sahlon menulis " wrt wbt. Entah angin apa yang
membuai hari ini, membuatkanku begitu berani
untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan
sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.
saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah
lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan
buatmu sebelum tiba masanya.
Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu
yang saya jaga rapi selama ini semata-mata
buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan
saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya
telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga
maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah
menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata
ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak
perempuan ialah menjaga dan mendidiknya
sehingga seorang lelaki mengambil alih
tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah
wujud dalam diriku sejak dulu lagi.
Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku
daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak
mahu membelakangimu. saya menghalang diriku
dari mengenali mana-mana lelaki kerana saya
tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah
lagi memahami mereka. Kerana itulah saya
sedaya kudrat yang lemah ini membatasi
pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih
bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang
terbaik buat seorang perempuan. saya sering
sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.
Bukanlah saya menyangka buruk terhadap
mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana
contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan
ku buat expressionles face dan cool. Akan ku
palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik
merenungku ataupun cuba menegurku. saya
seboleh-bolehnya melarikan pandanganku
daripada ajnabi kerana pesan
Sayyidatina Aeisyah lah.A Sebaik-baik wanita
ialah yang tidak memandang dan dipandang. saya
tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah
saya hanya cantik di matamu. Apa guna saya
menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya
hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak
merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan
saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-
olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka
hati.
saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan
seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu
mengharapkan sesuatu yang tidak dapat
kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan
Allah kelak andai disoal? Adakah itu
sumbanganku kepada manusia selama hidup di
muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau
memandang perempuan lain. saya dululah yang
perlu menundukkan pandanganku. saya harus
memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku
kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau saya
inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. saya
juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan
yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki
perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali
itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya
perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata
untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki
yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati
dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang
menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak
mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah
dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah
apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu
berkenalan denganku. saya secara keras
menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia
tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya
berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan
menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram,
seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini
telah dirampas dariku.
saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing
kebinasaan. saya beristighfar memohon
keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia
melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.
Kehadirannya membuatkan saya banyak
memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud
bersamaku. Di mana sahaja saya berada, akal
sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu
lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah
saya yakin pada gerak hati, woman intuitionku
yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk
memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir
pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga
punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki
yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku kearah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf
A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk
membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku
yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti
mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua
hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji
Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan
ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan
perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak
mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara.
saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang
diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi
tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya
akulah yang ditakdirkan meniup semangat
juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang
dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid
itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan
tanganku sendiri. Itulah impianku.
saya pasti berendam airmata darah andainya
engkau menyerahkan seluruh cintanu padaku.
Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kau
mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana
dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku
keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insane
biasa. Moga cinta itu juga yang akan
mempertemukan kita kembali di syurga.
saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta
untuk kemudahanku sekiranya harta itu
membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu
terhadap agamamu. saya tidak akan sekali-kali
bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di
bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih
bermakna bagiku.
Dari ukhwah.com
No comments:
Post a Comment