Lelaki jahanam
Perhubungan bukan jujukan teka meneka,
Jangan mempercaturkan hati wanita,
Tidak kau ketahui martabat mereka,
Mereka seumpama pemilik tahta.
Lelaki persetan
Berrohkan iblis, Berjasadkan manusia,
Nilai mutlak cinta seorang wanita suci kau persia,
Jangan kau fikir kau akan pergi begitu sahaja,
Akan kau menyesal dihujung usia.
Lelaki celaka
Bertopengkan plastik Bertulangkan
getah ,
Set-set kebahagiaan wanita kau ratah,
Al-Mizan menjadi bukti Kecondongan Satah,
Seksaan kebur pasti tidak mampu kau papah.
Lelaki Durjana
Jangan dirasa sempurna kejadian mu,
Allah menilai sejauhmana julat ketakwaanmu,
Pasti kelak berbalas jua amal jahatmu,
Neraka pasti menjadi titik asalanmu.
Nukilan Mr.Ash (20/11/2012
3.47petang di Sungai Petani, Kedah)
Marilah wahai segenap kaum Adam. Jangan syirikkan Allah.
Ambil Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. Peliharalah wanita sebagaimana nabi
suruh.Ingat! Lelaki adalah ketua bagi wanita. Jangan jadi pondan dengan sakiti
wanita. Martabatkan mereka sepertimana Islam anjurkan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment