Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Wednesday, July 13, 2011

Al-Aqsa dan The Dome of Rock


Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam


Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai


The Dome of Rock

Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakha.


gambar di atas sekadar ilustrasi kerana jika anda ke sana batu itu sudah di ubah suai supaya seakan-akan batu itu tidak terapung kerana pada zaman dahulu dikatakan ada wanita yang bersembunyi dibawah batu itu dan mengalami keguguran kerana terkejut melihat batu tersebut terapung.

keadaannya seperti ini.Anda boleh bersolat dibawah batu ini.untuk merasainya silalah ke Taman Tamadun Islam di negeri Terengganu Darul Iman.

gambaran atas menunjukkan masjid Al-Aqsa yang kelihatan usang.tetapi itulah kiblat pertama kita.


indahnya Al-Aqsa...bilalah aku dapat menikmati nikmat solat di dalam perutnya.

Israel korek terowong baru di bawah Masjid Al-Aqsa

Israel merancang untuk mengorek sebuah terowong baru di bawah masjid Al-Aqsa – tapak ketiga tersuci Islam - dengan menggunakan derma AS$8 juta (RM30.8 juta) daripada seorang jutawan Yahudi warga Amerika Syarikat, dedah sebuah pertubuhan Palestin. Terowong itu dibina bertujuan mengukuhkan cengkaman pencerobohan tentera Israel ke atas tapak suci itu dan melindungi kaum Yahudi yang melawatnya dan Bandar Lama Judas, kata Yayasan Pembinaan Semula Al-Aqsa.

“Saya ingin memberi amaran sekiranya ada yang berani melakukan tindakan seumpama di tapak suci umat Islam ini. Pada masa yang sama, saya merayu seluruh umat Islam, kerajaan dan rakyat Islam supaya menyekat situasi amat berbahaya ini daripada berlaku,” kata Mufti Ikrima Sabri, yang berada di Baitulmaqdis ketika itu.

“Masjid Al-Aqsa dan persekitarannya, termasuk Tembok Buraq, adalah hak milik Islam,” katanya.

Terowong yang dicadang dibina di bawah masjid sehingga ke Tembok Buraq, yang turut dipanggil sebagai Tembok Tangisan Yahudi, adalah sambungan kepada pembinaan terowong pertama yang dibina pada 1996.

“Terowong yang baru ini akan dibina di sepanjang kawasan masjid sehingga Al-Selwan, yang kini didiami rakyat Palestin,” seorang arkitek Israel dipetik sebagai berkata oleh akhbar Israel.

Walaupun tidak ada lesen diluluskan atau butiran lanjut bila rancangan itu bermula, sumber kewangan sudahpun berada di genggaman Yahudi. Seorang Yahudi Amerika menderma AS$8 juta untuk memastikan projek itu menjadi realiti, kata satu sumber di dalam Syarikat Pembangunan Baitulmaqdis Barat. Tembok Buraq dan Masjid al-Aqsa dibina di atas tanah wakaf adalah rumah ibadat yang dilindungi undang-undang dan menjadi milik umat Islam sejak berabad lalu. Tembok Buraq membentuk asas Al-Haram al-Sharif, yang menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsa. Tentera penceroboh Yahudi sudah mula menggali di bawah masjid Al-Aqsa bagi mencari rumah ibadat Nabi Sulaiman yang didakwa umat Yahudi dimusnahkan oleh orang Babylon pada 586 SM dan patut dibina semula. Rancangan untuk mencari peninggalan sejarah itu membabitkan proses penggalian yang menyeluruh di bawah tempat sembahyang utama umat Islam di Al-Aqsa. Lantai Masjid al-Aqsa – pada satu ketika pernah terletak di atas sebuah lubang besar – sebelum konkrit terowong dipasang. Arkitek Israel berkata, projek pembinaan terowong terbaru akan dilaksanakan dalam tiga peringkat dan akan berakhir dengan terowong di bawah Tembok Buraq. Tambahnya dengan angkuh, walaupun tidak ada sebarang perjanjian dicapai dengan pihak berkuasa Tanah Wakaf Islam, ia tidak akan menghalang usaha untuk memulakan penggalian. Penduduk yang menduduki kawasan Baitulmaqdis, mendakwa tujuan membina terowong baru hanya untuk melindungi masyarakat Yahudi.

“Ia akan menyelamatkan penganut agama Yahudi, sekiranya pergaduhan berlaku di Tanah Haram al-Sharif,” kata seorang penduduk tempatan.


inilah keadaan Al-Aqsa yang mana suatu ketika dahulu setelah berlakunya suatu gempa bumi.struktur binaanya sudah tidak kukuh dan seluruh umat islam ketika itu membuat suatu tiang konkrit di bawah Al-Aqsa dan ada kemungkinan pada ketika itu rancangan ini sudah berjalan.

ini adalah gambar di mana Al-Aqsa dibakar oleh yahudi Australia.kebakaran berpunca dari mimbar Salahuddin Al-ayubi yang mana Yahudi jahanam ini membakarnya kerana marah terhadap Salahuddin Al-Ayubi yang membuka semula kota Palestin suatu ketika dahulu.

aku dambakan dapat bersolat jemaah di Al-Aqsa bersama umat islam dari seluruh dunia seperti ini.

p/s:Allahuakbar!!!Al-Aqsa!!!tunggu AKU yang akan ku warisi perjuangan Saidina Umar!Salahuddin Al-Ayubi!Muhammad Al-Fateh!Takbir!!!Allahuakbar!!!






2 comments:

mcm menarik je ni..tekan la..