Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, May 20, 2012

Aduhai wanita



Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt
sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas
sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya
pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya
lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan
hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH
swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita
agar bersama-sama jaga maruah diri dan
MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si
wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik
nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat
DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si
wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang
HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin
hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi
diri dengan meletakkan MALU itu bukan
ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar
akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca
AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu


Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

P.s : " Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar"
Maksudnya : Sesungguhnya solat itu dapat
mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar.

Wallahua'alam bissawap

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..