Wassini.....
Bismillahhirahmanirahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Semoga sahabat sekalian sentiasa dalam keberkatannya.
Kejadian seorang wanita begitu unik. Dari
tulang rusuk kiri Adam. Kaum hawa juga diberikan satu kelebihan iaitu memiliki
sifat penyayang (Rahim). Namun, apa yang menyedihkan kini, wanita seringkali
diekploitasikan dengan memperagakan pakaian – pakaian yang menjolok mata. Ke
mana hilangnya maruah seorang wanita ? Rentetan dari situ, kita dengar banyak
kejadian rogol yang melibatkan kanak – kanak dan remaja. Apabila nafsu
menguasai diri, manusia yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Allah berfirman: "Ketika Aku
menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan."
Buat muslimah,
Jadilah seperti mutiara yang dipamerkan
di dalam kaca. Sukar untuk disentuh, dipegang dan diusik sesiapapun. Namun, ia tetap menjadi rebutan
ramai kerana sifatnya yang terpelihara. Ia begitu bernilai bagi si pemilik.
Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barang, inginkah anda pada barang yang
dipamerkan atau barang lain yang masih berada dalam simpanan penjual ? sudah
semestinya bukan yang dipamerkan. Kerana ia telah diusik oleh pengunjung yang
datang ke kedai itu.
Hawa,
Jadilah seperti epal yang berada
dipuncak. Sukar untuk digapai. Epal yang tidak berkualiti mudah untuk
diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Berbeza dengan epal ini. Kadang – kadang
epal ini risau juga. Kenapa tidak ada sesiapa yang ingin memetik dirinya.
Lantas epal ini merendahkan sedikit martabatnya dan menggugurkan dirinya
mneyembah Allah. Sedangkan epal ini dijadikan begitu istimewa oleh Allah agar
tiada siapa berani memetiknya. Kecuali PEMUDA yang begitu hebat sahaja mampu
memilikinya. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana.
Hawa,
Lupakah engkau pada janji Allah ?
Perempuan- perempuan jahat untuk laki – laki jahat, laki – laki jahat untuk
perempuan – perempuan jahat pula, perempuan – perempuan baik untuk laki – laki
baik, laki – laki baik untuk perempuan – perempuan baik pula. ( An – Nur : 26
). Satu persoalan yang sering ditimbulkan. Bagaimana pula sekiranya seorang
lelaki yang baik berkahwin dengan wanita yang jahat dan sebaliknya ? setiap apa
yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sekiranya ia berlaku, bermaksud Allah ingin
menguji hamba Nya. Apa yang pasti Al – Quran adalah kalam Allah sepanjang
zaman. Menyingkap kembali sejarah zaman Nabi, hal ini juga berlaku. Renungkan
kembali bagaimana kisah Nabi Ayyub yang ditinggalkan isteri kerana tidak
sanggup hidup dengannya yang sakit. Begitu juga dengan Asiah. Isteri Firaun.
Seantero dunia mengetahui Firaun merupakan raja yang zalim. Bagaimana Asiah
berdepan dengan situasi ini.
Terdapat kata – kata yang menyatakan
bahawa sekiranya seorang wanita baik memiliki laki – laki yang jahat, maka ia
akan mendapat ganjaran seperti mana Asiah. Sekiranya seorang lelaki baik
mendapat wanita yang jahat, dia akan diberikan ganjaran seperti Nabi Ayub.
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat penulis pastikan. Cuma, satu perkara yang
ingin diingat, apa yang berlaku kini semua telah jelas di dalam Al – Quran. Hendaklah
kita kembali kepada Al – Quran dan sejarah.
Hawa,
Tipu sekiranya ku katakan kau tidak
mempunyai perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tapi ingatlah ! lelaki yang
baik tidak memandang kepada kejelitaan wajahmu, dan keayuanmu. Lelaki yang
warak tidak mengimpikan sebuah hubungan antara lelaki dan wanita. Kerana dia
tahu tiada hubungan yang dibenarkan antara lelaki dan wanita bukan muhrim melainkan
ikatan perkahwinan. Tapi lelaki yang soleh akan memilih wanita berdasarkan
pegangan agamanya. Yang akan menjadi penjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Adam,
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang
bengkok. Maka, hendaklah dirimu memperbetulkan ia dengan sebaiknya. Sekiranya
tersilap langkah, ia boleh patah. Awasi setiap perlakuannya. Seorang wanita
yang baik akan menghargai suatu teguran yang diberikan oleh kaum adam untuk
kebaikan dirinya.
Adam,
Sanggupkah engkau melihat kaum ibumu ini
menjadi makanan api neraka jahannam ? bimbinglah mereka ke jalan yang lurus.
Jalan yang diredhai oleh Khalid. Bawalah ia bersama – samamu ke majlis – majlis
keilmuan. Agar ia menjadi bidadari kepada dirimu di Syurga kelak.
Adam,
Jangan mendambakan wanita yang solehah
sekiranya diri tidak soleh. Jadilah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Dalam
menongkah hidup ini.
Adam,
Tidak perlu mencari teman secantik
BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN...kenapa mengharap teman setampan YUSUF
jika kasih tak setulus ZULAIKHA...tak perlu menjadi sebahagian IBRAHIM jika
diri tak sekuat HAJAR & SARAH...kenapa di damba teman seistimewa KHADIJAH
jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..
No comments:
Post a Comment