Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, April 7, 2013

Tips Ash: How to prepare a right gift to men


Baru2 nih saya ada kongsi tips untuk membeli hadiah buat wanita. So sekarang tips untuk membeli hadiah buat lelaki lak. Memandangkan ada yang request untuk saya berkongsi tips untuk membeli hadiah untuk lelaki pula.

Apabila nama pun Adam, sememangnya teramat sukar untuk kaum hawa memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan jantina ini.
Isu berkaitan lelaki sering dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga.
Sebenarnya sifat dan keinginan seseorang tak kiralah lelaki atau perempuan sememangnya sukar dijangka. Kuncinya adalah dengan memahami jiwa, keinginan dan mengenali diri orang tersebut.
Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu lelaki gembira atau menunjukkan penghargaan menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa lelaki.
Bagi meleraikan kekusutan ini, di sini saya akan berkongsi pandangan dan tips untuk membeli hadiah buat lelaki. Lelaki ini boleh di bahagikan kepada dua.

1.Tipikal
Lelaki jenis ini berjiwa lelaki yang tegar. Lelaki jenis ini kurang memahami wanita dan memiliki minat yang tertentu. Sekiranya sesuatu pemberian itu tidak kena pada jiwa, mungkin mereka tidak akan menghargainya, komen tentang hadiah tersebut, dan jika mereka menghargainya sekalipun. Mungkin hanya simpan dalam peti besi(orang laki ni ada peti besi sendiri taw). Akan tetapi sekiranya pemberian itu kena pada jiwa mereka, akan guna sampai barang tu rosak(ini yang orang perempuan nak lihat).
Tips: Fahami jiwa dan minat mereka. Lebih baik berikan barang yang mereka sememangnya sangat idam idamkan. Harga barang tidak dapat dipastikan kerana perlu mengikut minat. Tetapi kebanyakannya mahal sikit berbanding perempuan.


2. Kontemporari
Lelaki jenis ini agak berlawanan dengan lelaki jenis tipikal. Lelaki jenis ini lebih memahami wanita. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan mencampur adukkan minat, jiwa dan keinginannya dalam menghargai pemberian hadiah yang diberi. Lelaki jenis ini menerima semua hadiah yang diberi dan akan menghargai mengikut kehendak si pemberi agar dia dapat memberikan kepuasan dan penghargaan kepada si pemberi.
Tips: bagi ja apa pun. Sebaiknya berilah hadiah yang anda ingin berikan seikhlas hati.

p/s: hadiah yang terbaik adalah hadiah yang datangnya dari keikhlasan hati.

 

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..