Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, August 4, 2011

ustaz ash:azan

Bismillahirahmanirahim.
lamanya tak berblogkan?apa pun ustaz ash ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni yer...jgn la puasa sekadar menahan lapar dan dahaga jer ya...kejarlah ganjaran yang Allah janjikan yer.tarawikh tu try2 la buat 20 yer...tadi sebelah ustad ada makmum parkinson pun boleh laksanakan tarawikh 20 taw...malu lah yang masih muda tapi tak mampu buat 20 rakaat.jika anda tergolong sebagai anak muda yang buat 8 rakaat shj.ustaz nak bagi tahu yang "ANDA LEMAH".tercabar x?so esk malam buat 20 rakaat yer...
kali ni ustaz nak berbicara tentang AZAN.

selalu kita dengar azan kn...hampir 5 kali sehari..kadang2 ada di sesetengah tempat azan sampai 6 kali [termasuk azan sebelum subuh untuk gerakkan seluruh anak kariah]

J Persoalannya di sini "Apakah itu azan?"

Ringkasnya azan salah satu syiar islam bertujuan pemberitahuan masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz khusus disamping ajakan untuk menunaikan solat berjemaah.

Imam An Nawawi mengatakan: “Adzan dan iqamah disyariatkan berdasarkan nash-nash syariat dan Ijma’. Dan tidak disyariatkan (adzan dan iqamah ini) pada selain shalat lima waktu, tidak ada perselisihan (dalam masalah ini)”

Hukum bagi azan, para ulama mempunyai beberapa pendapat. Pendapat yang mendekati kebenaran adalah pendapat yang mewajibkan, berdasarkan hadits Malik bin Al Huwairits :

Aku mendatangi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersama beberapa orang dari kaumku, kemudian kami tinggal di sisinya selama 20 hari. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seorang yang dermawan dan sangat lemah lembut. Ketika Beliau melihat kerinduan kami kepada keluarga, maka Beliau berkata : “Pulanglah kalian dan tinggallah bersama mereka, dan ajarilah mereka (agama Islam) serta shalatlah kalian. Apabila datang waktu shalat, maka hendaklah salah seorang dari kalian beradzan. Dan orang yang paling dituakan mengimami shalat kalian”.( HR Al Bukhari dalam Shahih-nya, Kitab Al Adzan)

Syaikh Al Albani mengatakan : “Sungguh, pendapat yang menyatakan adzan hanyalah Sunnah jelas merupakan kesalahan. Bagaimana bisa, padahal ia termasuk syi’ar Islam terbesar, yang jika Nabi n tidak mendengarnya di negeri suatu kaum yang akan Beliau perangi, maka Beliau akan memerangi mereka. Jika mendengar adzan pada mereka, Beliau menahan diri, sebagaimana telah diriwayatkan dalam Shahihain dan selainnya. Dan perintah adzan sudah ada dalam hadits shahih lainnya. Padahal hukum wajib dapat ditetapkan dengan dalil yang lebih rendah dari ini. Maka yang benar, adzan adalah fardhu kifayah, sebagaimana dirajihkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al Fatawa (1/67-68 dan 4/20). Bahkan juga bagi seseorang yang shalat sendirian”

Jadi bolehkah kita bercakap-cakap ketika azan sedang dikumandangkan?

Orang yang mengatakan tidak boleh bercakap-cakap ketika azan mungkin menggunakan hadis ini:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Hadis di atas TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij, malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.

Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan’’ dalam kitab Sahihnya. Contohnya:

“Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan” (Sahih Bukhari)

Dalam riwayat lain,

“Mereka dahulu berbincang-bincang pada hari Jum’at dan Umar duduk di atas mimbar. Jika muadzin selesai adzan, maka Umar bangun dan tak seorangpun berbicara”. [HR Asy Syafi’i dalam Al Um, dan dishahihkan An Nawawi, sebagaimana dijelaskan Albani dalam Tamamul Minnah, hlm. 339]

Hukum bercakap-cakap/berbual-bual ketika azan

Para fuqaha’ berselisih pendapat:
1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.

3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Nak pilih pendapat mana pun tak kisah. Pilih yang terbaik buat anda. Kalau ustaz, ustaz pilih yang kedua la..sbb boleh ikat sikit perlakuan kita tu sikit bila azan dilaungkan.

Kita dapat lihat di sini, tiada para fuqaha’ mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandangkan.

Hukum menjawab azan

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut:

"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

Perkara sunnah ketika mendengar azan

Nabi mengajar kita untuk menjawab azan dan membaca doa setelah azan.
dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin (HR Bukhari)

dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruan azan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- (HR Bukhari)

p/s:Kesimpulannya, kita memang boleh berbual-bual/bercakap-cakap ketika azan, tetapi adalah lebih molek kalau kita lakukan perkara yang di ajar oleh Nabi iaitu berdiam diri atau menjawab azan dan berdoa serta selawat setelah azan.Kadanag-kadang kita tengok orang yang bukan beragama Islam lagi menghormati azan. J

ni ustaz ash nk share video orang bukan Islam pun tahu hormat azan and menghayati kemerduannya

semua informasi ustaz ambik dari sebuah blog yang ustaz lupa nak save link dia.maaf la.Ambilan informasi ini sekadar untuk menyebarkan dan berkongsi informasi sahaja.waallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..