Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Monday, July 2, 2012

Ustaz Ash: HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DA'IF


Para ulama' tidak sependapat dalam menentukan hukum beramal dengan hadith da'if yang boleh dibahagikan kepada 3 pendapat. Jika hadith palsu(mawdu') tertolak sama sekali, boleh rujuk kitab  
Sunan Sittah iaitu enam kitab hadith yang asas yang diiktiraf oleh ulama' hadith antaranya sahih 
al-Bukhari, sahih muslim, sunan nasa'I, sunan Abu Daud, sunan al-Tarmidhi dan sunan ibnu Majah.
 
Pendapat ulama' beramal dengan hadith da'if:
1) Pendapat ini dipelopori oleh ibn al-Arabi daripada mazhab Maliki, al-Bukhari, ibn Hazm, Abu Syamah al-Maqdisi dari mazhab syafi'i dan lain lagi. Menurut mereka tidak harus beramal dengan hadith da'if secara mutlak sama ada hadith tersebut berkait dengan hukum-hukum atau fada'il 
al-amal.
 
2) Pendapat diutarakan oleh al-imam Ahmad bin Hanbal, al-imam Abu Daud, ibn Taimiyyah dan 
ibn Qayyim al-Jawziyyah. Mereka berpendapat hadith da'if boleh diamalkan secara mutlak jika 
tidak ada lain-lain dalil bagi persoalan yang disentuh oleh hadith tersebut.
 
3) Pendapat ini disokong oleh antaranya al-imam al-Nawawi dan ibn Hajar al-Asqalani. Mereka
berpendapat hadith da'if boleh dijadikan hujah dengan persoalan yang berhubung dengan fada'il 
al-amal, mawa'iz, qisas, targhib dan seumpamanya. Dalam kes yang berkaitan dengan perkara 
aqidah seperti sifat-sifat Allah SWT atau pun dalam persoalan bukan halal haram, hadith da'if 
boleh diamalkan sama sekali. Ini pendapat yang muktamad menurut para ulama' muhaqqiqin 
dengan syarat-syarat tertentu. Di antara syarat-syarat beramal dengan hadith da'if menurut 
ibn Hajar 
al-Asqalani ialah:
a) Hendaklah da'if yang ada pada hadith itu tidak keterlaluan.
b) Hendaklah maksud hadith da'if itu selari dengan kaedah umum agama Islam.
c) Hendaklah tidak diiktiqadkan semasa beramal dengannya bahawa hadith itu thabit dari 
Rasulullah s.a.w. tetapi diiktiqadkan sebagai ihtiyati. Tujuannya ialah supaya kita tidak salah 
menyandarkan hadith itu kepada Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang mungkin tidak disebut 
oleh baginda s.a.w.

dari sumber yang boleh dipercayai..:)

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..