Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Saturday, March 17, 2012

Jadilah Bidadari.



Bidadari,

Ah, indahnya jika mampuku miliki,
mempersona setiap mata memerhati,
mengoda setiap kata yang didengari,
menjadi tontonan manusiawi,
Namun itukah yang kita cari?
Bidadari!
Setiap wanita mengingininya,
terus berusaha untuk memperolehinya.
berfesyen untuk kelihatan menarik,
berhias untuk kelihatan cantik.
menjaga makan untuk menjaga badan,
menjaga luaran untuk mendapat perhatian.
Salahkah?
Tidak mengapa asalkan bukan untuk tontonan
Asalkan untuk orang yang dibolehkan.
Terbaiknya,
Cantik dengan pakaian Islam yang sopan,
Menjaga makan kerana inginkan keberkatan,
Menjaga kesihatan untuk peribadatan,
Menjaga akhlak untuk mencari redha Tuhan.
Juga sanggup berkorban,
Sanggup susah untuk Tuhan,
Memberi tanpa minta balasan.
Bidadari!
Mempersona dengan akhlak yang mulia,
Mengoda dengan tuturkata yang berguna.
Bidadari!
Dihiasi dengan keimanan,
Dijaga oleh ketakwaan,
Diredhai oleh Tuhan.
Bidadari!
Idaman wanita solehah
Matlamatnya, Bidadari di Syurga Allah
Sungguh mempersona, sungguh indah
Mata yang memandangnya, pasti goyah.
Oh! alangkah bertuah.
Ya Rahman, Ya Rahim
Anugerahkan aku gelaran itu,
Menjadi bidadari dunia,
agarku mampu menjadi bidadari di Syurga.

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..