pada saat ini aku teramat sedih selepas aku melihat dan mengkaji serta memikirkan apa yang berlaku pada negara kita sewaktu sekumpulan manusia yang berarak demi sebuah kebaikan tetapi sebenarnya salah apabila tidak mendapat permit. apa himat aku tindakkan kerajaan mengekang perhimpunan bersih gagal serta kejam dan zalim.aku tahu yang salah untuk berhimpun sebab tiada permit walaupun tak salah dari segi perlembagaan tetapi kerajaan dan pihak polis tak patut buat macam tu.amat kejam dan aku menitis air mata kerana ini.
video 1
kepada semua yang membaca sila tengok link ini http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI kerana saya tak boleh upload sbb berat sangat.
ada bebrapa scene yang membuatkan aku sedih teramat sangat;
1.diorang menyanyi lagu negaraku dengan baik, berdiri tegak dan telah menunjukkan yang mereka cintakan negara.
2.ramai di pukul hingga berdarah dan patah kaki
3.kebebasan media di ragut
4.ada sekumpulan muslimat yang di jerkah
5.ada orang yang mati dan pada masa yang sama polis gelabah tak tahu nak buat apa serta ada seorang muslimah yang menangis.
video 2
pada saya, saya tak ada masalah dengan najib sbb dia pun ada membawa kebaikan pada negara.tapi perlakuan dia seperti di bawah ini yang membuatkan aku malu untuk memanggil dia sebagai PM aku.
dia mentertawakan Anuar.bagi saya setelah saya tengok video pertama[yang saya bagi link tu] amat tidak patut seorang PM mentertawakan sebegitu seolah-olah dia mentertawakan rakyat lain yang di belasah pada hati itu.
video 3
dan ini pula adalah luahan hati yang pada saya seorang yang berhati mula iaitu Pak Samad.Pak Samad dh cakap nak bagi memorandom sebab Sultan Mizan suruh dia hantar.Allahuakbar!knp nk derhaka pada Sultan?Pantang keturunan ku apabila Raja ku di hina!jahanam orang yang derhaka pada Raja!Daulat Tuanku!Allahuakbar!!
video 4
malah sebenarnya ada satu lagi link nk bagi iaitu FRU vs patriot.aku amat sedih tengok bila Patriot pun kena.Khairi Jamaluddin pun kena.tak kira la dia BN ka PKR ka..yang pasti dia juga berhak untuk berhimpun secara aman sebagai rakyat yang bernauh di bawah perlembagaan yang sama.
video 5
dan ini pula video di mana seorang menteri saya rsa dan beliau adalah ex-parliment tempat aku.
vidie ini buat aku rsa teramat malu kerana
1.menteri tak tahu berbahasa ingeri dengan baik sedangkan mereka yang suruh semua pelajar dalam malaysia menguasai bahasa inggeris dengan baik
2.dia tak tahu perlembagaan serta erti demokrasi serta ciri-ciri negara berdemokrasi
3.dia marah tv aljazeera ini sedangkan dia yang salah.
kesimpulannya kita kena adakan kelas untuk wakil rakyat yang mana ada 3 subjek utama iaitu perlembagaan malaysia dan perudangan, bahasa inggeris dan sivik.
setelah aku tengok semua ini...aku teringat kata-kata nabi Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
jadi untuk itu...di sebabkan aku ini lemah tapi nak berjuang maka aku ini sekadar manusia lemah dan ingin mengikut jejak Ashabul Kahfi.tapi apakan daya mereka beruzlah lebih hebat dari aku.keyakinan mereka lebih hebat pada aku.perjuangan mereka lebih hebat dari aku.maka aku hanya mampu berdoa.
"Ya Allah kau tunjukkanlah kekuasaanMu. Kau Azabkanlah mereka seperti mana mereka mengazab kami. Sesungguhnya kami lemah dan mereka gagah dengan kekuasaan mereka seperti firaun yang bangga dan bongkak dengan kerajaannya. Kau tunjukkanlah kekuasaan sebenar iaitu kekuasaan Mu Ya Allah.Kau kembalikanllah kegemilangan Islam. Kau berikanlah kuasa pemerintahan mengikut yang kau kehendaki yang akan mendaulahkan agama Mu di muka bumi ini khususnya di bumi Malaysia ini.
Ameen Ya Rabbal alamin
untuk pengetahuan semua terdapat beberapa keharusan berdoa untuk keburukan iaitu kepada orang yang dizalimi supaya ditimpakan laknat dan musibah kepada orang yang zalim. Ia berdasarkan alasan berikut:
1. Sabda Rasulullah saw :
اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ] (ibnu Hibban
2. Terlebih dahulu lihatlah kutukan laknat dari Allah swt mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya]3. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . الدعاء سلاح المؤمن ]
4. Adapun langkah menyebut nama di dalam doa sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa
اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy [ sebanyak 3 kali ]5. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar. Sirah Ibnu Ishaq
6. Dalam Quran Surah al Lahab. Allah swt telah berfirman maksudnya :
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (١) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (٢) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (٣) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (٤) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (٥)
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan asuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
7. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman
p/s:jadi tak salah untuk mendoakan seperti yang aku doakan sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment