Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, January 31, 2012

Prof Ash:Kupon Buku 1 Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. Kali ini Prof Ash nak bagi sedikit pandangan berhubung Kupon Buku 1 Malaysia. Baru-baru ini mahasiswa mahasiswi di berikan kupon buku seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan pimpinan YAB.Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang menerusi belanjawan yang telah beliau bentangkan sebelum ini. Pelbagai pihak memberi komentar berhubung dengan belanjawan yang dibentang dan salah satu perkara baru yang dilakukan oleh beliau adalah pemberian kopun buku.

Sekarang kupon-kupon tersebut telah diedarkan. Maka timbul pula masalah lain iaitu masalah terdapat segelintir mahasiswa yang menukarkannnya dengan wang serta ada pula pihak yang mengambil kesempatan atas kehendak mahasiswa tersebut yang inginkan wang cash.

pada pandangan prof la kn...semua pihak tidak berfikir panjang...knp prof berkata begitu?kerajaan pun terkena sekali?bukan kah kerajaan berikan kupon tu untuk kesenangan rakyat?

baik bagi menjawab persoalan itu, prof akan terangkan satu persatu.tetapi perlu
di ingat, apa yang prof katakan ini sekadar pandangan prof sahaja.jika tidak dapat di terima terpulang la yer...

sekarang prof akan komen dan seterusnya prof akan berikan sedikit cadangan bermula dengan mahasiswa dan di ikuti dengan kerajaan itu sendiri

1.Mahasiswa

Komen
Bagi prof mahasiswa yang jual kepada orang lain untuk wang itu bodoh. Knp prof berkata begitu? Ini kerana pelajar terbabit akan dapat kurang dari RM200(mungkin dalam RM180 atau pun RM150 sebab orang yang beli pun dia nk untung jgk. Kalu beli rm200 baik dia beli je buku ngn duit cash). Bermaksud berlaku kerugian serta hak pelajar terbabit tercalar sebab kebodohan diri sendiri.
Dalam bahasa kasar "dah kerajaan bagi ko rm200 guna je la beli buku, yang bodoh sangat pegi jual tu kenape?!xpasal2 ko rugi RM20".

Cadangan
Sepatutnya beli je buku apapun walaupun buku tu bukan buku pelajaran yang dipelajari. beli je novel ke,majalah ke,atau pun beli la hard disc, pendrive, bag and etc. Janji barang tu dijual di kedai buku.

2.kerajaan

komen
Pada prof kerajaan ada niat baik nak meringankan beban mahasiswa tapi kerajaan tidak memikirkan perlaksanaan dan implikasi lain yang bakal berlaku. Cuba kita tengok ada beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan dan yang kita baca di akhbar itu adalah kes yang tertangkap.Saya percya masih bayank lagi individu yang buat kerja yang sama mengambil hak pelajar.

cadangan
Prof rasa sepatutnya kerajaan menambah satu lagi syarat kupon itu iaitu kupon itu hanya terpakai di kedai buku Universiti sahaja seperti UMT Book Garden yang mana kedai buku itu di kendalikan oleh universiti. Walaupun saya faham yang mana kerajaan nak meningkatkan daya saing industri penerbitan buku(i meant syarikat-syarikat buku luar) tetapi perlu diingat melalui syarat ini duit tersebut akan di roll in ke universiti a.k.a kerajaan kembali. Malah melalui syarat ini, niat asal kerajaan untuk membantu pelajar membeli buku pelajaran itu akan tercapai serta tidak akan ada individu yang nak ambil kesempatan dari pemberian kupon ini.(ye la wkt beli tu boleh je kalu buat undang2 kena tunjuk matrik kad).

Sekian dahulu pandangan prof ash berhubung dengan kupon buku 1 malaysia.

p/s:TQ YAB Dato' Seri Najib!!! esk nk p MPH usha buku...hihihi

3 comments:

  1. y u no give me money?xpaham la soalan ni?

    ReplyDelete
  2. kan sekarang ada segelintir kedai buku yang kena tunjuk ic dengan kad matrik pelajar. so dah improve dah. memang ada terdengar khabar angin yang memang ada sesetengah kedai yang menawarkan membeli baucer buku tu, sekarang kan kerajaan bagi RM250,diorang beli baucer tu dengan harga RM200. so, diorang telan duit RM50 dari situ... RUGI2! baik bagi budak sekolah ke, mak bapak ke baucer buku tu daripada korang jual. dapat jugak pahala bersedekah. tak pun beli hard disk. aku nk sangat beli hard disk ni. tunggu duit cukup. sebab kedai buku cuma terima 50% je penggunaan baucer buku untuk gadget. cubalah 100% \. tak lah mahasiswa dan mahasiswi membazir beli benda lain..

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..