Negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sejak 9 Feb 2013 oleh kumpulan yang mengelar diri mereka "Tentera Kesultanan Sulu". Kehadiran mereka adalah bertujuan merampas negeri Sabah yang secara sahnya adalah wilayah Malaysia yang sah mengikut lunas undang-undang. Sepanjang OPS Daulat yang dilaksanakan oleh Polis dan ATM, banyak nyawa yang terkorban dan banyak juga tangkapan yang dibuat untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Malah wira-wira negara kita juga ramai yang gugur syahid di medan pertempuran. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah.
Baik. Berbalik kepada isu yang berlaku ini. Banyak spekulasi yang berlaku sejak insiden ini terjadi khususnya dari segi politik. Satu pihak ke satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Tidak habis-habis menyalahkan orang lain.
Disini saya tidak mahu menyentuh isu politik. Saya berkongsi pandangan 2 perkara penting yang amat perlu kita fikirkan bersama.
Kebocoran
Ramai yang tertanya tanya bagaimana mereka boleh masuk ke Malaysia melalui perairan negara?Bagaiman begitu mudah mereka masuk?Bukankah perairan negara dikawal oleh 3 agensi keselamatan?Jawapan yang paling mudah adalah kemungkinan berlaku kebocoran iaitu ada pihak yang membenarkan mereka masuk setelah menerima suapan. Saya beranggapan sebegini kerana jelas kita lihat lambakkan warga asing yang tiada permit berada di negara ini. Semua itu kerana apa?
Semua ini kerana ada pihak yang menerima suapan. tak kira lah suapan kepada agensi keselamatan ataupun ahli politik(seperti yang diheboh-hebohkan sekarang ini). Ini suatu budaya yang tidak sihat. Rasuah dan kurangnya integriti ini sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada negara. Insiden Lahat Datu ini sebenarnya membuka mata kita bahawa ada pihak yang tidak berintegriti dengan mengamalkan rasuah. Saya berharap SPRM membuka buku siasatan tentang isu ini. Malah SPRM sendiri perlu lebih giat dan agresif dalam membanteras jenayah rasuah dengan "menyerang" agensi yang berrisiko menerima rasuah. Saya masih ingat akan pesan Pengarah SPRM Bahagian Pendidikan Masyrakat, Dato' Syamsiah dalam video ucapan khas bersempena Majlis Penutupan Kempen Anti Rasuah kebangsaan 2012(KEMAR 2012), beliau menegaskan bahawa Isu rasuah ini adalah isu bersama. Kita perlu bersama membanterasnya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, latar belakang, dan mahupun perbezaan ideologi politik.
Keselamatan
Sebenarnya, apabila kita lihat insiden ini berlaku, ramai yang mempersoalkan keupayaan ketenteraan negera kita. Sebenarnya, menerusi pengamatan saya, ketenteraan kita masih belum kuat sekiranya ada pihak yang lebih besar menyerang kita. Pada saya, kita perlukan keupayaan lebih dari segi pertahanan dan menyerang pada masa yang sama. Jika dilihat negara yang kian maju seperti korea, mereka tidak pernah lupa memperkukuhkan ketenteraan mereka. Sememangnya tidak dinafikan skill tentera malaysia di iktiraf menerusi misi Pengaman. Tetapi saya melihat kelengkapan persenjataan dan kelengkapan perang juga perlu seiring. Sudah tiba masanya kita memperuntukkan dana yang lebih besar dalam transformasi pertahanan negara. Bukan sahaja dalam dari segi membeli malah dari segi R&D ketenteraan. Biar kita berusaha membina senjata sendiri. Transformasi perlu lebih menyeluruh. Bukan sahaja ekonomi tetapi meliputi semua aspek.
Mungkin kita boleh membeli lebih banyak jet pejuang, kapal perang, kapal selam dan mungkin lebih baik kita memiliki kapal penganggkut. Bersempena dengan LIMA yang bakal menjelang, mungkin Malaysia perlu mengambil peluang untuk mengintai mana-mana kelengkapan yang mungkin boleh di beli bagi memperkukuhkan keupayaan ketenteraan negara.
Mungkin perlu banyak lagi kereta perisai..
Atau mungkin perlu perbagaikan jet pejuang
Lebih baik memiliki kapal penganggut..boleh jadikan Armada Laut Malaysia seperti zaman Laksamana Cheng Ho
Atau mungkin Kapal terbang pemusnah Pintar
mungkin banyakkan kapal perang yang ada..
Banyak lagi perkara yang boleh diambil iktibar dari isu ini. Apa yang diperkatakan disini hanya secebis dari alamat Lahad Datu. Semoga pemimpin kita melihat perkara ini lebih teliti dam mendalam. I know they knows better then me.
p/s: Perhatian: Apa yang dikatakan di sini hanya sekadar pandangan rakyat biasa. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment