Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, August 11, 2011

“Ini kisah ku"


Suatu hari, di hadapan kedai textile Nagoya, Jalan Tun Abdul Rahman. Tiba-tiba seekor burung gagak terbang dan jatuh dek tersalah ‘landing’. Sepantas sesaat kuda berlari, lalu ditendang oleh seorang pekerja kedai ke arah jalan utama. Dalam keadaan berpinar-pinar, si gagak cuba untuk terbang, malangnya malaikat maut sudah berada di sisi. Dengan takdir Allah si gagak dilanggar oleh sebuah lori di susuli gelekkan demi gelekkan kereta yang lalu.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor burung gagak.

‘Ahhhh..bodoh punya gagak hitam…kan aku dah terlepas merpati putih tu tadi! Padan muka ko kena gelek..dah la kotor!” kata pekerja kedai yang menyepak si gagak gara-gara menerpa di hadapanya menyebabkan sasaran merpati putihnya terlepas…

Aku ? Aku adalah seekor gagak dari spesis Cissa chinensis atau Gagak Gunung dari keluarga burung. Aku adalah antara 56 spesis gagak yang berterbangan di seluruh dunia. Tentang latar belakarg ku?google la sendiri.sekarang aku nak bercerita tentang

“Ini kisah ku"

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesuap makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku Nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Tak jauh dari situ ada sampah di sisinya. Aku singgah sebentar di tepinya sebab aku nak ambil sampah tu untuk di makan.Malangnya aku dihalau dengan libasan ‘hand bag’ sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Gagak..KOTOR!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa, seolah-olah aku adalah seorang manusia gatal. Aku bukan gatal dan aku tidak berkehendak padanya pun. Aku adalah haiwan ciptaan Ilahi yang ditugaskan untuk makan sampah-sampah dari sisa manusia yang BODOH tak tahu nak buang sampah dalam tong sampah. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama kerana tabiat aku yang memakan sampah, sekurang-kurangnya aku tahu menjaga alam ini dan tahu berbakti pada masyarakat. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !


Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Aku bagi apa yang aku ada pada kawan-kawan ku yang lain sebagai amal jariahku. Sekurang-kurangnya aku tahu beramal serta hidup bermasyarakat dan bersatu padu tidak seperti kebanyakkan kalian yang langsung tak bersatu.

Apabila hari mulai pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah. Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris dua (aku pandai membaca maklum la..aku hidup di Bandar besar yang tercemar.[kebetulan aku bersekolah rendah jenis kebangsaan gagak]. Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, buang anak, zina, culik, rasuah dan sebagainya. Dalam aku leka menjamah rezeki Ilahi tetiba ku rasa sesuatu dalam paruhku yang tidak enak..puueehh2! apakah ini? Aku pun menyelak celah-celah sampah..alangkah terkejutnya aku kerna itu adalah janin manusia.Selera makan aku terpadam.Kejinya manusia harini. Subhanallah. Dalam masyarakat aku tak ada perkara-perkara dan berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita penghinaan kaum ku yang hitam, kematian gagak yang dilanggar lori, “ethnic cleansing” ke atas kaum gagak oleh DBKL, kematian gagak akibat sakit tua. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Aku tahu aku pernah berak atas kereta kalian tapi bukan atas kalian. Kalau berlaku pun aku tidak sengaja. Aku tidak mempunyai teknologi seperti manusia. Ironinya, sehebat-hebat manusia pun, lagi maju manusia makin bodoh dan jauh mereka pada Pencipta. Mungkin mereka lupa yang kaum ku ini pernah berbakti pada anak Nabi Adam. Tuhan menyuruh aku mengajar manusia cara menanam mayat. Aku redha mengajarnya walaupun dalam benak hati ku pili atas kerosakkan yang manusia lakukan di atas muka bumi ini. Malah keberadaan aku ini sebenarnya menjadi petanda penting kepada Pengkaji Alam sekitar untuk mengetahui tahap kemerosotan alam sekitar.

Begitu buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung merpati. Berwarna putih dan cantik. Aku pernah impikan untuk di jodohkan dengan si merpati.tapin apakan daya kami tidak sekufu. Jika ada jodoh pastinya keturunan ku akan berevolusi dan tidak akan hitam selama-lamanya. Paling buruk pun mungkin kelabu akibat dari genetic-genetik aku dan si merpati.[aku dapat ‘A’ dekat sekolah menengah sains gagak] Pernah satu ketika dahulu, aku perhatikan sekumpulan merpati yang leka makan makanan yang di taburkan oleh pak cik mamak di hadapan Mydin. Dalam pulihan merpati itu aku terlihat akan si merpati putih yang amat cantik. Aku sudah jatuh cinta pada si merpati.dalam keadaan sasau aku berjalan ke arahnya. Malangnya aku di halau orang ramai yang lalu lalang dan mereka[merpati] terbang meninggalkan ku.kenapa kau menjauhi aku? Kenapa begitu banyak halangan untuk aku capai kepadanya? Adakah ini adat bercinta? Adakah kerana diri ku? Pada saat itu lah aku sedar yang cinta bukan semestinya perlu di miliki. Cinta adalah sebuah pengorbanan untuk memastikan dia[si merpati] bahagia dan tersenyum. Dalam benak hatiku, aku berazam yang suatu hari nanti akan ku korban demi cinta ku untuk kebahagiaan si merpati

.

Itu kisah lamaku…setelah akau kehilangan mood makan ku aku berterbangan menyapu awan Dalam keadaan terawang-awang di awan aku bersyukur dengan anugerah Tuhan.Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku tahu akan usia ku kalau mengikut kajian tetapi semua itu tak boleh guna kerana ajal kita Allah yang tentukan. Aku hanya mampu berdoa agar umurku di panjangkan dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk di tembak DBKL. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.


Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Dari jauh, aku terlihat si merpati berjalan sendirian seakan-akan pitam di bawah sinaran sang suria. Si merpati putih sakit barang kali.Ada manusia yang cuba mengganggu dia. Ah!Ini tak boleh jadi..aku kena selamatkan dia.Aku perlu cepat.Aku mengibaskan sayap ku sekuat kudratku dari saku baki tenaga yang ada hasil dari rezeki semalamku. Setibanya aku di sana, aku nak ‘landing’, dan kawalanku agak tidak terkawal dek kegugupanku berdepan dengannya. Dalam sekelip mata pandagan ku menjadi hitam…

Epilog.

Gagak itu meninggal di dalam gilis kereta hasil tendangan pekerja kedia gara-gara menyelamatkan si merpati putih. Dia sempat menatap dan mendekati si merpati dan berkorban untuk kebahagiaannya.

Manusia sudah ke hilangan suatu yang amat berharga pada ekosistem yang sentiasa memakan sampah-sarap manusia angkuh.Malah pada masa yang sama dia menjadi suri tauladan kepada yang menyedari kehadirannya.


p/s:karya ini hanya rekaan bukan realiti.

6 comments:

  1. tapi terselit realiti kan didalamnya tuan penulis...uhmmm...

    ReplyDelete
  2. hahaha..eh x dk la..ni rekaan je..bru dpt idea cara baru nk utarakan isu-isu masyarakat n remaja...

    ReplyDelete
  3. ntah, ad org ckp, yg x ad tu sbnrnye ad kn. hu3...

    ReplyDelete
  4. stuju..!! msti ade y realiti dcitu.. hahaha
    anyway.. menarik nye..

    ReplyDelete
  5. knp ke dua2 anonymous..len kali letak la nama..ssh la nk kenal korg..

    sbnrnya mmg x dk apa2 pn..yg realitinya adalah mmg aku nampak ada gagak kena tendang ngn pekerja kedai nagoya dekat jalan tunku abdul rahman..tu ja yg reliti..yg len tak pn...

    ReplyDelete
  6. hasil dari gagak tu la aku terpikirkan idea cerpen kemasyarakatan dan keremajaan ni...

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..