itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya 
perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata 
untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki 
yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati 
dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang 
menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak 
mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah 
dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah 
apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu 
berkenalan denganku. saya secara keras 
menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia 
tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya 
berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan 
menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram, 
seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini 
telah dirampas dariku.

saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing 
kebinasaan. saya beristighfar memohon 
keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia 
melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. 
Kehadirannya membuatkan saya banyak 
memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud 
bersamaku. Di mana sahaja saya berada, akal 
sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu 
lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah 
saya yakin pada gerak hati, woman intuitionku 
yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam 
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk 
memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir 
pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga 
punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki 
yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, 
memimpinku kearah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf 
A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk 
membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku 
yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti 
mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua 
hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji 
Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan 
ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan 
perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak 
mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan 
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara. 
saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang 
diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya 
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi 
tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. 
Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya 
akulah yang ditakdirkan meniup semangat 
juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut 
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang 
dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid 
itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan 
tanganku sendiri. Itulah impianku.

saya pasti berendam airmata darah andainya 
engkau menyerahkan seluruh cintanu padaku. 
Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kau 
mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana 
dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku 
keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insane 
biasa. Moga cinta itu juga yang akan 
mempertemukan kita kembali di syurga.

saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. 
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan 
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta 
untuk kemudahanku sekiranya harta itu 
membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu 
terhadap agamamu. saya tidak akan sekali-kali 
bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di 
bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih 
bermakna bagiku.

Dari ukhwah.com

Aduhai wanita



Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt
sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas
sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya
pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya
lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan
hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH
swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita
agar bersama-sama jaga maruah diri dan
MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si
wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik
nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat
DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si
wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang
HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin
hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi
diri dengan meletakkan MALU itu bukan
ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar
akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca
AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu


Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

P.s : " Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar"
Maksudnya : Sesungguhnya solat itu dapat
mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar.

Wallahua'alam bissawap

Monday, March 26, 2012

Aku Bukan Pengecut


sekarang aku malah bingung
malu menyebut nama setelah lahir cinta

takut-takut nama akan menjadi belati
menghunusku dalam…
ahh, cerita sang pengecut kembali terukir

haruskah seperti itu?

pengecut ditandai dengan katakan tidaknya cinta
haruskah seperti itu?
pengecut adalah mereka-mereka yang tidak punya malu

lantas kemana sabda nabi,

saat dia berkeras kata:
jika sudah tidak punya malu, maka lakukanlah sesukaku
kemana?
matikah kata itu ditelan jaman?
atau telah menjadi pasir yang tersapu ombak

salahkah bila aku malu?

salahkah bila nama itu hanya terkata dalam relung
salahkah bila nama tak pernah terucap
ini karena malu
bukan karena aku pengecut

maaf teman,

aku bukan pengecut
terlalu salah engkau menduga

Saturday, March 17, 2012

Jadilah Bidadari.



Bidadari,

Ah, indahnya jika mampuku miliki,
mempersona setiap mata memerhati,
mengoda setiap kata yang didengari,
menjadi tontonan manusiawi,
Namun itukah yang kita cari?
Bidadari!
Setiap wanita mengingininya,
terus berusaha untuk memperolehinya.
berfesyen untuk kelihatan menarik,
berhias untuk kelihatan cantik.
menjaga makan untuk menjaga badan,
menjaga luaran untuk mendapat perhatian.
Salahkah?
Tidak mengapa asalkan bukan untuk tontonan
Asalkan untuk orang yang dibolehkan.
Terbaiknya,
Cantik dengan pakaian Islam yang sopan,
Menjaga makan kerana inginkan keberkatan,
Menjaga kesihatan untuk peribadatan,
Menjaga akhlak untuk mencari redha Tuhan.
Juga sanggup berkorban,
Sanggup susah untuk Tuhan,
Memberi tanpa minta balasan.
Bidadari!
Mempersona dengan akhlak yang mulia,
Mengoda dengan tuturkata yang berguna.
Bidadari!
Dihiasi dengan keimanan,
Dijaga oleh ketakwaan,
Diredhai oleh Tuhan.
Bidadari!
Idaman wanita solehah
Matlamatnya, Bidadari di Syurga Allah
Sungguh mempersona, sungguh indah
Mata yang memandangnya, pasti goyah.
Oh! alangkah bertuah.
Ya Rahman, Ya Rahim
Anugerahkan aku gelaran itu,
Menjadi bidadari dunia,
agarku mampu menjadi bidadari di Syurga.

Tuesday, March 13, 2012

Monolog Ash


aku bukan alim
aku bukan waraq
aku bukan ustaz yang petah mengeluarkan nas-nas serta dalil
tapi ingin sekali di hujung benak hati ku untuk menjejaki langkah mereka
ingin sekali aku menyumbang sedikit kepada agama ku..
seperti si burung pipit yang membantu nabi Allah Ibrahim Alaihi salam

niat mula di pasang...
busur mula di denggam...
pedang mula di pertajam...

tak kala nak menyusun langkah
benak hati mula berkata-kata
"aku ini bukan ustaz"
aku bukan alim
banyak dosa telah aku lakukan

"wahh...nafsu mula menyerang nampaknya"tersedar seketika natijah bisikkan hati hasil dorongan niat suci ku
suatu ketika dahulu seorang akhi pernah berbicara denganku

wahai sahabat...
usah gentar pada pakaianmu
usah gentar pada ilmu mu yang cetek
usah di peduli diri mu serta perbuatan jahil mu yang lepas...

wahai sahabat...
kita dalam pembelajaran...
amat mudah kita terseliuh di lembah kesalahan..
maka mohon pada Allah agar di ampunkan dosa mu kerna kamu sedang belajar..
teruskan dengan dakwah mu walaupun kamu masih kerdil...
ikutih jejak Abu Bakar...
abu bakar tidak pernah peduli apa yang orang perkatakan..
yang dia tahu adalah patuh dan genggam pada hadith nabi"sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"
tersedar dari pukau si nafsu...
aku mula mengorak langkah dengan senjataku...
HP mini menjadi busar
entry blog menjadi panahku
setiap satu entry aku keluarkan..
gelaran ustaz ash aku gnakan
sebagai dakwahku ke masyarakat..
sebagai bekalku ke akhirat..
dalam perjalananku menjadi pipit kerdil...

di pertengahan jalan aku di sapa oleh ujian
tapi aku tidak tergugat..
kerna adat berdakwah memang banyak asam garamnya..
nabi Allah Muhammad pun bersusah payah nak berdahwah..
aynanomous mula berkata-kata..
mempergugat niat ku dengan peribadiku yang tidak sepertinya mungkin..
tidak seperti da'ie..tidak seperti gelaran ustaz yang aku gunakan..

terganggu fikiran serta hati ku untuk beberapa hati..
amat susah untuk aku tetapkan niat dan matlamatku..
Allah masih menyayangiku..
Quran dan Hadith menjadi bekalku...
mudah-mudahan Allah tetapkan aku dalam jalanNya...amin

mcm menarik je ni..tekan la..