Erti sebuah kehidupan……..
Ayah selalu
memperkecilkan kebolehan yang ada pada diriku. Aku sering dijadikan bahan
perbandingan dengan adikku yang dua tahun lebih muda dariku. Ibu juga selalu
cakap, “ diam adik berisi tapi, akak ?.” Hati mana yang tidak sedih. Tapi aku
pasrah. Adik selalu dapat nombor satu dalam kelas. Tapi aku, walau berada di
kelas pertama, selalu dapat nombor tercorot. Keputusan UPSR diumumkan. Aku
hanya mampu mendapat 2A 1B 1D. Dengan keputusan yang aku miliki tidak
melayakkan aku untuk mendapat tempat di sekolah berasrama. Aku meneruskan
persekolahan di sebuah sekolah harian biasa berhampiran rumah. Sekolah yang
paling glamour dengan masalah disiplin. Cakap saja namanya pasti penduduk di
negeri ini tahu.
Aku
diletakkan di kelas yang ketiga. Tapi, aku tetapkan azam untuk berusaha
bersungguh-sungguh agar dapat ke kelas pertama. Aku suarakan hasrat ini pada
kawan-kawan, tapi ianya menjadi bahan ketawa mereka. Aku tidak patah semangat.
Ku teruskan jua usaha murni itu. Dalam peperiksaan semester pertama, keputusan
aku menggalakkan. Lalu cikgu kelasku mengambil keputusan untuk memindahkan aku
ke kelas pertama. Syukur pada Tuhan kerana impianku menjadi kenyataan. Aku
berjaya buktikan pada rakan-rakan dan keluarga yang aku mampu lakukan. Sejak dari
hari itu, aku tetapkan matlamat untuk berusaha lebih gigih dan menaruh impian
untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku mula mengatur strategi dan membuat jadual
belajar sendiri. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada ayah, akan ku
teruskan juga. Selepas pulang dari sekolah, aku pergi ke kelas tuisyen.
Keputusan peperiksaaan akhir semester aku membanggakan. Aku berjanji pada diri
sendiri akan hapuskan gred C dan D dari dalam buku rekodku.
Masuk
sahaja ke tingkatan dua, aku tingkatkan usaha. Aku kurang dikenali di sekolah
kerana sikapku yang pendiam. Kini, aku menjadi pelajar harapan sekolah untuk
mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Dalam satu ujian, aku menjadi pelajar
terbaik bagi matapelajaran sejarah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan selain
dari memanjatkan kesyukuran kepada Nya. Suatu hari, aku membawa pulang borang
permohonan biasiswa. Tapi, amat mengecewakan apabila ayah memberikan satu
dokumen yang berbeza berbanding adik dengan alasan aku sememangnya tidak layak
unutk menerima biasisiwa dengan keputusan yang aku miliki. Tiada siapa yang
tahu betapa tergurisnya hati pada waktu itu. Sampai satu tahap, aku rasakan
ayah sememangnya tak sayangkan aku. Tapi, mungkin juga aku belum matang untuk
menilai erti kasih seorang ayah. Namun, aku kuatkan semangat. Aku akan buktikan
pada ayah yang aku mampu lakukan yang lebih baik dari apa yang adik lakukan.
Apa yang berlaku membuatkan diriku semakin matang. Aku mula belajar dari kritikan. Kritikan
dijadikan pemangkin semangat untuk terus maju ke depan.
Tahun
ni, aku bakal berdepan dengan Perang Dunia Kedua. Akan aku harungi juga
walaupun pahit. Aku mengajak sahabat karibku belajar di perpustakaan selepas
waktu kelas. Mereka bersetuju dan kami mengulangkaji bersama-sama. Segala
masalah pelajaran yang timbul aku akan terus rujuk kepada guruku. Aku mula
dikenali di kalangan rakan sekelas dan guru-guru. Kini, aku dijadikan bahan
rujukan buat kawan sekelasku. Sebagai seorang remaja, pasti tidak akan dapat
lari dari perasaan cinta. Tetapi bila memikirkan perspektif ayah terhadapku.
Aku menolak ke tepi segala lamaran dari insan yang bernama lelaki. Namun, aku
masih menganggapnya sebagai kawan dan masih masih berhubunng hingga kini. Pada
aku, nilai sebuah persahabatan terlalu mahal. Aku tetapkan pendirian untuk belajar
dahulu baru fikirkan soal ini. Setelah keputusan diumumkan, aku sangat gembira
kerana tak menyangka akan mendapat keputusan yang cemerlang. Ayah diam tak
cakap apa-apa. Hatiku puas kerana berjaya buktikan pada keluarga dan sanak
saudara yang aku juga mampu berjaya. Aku bukanlah seperti yang mereka
sangkakan. Sebulan kemudian, aku mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh.
Tapi hatiku berat untuk meninggalkan kawan-kawan. Ibu, ayah dan mak saudaraku
memaksa juga aku pergi demi masa depan. Kata orang, ikut cakap ibu akan membawa
berkat. Ku turuti nasihat ibu. Dalam masa yang sama aku turut mendapat tawaran
dari sekolah Teknik berhampiran rumah. Majoriti dari rakan sekelasku meneruskan
persekolahan di sana .
Di
sekolah baru, aku belajar erti sebuah kehidupan. Hidup tanpa keluarga di sisi.
Baru kini aku rasai kasih seorang ayah. Aku mengenali ramai kawan-kawan baru.
Teman sebilikku berasal dari Kuala
Lumpur . Kadang-kadang aku tidak tahan dengan sikap
teman sebilikku yang sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang
muslim. Ibu dan ayahnya keturunan cina. Dia agak liat dalam menunaikan solat.
Pelbagai alasan yang diberikan untuk menangguhkan solat. Namun, aku terus
bersabar. Allah suka pada hambanya yang sabar. Setahun kemudian, dia mula berubah.
Aku bersyukur pada Tuhan kerana berkat kesabaranku akhirnya dia berubah. Aku
meniti kehidupan sebagai budak hostel bersama-sama kawan baru yang berasal dari
Kelantan semuanya. Mereka tempat mengadu masalah dan berkongsi cerita. Tapi tak
pernah aku ceritakan pada mereka latar belakang keluargaku. Aku mula mengenali
seorang senior yang akhirnya menjadi kakak angkatku. Dia menceritakan semua
masalahnya padaku. Ke mana sahaja aku akan bersama kakak itu. Dan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kawan-kawan dan senior lain.
Pelbagai pandangan negative dari senior- senior tidak aku hiraukan. Kepada
kawan-kawan aku perjelaskan segalanya akan ketegangan ini dapat diatasi.
Pulang
sahaja dari kelas, aku ke perpustakaan pada waktu petangnya. Sebagai seorang
pustakawan, aku haruslah amanah pada tanggungjawab yang diberikan. Seperti
biasa, pada waktu rehat juga aku akan ke perpustakaan untuk membantu kerani di
situ dan adakalanya mengantikan tempat kawan yang tidak dapat bertugas pada
hari itu. Peperiksaan SPM semakin
hamper. Semua senior sibuk mengulangkaji pelajaran. Tapi , pada waktu inilah
juga ada yang mula mencari teman untuk berada di sampingnya. Tak aku duga,
segala gerak geriku selama ini diperhatikan. Aku menerima sepucuk surat dari seorang senior
yang tidak aku kenali. Dalam masa yang sama, melalui seorang akak senior
memberitahuku yang ada seorang senior lelaki ingin berkenalan denganku. Tak
pernah aku jangka senior yang selalu memulangkan dan meminjam buku ketika aku
duty juga mempunyai perasaan yang sama. tapi, aku tak pernah menganggap mereka
serious. Pada fikiranku, mereka hanya nak menguji aku. Aku tidak memberikan
response pada ketiga-tiganya. Sebelum aku melangkahkan kaki ke sini, ibu telah
berpesan supaya aku tidak bercinta dan focus pada pelajaran. Restu ibu itu
penting. Ku ketepikan semuanya walaupun dilabelkan sebagai seorang yang jual
mahal. Bagi diriku, nilai sebuah cinta terlalu
mahal harganya. Hanya kepada yang berhak akan kuserahkannya.
Tahun ini aku akan berdepan dengan SPM. Aku mula
membentuk kumpulan studi untuk belajar kimia bersama guru kimia yang juga
bertindak sebagai ketua warden. Guru ini sangat ditakuti oleh pelajar. Tapi
sebenarnya dia seorang yang baik hati jika kita betul mengenalinya. Dia menggunakan
psikologi untuk mendorong aku dalam pelajaran.
Boleh dihitung berapa kali aku lulus subjek ini waktu di tingkatan
empat. Lulus pun sekadar cukup makan. Atas sokongan yang diberikan, aku
akhirnya lulus juga. Aku sangat rapat dengan cikgu Kimia dan English. Cikgu
English sporting. Waktu lapang dia selalu pergi ke bilik dan
bersembang-sembang. Adat manusia, bila kita rapat dengan seseorang pasti ada
yang cemburu. Pada masa yang sama, teman sebilikku terpaksa berpindah ke bilik
lain memandangkan dia menang dalam pilihanraya dan dilantik sebagai Naib
Pengerusi Badan Wakil Pelajar. Aku duduk sendirian. Tapi ketua warden selalu
bertanyakan khabar aku samada selesa atau tidak. Selepas ujian percubaan, aku
dikejutkan apabila segelintir rakan sekolah menuduhku ‘spy’. Dia menyalahkan aku apabila dipanggil oleh ketua warden atas
kesalahan couple dan berdua-duaan. Pada waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu
betapa diri rasa tertekan. Ke mana sahaja pergi ada saja mata-mata yang
memandang serong.dalam kelas prep pula ada yang menyindir-yindir. Dalam kelas
pula, aku selalu diejek. Aku hanya berdiam diri. Teringatkan kata-kata berani
kerana benar. Kalau betul aku tak lakukan kesalahan kenapa mesti takut.
Namun,
ada hikmah disebalik peristiwa ini. Di sinilah, aku mula mengenali mana satu
sahabat yang susah senangnya bersama aku. Orang yang apabila susah selalu
bercerita dengan kita, tapi apabila kita yang berdepan masalah dia turut sama
menyalahkan kita. Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku. Aku
disedarkan lebih awal. Kawan yang telah mengenali diri ini sejak tingkatan satu
pun boleh percaya pada fitnah yang dilemparkan pada aku. Apa sekalipun yang
berlaku, tidak pernah aku ceritakan pada keluarga. Aku tak mahu menyusahkan
hati mereka. Biarlah aku tempuhinya seorang diri. Sesungguhnya Allah sentiasa
bersama hambanya. Selepas cuti seminggu, cerita seakan tenggelam. Aku pun dah
malas nak fikir pasal perkara ni lagi. Kini, tumpuanku pada peperiksaan yang
hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Masa datang dan pergi dengan cepat. Saat
yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba. Berbekalkan senjata yang ada, aku berjuang
di medan
peperiksaan. Jarak waktu kertas seterusnya seminggu memberikan kami peluang
untuk mengadakan jamuan akhir tahun. Ombak bergelora begitu kuat. Kata
orang-orang tua, ombak tu akan diam kalau ada orang yang dimakannya. Tak
kusangka, kata-kata itu menjadi reality. Petang itu, aku dan kawan-kawan lihat
sekumpulan pelajar lelaki buat persediaan untuk ke pantai berhampiran bagi
mengadakan jamuan akhir tahun. Dalam hati kami terdetik,” hati-hati, ombak kuat
sekarang.”
Seperti
biasa pada waktu maghrib, aku ke surau untuk menunaikan solat jemaah
bersama-sama. aku terdengar esakan dari sudut lelaki. Hatiku tertanya-tanya,
apa yang terjadi? Kedengaran motor ketua
warden dan memanggil beberapa orang pelajar lelaki. Kemudian, ketua pelajar
bersuara dan minta supaya semua bertenang apabila dikhabarkan satu berita. Dua
orang sahabat kami lemas ketika mandi di pantai petang tadi. Ya Allah! Aku tak
mampu berkata apa-apa. Kami hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat agar
kedua-dua rakan kami ditemui. Pihak bomba terpaksa hentikan operasi menyelamat
kerana ombak yang begitu kuat. 1 Ramadan satu tarikh yang akan aku ingati
sepanjang hayat. Pemergian dua orang sahabat sebelum sempat menamatkan peperiksaaan. Famili kedua-dua pelajar
terbabit hadir ke sekolah. Setelah tiga hari, akhirnya mayat salah seorang
daripadanya dijumpai dalam keadaan yang sukar untuk dikenali. Dia tertelan
begitu banyak air laut menyebabkan wajahnya seolah-olah seorang yang telah
berumur. Suasana menjadi sayu. Waktu bersahur, kelihatan mata pelajar lelaki
bengkak kerana menangisi pemergian dua orang sahabat yang sangat mereka kasihi.
Pelajar yang banyak menyumbang jasa kepada sekolah. Setelah seminggu operasi
mencari dijalankan, mayat seorang lagi tetap tidak ditemui. Ibunya pasrah
dengan apa yang menimpa anak bongsunya. Sebelum kejadian, ibunya sempat
berjumpa anaknya untuk menghantar pakaian untuk hari graduasi.
Kaki
melangkah ke dewan peperiksaan dengan sayu. Apabila terpandangkan tempat duduk
arwah, terbayang wajahnya di fikiran. Tak sangka, pandangannya pada hari itu
merupakan pandangannya yang terakhir. Apabila pengawas peperiksaan pesan agar
kami semua sedekahkan Al Fatihah buat dua orang sahabat, pelajar lelaki mula
menitiskan airmata. Sepanjang dua jam peperiksaan berlangsung, sahabat karib
arwah hanya merenung kerusi di depannya yang kosong. Kawan di sebelahku juga
hanya termenung sahaja. Aku mula resah. Aku letakkan kertas jawapan di penjuru
meja dengan harapan dapat membantu dia. Selesai sahaja kertas dipungut, kawan
disebelahku berkata,” aku tak tahu apa yang aku jawab. Kalau aku tak pergi jauh
mesti dapat selamatkan arwah. Arwah dah dapat diselamatkan, tapi dia nak ikut
juga kawan yang lagi seorang.” Terdengar nada penyesalan pada kata-kata mereka.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai seorang muslim apa yang mampu
dilakukan hanyalah berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang
yang soleh. Tangisan hanya akan menyeksakan lagi roh mereka. Peperiksaan
berakhir dan masing-masing pulang ke pangkuan keluarga.
Dua
bulan kemudian, keputusan peperiksaan diumumkan. Pencapaian sekolah meningkat
berbanding tahun sebelumnya. Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Pada
fikiranku ianya bersesuaian denga usaha yang aku lakukan. Kini, aku akan
melanjutkan pelajaran ke Universiti bersama kawan-kawanku. Segala impian dan
harapan yang kubina selama ini tak sia-sia. Ayah hanya mendiamkan diri. Suatu
hari ketika berbual, ibu berkata,” ayah ada buat pinjaman untuk menampung
perbelanjaan akak ke Universiti nanti.” Hatiku terharu. Tak sangka dalam diam
ayah mempunyai perancangan untuk masa depan anaknya. Kini, baru kurasakan diri
ini dihargai. Syukur pada Tuhan segala
hajatku termakbul. Teman, ingatlah! Setiap apa yang berlaku pasti ada
pengajaran disebaliknya. Bersabarlah dengan dugaan yang mendatang. Setiap
permasalahan itu pasti ada penyelesaiannya. Cabaranlah yang menjadikan diri
kita lebih matang. Ingatlah, Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar.
Sebagai hamba, pasti kita akan diuji. Ingatlah! Alllah tidak akan membebani
seseorang itu menurut kemampuannya. Kita berdoa supaya tabah dengan ujian,
tetapi, kenapa mengeluh apabila diuji? Hargailah jasa dan pengorbanan kedua ibu
bapamu selagi hayatnya masih ada. Amin.
p/s:Taken from my hard disc.xtw mana datang dari mana puncanya. Just nak share hikmah yang terkandung di dalam nya.
p/s:Taken from my hard disc.xtw mana datang dari mana puncanya. Just nak share hikmah yang terkandung di dalam nya.
No comments:
Post a Comment