SETULUS INGATAN BUAT SAHABAT
Wahai sahabat, buatlah yang terbaik untuk
diri dan masa depanmu, lakarkanlah sejarah kehidupanmu dengan kebijaksanaan. Corakkanlah tamadun
dirimu dengan kelebihan anugerah Ilahi. Peluang untukmu masih terbentang luas.
Kesedaran diri untuk terus berjaya masih lagi boleh di perbaiki, Yakinlah wahai
sahabatku, Pohon-pohon kejayaan sedang melambai kedatanganmu. Ia masih menanti
kehadiranmu yang pernah di janjikan.
Warnailah kehidupanmu dengan cahaya Ilahi.
Dampingilah kitab suci mukjizat Ilahi di mana jua engkau berada. Tatapilah
susunannya, fahamilah maknanya, hayatilah kandunganya, Lunakkanlah alunannya,
Sesunguhnya di sebalik susunan kalimah, rentak, irama, serta alunan musikanya
tersirat rahsia-rahsia kebesaran Ilahi yang hakiki. Tetapi ingatlah, Hanya akal
waras sahaja yang akan dapat mengesan rahsia-rahsia yang tersembunyi.
Alirkanlah lurah-lurah kejahilan dengan air mata penyesalan. Ia lebih bernilai
dari dunia dan seisinya. Basahilah wajahmu dengan air-air suci, ia merupakan
penyeri dihari kemudian. Hiasilah perjuanganmu dengan amalan yang disukai,
engkau akan sentiasa dikasihi dan diredhai.
Binalah kehidupan mendatang dengan penuh
keyakinan, Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi segala rintangan. Sabarlah di
atas segala penderitaan. Ketahuilah, Sesungguhnya penderitaan itu adalah
bersifat sementara, Pasti akan lenyap ditelan masa setelah tiba waktunya.
Teruskanlah perjuangan mu didalam menuntut ilmu kerana Menuntutnya adalah
kelazatan yang tiada tolok bandingan. Teguhkanlah semangatmu wahai sahabatku
dalam melakari kehidupan dunia. Aturilah
langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, Tapak-tapak pejuang
tidak akan hilang dari memori kehidupan dan tidak akan lenyap di mamah usia.
Doamu sahabatku tetap akan dikenang.
No comments:
Post a Comment