Assalamualaikum,
Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya
ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman
bab ?penderitaan mengundang bahagia?.
Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh
cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta
banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri
daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk
syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan
ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang
ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati
yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya.
Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering
melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti
sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat
bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan
jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan
nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab
jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya
hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada
pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu
seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab
lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan
yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka
dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut.
Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan
nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya
kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan
rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan,
berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan..
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai.
Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak
malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat.
Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat
apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan
cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk
memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila
yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya.
Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang
sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri
seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu
ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang
dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri,
kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap.
Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah
kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia
tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri
masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan.
Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut
putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah
kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang
perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit
perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan
dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang
padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau
suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami.
Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu
dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.
Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit
mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat
pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke
kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra
sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun
dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta
yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan
mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta
diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya.
Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari
sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan,
lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan
isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat
dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh
tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap
atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu
ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru
kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang
dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup
susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki
yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka
akan mendapat perlindungan ?arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari
di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari
yang sejengkal saja dari kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh
ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri
pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan
mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah
hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting
beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang
utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau
tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap
dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan
tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau
cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang
paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling
tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan
cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang
isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan
ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu
Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk
laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa
kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada
Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta
pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah
tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk
melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia
gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain
jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu
Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi
Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila
Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga
terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara.
Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia
bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang
hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf,
hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah
belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi
Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan

taken from Dr Ikmal Online
No comments:
Post a Comment