Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Saturday, May 26, 2012

Ustaz Ash:Surat Terbuka Seorang Akhawat untuk Seluruh Ikhwah di Dunia


Surat Terbuka Seorang Akhawat untuk Seluruh Ikhwah di Dunia

Ketahuilah lelaki, semakin kau lari, semakin dia menghampiri,
Usah dinafikan,
Ikutlah kata hati, satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa...

Usah dinafikan kata naluri,
Jangankan dikau manusia biasa,
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa,
Apa lagi yang tidak ada di Syurga,
Nabi Adam masih juga rindukan Siti Hawa...

Hakikatnya,
Kami perlukan lah-rijal sebagai pemimpin sufi,
Menelusi jalan yang penuh duri,
Jangan jinakkan kami dengan harta duniawi,
Itulah punca kami menjadi liar,
Jangan hiburkan kami dengan kecantikan,
Itulah punca kami derita,
Kenalkan kami dengan mahabbah fillah,
Kenalkan kami dengan cinta Allah,
Zat yang kekal,
Pada-Nya kami berserah...

Kami juga punyai hasrat, impian dan amarah,
Jika di lorong itu,
Kau cuma menjeling sepi,
Siapa lagi yang akan membongkar diskriminasi duniawi,
Jika kami dah jelas bengkok,
Kenapa tidak kau luruskan,
Antara bohsia dan lah-rijal,
Kenapa terlalu jauh dibezakan,
Kalau pemimpin itu adalah syuhada,
Jangan biarkan kami hanya kerana impian lelaki...

Eksploitasi dan diskriminasi duniawi,
Mengagungkan kami,
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira, Jenniffer Lopez,
Kamilah women gladiator,
Di ceruk mana pentas dunia pun,
Kamilah teratas,
Tapi, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki,
Kami derita dengan nama,
Kami liar mengejar kemewahan,
Tiada janji yang abadi...

Jika cinta ini kosong,
Huru-haralah masyarakat,
Ibu kan kehilangan anak,
Suami kehilangan isteri,
Bapa kehilangan puteri,
Bila kami derhaka,
Duniamu akan huru-hara,
Bila tulang rusuk menjadi rapuh dan patah,
Rosaklah jantung, hati dan limpa...

Inilah akibat kerana lelaki,
Akibat kami tidak kenal Tuhan,
Tidak kenal diri sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Ketahuilah lah-rijal,
Jika cinta ini subur pada-Nya,
Bahagialah dan beruntunglah dirimu,
Kamilah pencipta sejarah,
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti,
Cinta pada Yang Esa tidak berbelah bagi,
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan...

Tiada apa yang kami harapkan,
Jangan biarkan kami kecewa hanya kerana,
Mata hatimu yang gagal mengenali kami,
Kamilah insan terhampir denganmu,
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu,
Semakin kau lari, semakin kami hampiri,
Siramilah kami dengan sinar Islam,
Pimpinlah kami bukan kerana rupa,
Kerana hati ini lebih kekal dari yang sementara...

Allahu Ta'ala a'lam...

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..