Wanita
suci,
Mungkin
aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli?
Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu
mengenalku.
Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan
bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau
tidak memerlukan persamaan.
Wanita suci,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana
akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding
khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sehangat semangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Wanita suci,
Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tidak berpenghujung.
Ada ingin tapi tiada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung
penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana
sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tidak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila
kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku,
mengenakan pakaian sutera emas.
Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor
dari lumpur.
Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kau
dimanipulasi.
Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita.
Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tidak perlu difikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad
yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam
kitab suci.
Wanita suci,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin
sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu.
Wanita suci,
Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu
pilihan-Nya.
Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih
itu, melainkan pada jalan yang kau pilih.
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang
meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu
menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima
cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
No comments:
Post a Comment