Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin i wish to all blogger2 and pembaca entry setia blog ini. aik baru nk wish raya?ape kes...?!1st of all sowi la sebab bz sangat and tak sempat nak update blog. skrg dh masuk UMT balik dah but then entry hari raya ni nak gak release sebab entry ni dh siap dh tapi tak publish je.huhu

so for this time i nak cecite tentang sambutan raya ku...i meant raya aku tahun ni...tahun ni raya aku agak meriah sbb kak aku balik...dah 3 tahun kami tak beraya macam ni...mama aku hepi sangat..and i love it...since 3 year ago mama tak penah nak dengar lagu raya...ingat lagi awal2 dulu waktu my sis p sana..mama nangis bila aku bukak lagu raya...but then tahun ni bila anak
dara dia tu balik, mama lak yang p bukak radio nak dengar lagu raya...hahahaha
so lets start with persiapan raya

persiapan sebelum raya
persiapan tahun ni,tak la meriah sangat..just simple giler..cuci rumah pun sehari sebelum nk raya..kereta xbasuh pun..usually aku akan basuh..tapi memandangkan sepanjang ramadhan
hujan je memanjang sampailah hari terkahir ramdhan pun hujan..so ktorg biar je kereta tu
berderemen[kotor]...how about baju raya?tahun ni beli baju melayu je..sebab t-shirt and
pakaian yang casual tu kak long dh beli dh dari sana...so tak la kuar shoping sangat...aku kuar
shoping pn sebab jadi driver bila adik-beradik aku yg lain nak beli barang raya...nak di jadikan cerita waktu tu hari jumaat...so bila time jumaat tu aku and adik laki aku ni nak la kuar pergi semayang jumaat.kitorg naik la kereta sebab dh janji lepas solat jumat aku datang balik CS.
waktu nak kuar tu baru aku teringat aku tak bawak satu sen pun..just bawak kad penegnalan
and lesen je.tapi waktu tu ok lagi sbb pk duit syiling dalanm kereta klan ada.selalu duit syiling
tersedia je.ingat nak bantai bayaar dengan duit syiling tu la.bayar parking rm1 ringgit je.bila dh
masuk and gerak dh last2 tgk tak ada..tak cukup.so kami berhenti la cari kot2 ada dekat celah2
sofa..cari punya cari last just dapat kumpulkan 99 sen je..last2 terpaksala masuk balik cs cari my sisi sebb ank cukupkan 1 sen tu jugak..hahaha..so moral opf the stury..bawak la duit kot2 nak
beli gajah...


pagi raya
malam sebelum tu pergi ikut rombongan takbir raya ke setiap rumah dekat taman ni...kat sini dh jadi macam adat la sejak 3 tahun yang lalu...so aku pun join tapi tak meriah macam tahun2 sebelum ni sebab kali ni 4 buah rumah je..selau banyak giler sampai pukul 2 baru habis takbir raya.macam biasa la ke masjid tunaikan solat aidilfitri berserta khutbah hari raya.balik je rumah pergh...suma nak bergambar dulu...hahaha..maklumlah dah 3 rtahun tak pernah bergambar
dengan full of famili member macam ni..

lepas takbir raya...

pic formal...

pic giler2...

raya pertama
raya pertama masam biasa la balik rumah tok belah mama dulu.kat sini hingaq gila.semua jenis bising2..hahaha...sebelah malam kami main futsal tanpa kasut...hahaha

famili besar..sowi la gelap sikit..masalah pencahayaan camera..

cantik x??hihi

ni umar.anak menakan sepupu aku.yang lawaknyer ni pic dia memuncung sebab kami layan muhammad(pic yang dekat bawah ni)...kira macam kes jeles la ni...hahahaha

ni muhammad.lasak giler!sumpah!suke di baling2, di lempar2..hahaha

lepak lepas futsal...

ni Aizas...cian die...main futsal sampai sempot...


raya kedua
raya rumah tok wan belah ayah.tak bising2 sangat sebab belah ayah ni kami adik beradik jadi antara yang besar sebab ayah anak kedua..so kami jadi matured sikit.hihi...hipokrit kn?hahahaha..aku kn dh matang..hahaha

berkumpul dekat umah mak tam

nice kan pic ni..hihihi

ni ayu...muke die macam tasha kn?tasha you have to look this!!

ni anak mak tam...comelnyer~


perkara paling best bila raya
banyak perkara best bila raya.antaranya ada oepn house..boleh jumpa semua sepupu-sepupu yang ada...


lontong plus nasi ayam...mama yang buat tw..hihihi

sate~

ni tok saya~

ni kazen2 melengkaq macam ular sawa lepas makan-makan

ni orang jauh..orang sarawak...
kad raya
lagi satu yang best tahun ni adalah sampul raya.menarik giler.orang-orang sekarang nak sampaikan mesej kesedaran ke apa ke pun guna sampul duit raya..tak caya tengok tu...

mesej kesihatan and mesej bersih pun ada....

orang kaya baru


hahaha...yang paling best jadi 'orang kaya baru'.hahahaha sebab dapat duit raya.ingat lagi waktu kecik-kecik dulu setiap masa pun kira duit.sampai kadang-kadang mak cik-maik cik nak sakat je bawak sorok duit raya..hahaha..ash ko dapat lagi ker duit raya?ofcos la...i tak keje lagi...hahahaha

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri




to all my fren and anyone who know me or anybody who visit this blog...i wish you SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 25, 2011

apa perlu buat jika anda bosan

bosan?memang pun.
dah 2 minggu rasa tak berblog ni. semua ini gara-gara semua lappy and pc dalam rumah aku kena masuk 'hospital'. lama gak la kena warded. tak tahan rasa hidup bila tak dak lappy. rasa macam balik zaman batu je..hahaha.so sekarang dah dapat balik dah semua lappy and pc.fuuuhhh.back to the future.hahaha.
so sebenarnya i have no any idea nak tulis. so malam ni nak jelaskan la sikitkan siapa tu ustaz ash, prof ash, mr ash. sebenarnya ini just watak je yang i create when i have a certain2 topik yang aku nak utarakan.so...for...

1.ustaz ash
ini watak yang khusus untuk soal agama la eventhough aku taw yang aku bukan pandai agama sangat. tapi i just nak share je apa yang i have read and learn before. aku pegang yang nabi pernah sabda berbunyi seperti ini "sampaikanlah dari aku walau sepotong ayat".
so i just sampaikan la yer. so kalu you guyz nak tanya...tanya la. you are free to ask. i'll try to find the answer but plz don't expect my answer macam ustaz betul coz i budak baru belajar gak.
i willing to do so pun coz i feel that this is the way yang boleh dorong aku to be a good and better person.

2.prof ash
ni watak yang agak pandai and lawak2 bodoh sikit. kadang2 je yang serius. so kadang2 tu apa yang aku nak utarakan pendapat aku berkenaan dengan sesuatu perkara serius pun aku guna watak ni la and i'll address la prof ash yang cakap.

3.mr.ash
so this me my self. yang ni memang tak dak topik khas. pakai bantai je. yang pasti memang tidak akan di address kan dari mr ash. kalau tak dak address dari ustaz ash ke porf ash ke tu bermaksud dari mr.ash la yer.[padahal semua dari Ash gak..bengong gak kan aku ni...hahah]
yang latestnya lepas ni mr.ash akan come out dengan topik baru iaitu Tips Mr.Ash..
through this i'll share semua tips yang aku penah buat and amalkan start from A to Z. mcm mana nak halau lipas, macam mana nak kemas rumah, ubat demam cara ash, and etc la. even masak pun ada kot..tapi masak bodo2 je la.aku tak reti masak sangat...

so semua ni khas untuk lelaki la...kalau perempuan nak buat pun tak kisah...sebab benda yang aku buat ni jenis simple2 je.aku bukan apa..lelaki sekarang pun kena tahu gak macam mana nak urus rumah, diri, and so on. supaya nnti boleh la korang tolong2 sikit mak ke..bini ke...
nabi pun tolong bini dia kat umah.tak jatuh standard pun kan...kalu nabi boleh..takkan kita tak boleh kot kan...=)
jadi kalau bosan ikuti la blog ni...mesti tak bosan..hik3
ok..bye..

Friday, August 19, 2011

mr.ash:celoteh

lamanya tak berceloteh kan..malam ni rasa nak sangat berceloteh. so lets get start with bertanya khabar..how are you guyz?chat?harap sihat walafiat la kan...so sekarang dh masuk ke hari 18 ramadhan kn...so mcm mana ibadah korg?oke x?tarawikh 20 tak?harap kena 20 lah kan..kita muda lagi..kalau tua nak mampus tu nk buat 8 tak kisah la sbb dh tua kan..i bukan apa takut nanti tuhan tnya kenapa waktu muda kamu tak buat tarawikh 20?msti kita tak dak alasan kan..kalau tua tak pe la gak..sbb boleh bagi alasan dh tua dah...parkinson dh pun...so bercerita tentang tarawikh ni..kelmarin dulu ayah, adik laki aku sorg and aku p la satu masjid ni..igt nak ubah angin la kan..sbb sebelum ni asyik masjid yang sama je kan..so bila dh sampai je masjid ni mmg bes la sbb sejuk dowh..tu belum lagi pasang air-cond...memang sedap la..tapi orang tak ramai sangat..ada la dalam 2 3 saf ja la..tapi yang bagusnya jemaah dia tahu nak mulakan saf dekat tengah2 dan lebih kan belah kanan..tak cari kipas..ye la dah masjid sejuk dh kan..nk cari kepas kenape lak kan...but on that nite..i saw and merasai 2 keadaan yang amat berbeza yang sememangnya i can learn from it..

1.ada pak cik bodo jerkah Johari Abdul (ahli parlimen PKR) dalam masjid
First of all, sowi coz i use ganti nama i dengan 'gua'. it just to show my kegeraman je. cerita bermula setelah selesai solat maghrib, ada sebuah majlis ilmu. gua pun duduk lah macam pak cik-pak cik tua yang lain untuk dengar tazkirah. tak lama sangat la, tapi gua ni memang jenis tak leh duduk diam. gua ni suka memerhati. mula la toleh kiri, toleh kanan, toleh depan, toleh belakang. Dalam kesibukkan gua menoleh tu gua ternampak seorang hamba Allah ni pakai baju batik. dalam hati gua berkata 'amboi smart tol pak cik ni'
toleh punya toleh
sesekali tengok macam kenal, dua kali tengok macam orang yang dalam papagomo[i hate papagomo..seriusly..ayat macam orang tak dak akhlak], tiga kali tengok memang konpem ahli parlimen, empat kali tgk terus ingat yang dia tu Johari Abdul. jadi gua pun buat selamber dek je la kan. sbb memang dah jadi adat tempat gua ni kalu jumpa ahli politik tak kira umno ke, pas ke memang kitaorang akan buat tak reti je. so dalam benak hati gua mula la berbisik "nak salam la dengan dia and nak buat kepastian adakah dia Johari Abdul and kalau betul gua nak je bagi nasihat".
nasihat tu berbunyi "wahai hamba Allah, berpeganglah saudara pada Al-quran dan sunnah. kembalikan hukum Allah, kembalikan Khilafah."..nasihat macam ni bukan untuk dia je..kalau boleh setiap ahli parlimen gua nak jumpa.tak kira umno ke pas ke PKR ke...[woi mr.ash..ko baget power la ek boleh nasihat ahli parlimen..hahaha]
lepas tazkirah tu gua nampak si Johari Abdul tu lipat lengan baju gaya nak pergi amik wuduk...dalam dia on the way tu tetiba je ada sorang pak cik ni dalam lingkungan 40-50
jerakah(tengking) kata 'woi jangan main wayang cina la!!'.
tersentak gua. geram gak gua di buatnya..kalau waktu tu gua sebelah dia memang gua tampar je kepala dia. tampar tiga kali. tarik baju suruh duduk luar masjid and suruh dia jerkah kuat-kuat apa yang dia nak jerkah pun...gua geram bukan sbb dia kata dekat johari abdul tu..gua bukan orang PKR pun..gua pun bukan orang pas..gua bukan orang umno..gua bukan BN...gua tak dak apa-apa...gua ni hudud and khilafah supporter...gua geram sangat sbb dia jerkah dalam masjid. bodoh tol. macam orang tak dak akhlak. kalau lu nak kata Johari Abdul tu main wayang cina tengok diri lu tu dulu..lu baik sangat ker?!...lu pun main wayang cina dengan Tuhan..orang dengar tazkirah duduk depan la yang lu duduk luar macam lu penuh ilmu di dada tu kenapa? gua yang tak marah sangat dengan Johari Abdul ni sebab wayang-wayang cina dia pun, waktu dengar tazkirah dia duduk depan. dia tak duduk luar. bukan macam lu. lagi satu dia kena jerkah dengan lu pun dia tak jerkah balik macam lu. tak pasal-pasal dia yang nak solat tarawikh pun tak jadi. dia balik macam tu je. ye la dh ada jemaah yang tak selesa dengan dia so konpem2 la dia pun tak selesa.

2.baik ketiak
ini memang pergh..tak tahan gila.hahaha..ada seorang hamba Allah ni solat tepi aku, perghhh..kuat gila bau nyer...aku ubah tempat la sbb kalau duduk dekat dia pun nanti aku tak khusyuk solat kan. tapi dugaan Allah, aku ubah tempat je dia pun ikut ubah sekali. Masyallah. so kesimpulanya kalau lah nak solat jemaah tu pastikan badan tu bersih and tak berbau agar tak menggangu jemaah lain.tak pe la..entry akan datang i'll share some tips nak buang bau hapak tu.lagi satu if there are jutawan minyak wangi out there, buat la amal jariah sikit..bagi sedekah minyak wangi.macam recently masjid depan rumah aku. saudagar minyak atar mana tah bagi sedelah minyak wangi sorang sebotol. memang best solat tarawikh malam tu coz wangi je masjid malam tu.duduk je sebelah sapa pun mesti wangi.hahahaha.

p/s: son jagalah akhlak anda. sabda nabi S.AW "Sebahagian besar manusia yang masuk syurga ialah kerana takwa kepada ALlah dan berakhlak yang baik" and for tips bau ketiak wait for my next entry k. Before i end, i wanna tell that kereta honda city warna hitam. aku tahu no plat ko. jangan sampai aku cari ko! ketahuilah asal usul mu!

Friday, August 12, 2011

ustaz ash:Tips nak selesaikan masalah saf di khariah anda

Baru-baru ni cik farah ...merungut tentang jemaah dekat khariah dia ni, buat saf tidak betul..macam2 keluhan dia luahkan…jadi atas permintaan dia la Ustaz Ash keluarkan entry khas ini. Berkenaan dengan SAF

Apa itu saf?

Saf tu barisan. Dalam hal yang akan dibicarakan ini lebih tertumpu kepada saf dalam solat. Apa yang akan dibincangkan kejap lagi bukan saf yang berhubung, bagaimana nak buat saf untuk kedudukan imam, makmum lelaki dan makmum perempuan. Yang akan dibincangkan kejap lagi adalah bagaimana nak buat saf untuk makmum sahaja tak kira lelaki atau perempuan dengan betul.

Apa masaalahnya dengan jemaah yang buat saf zaman sekarang?

Baru-baru ni, sewaktu Ustaz ke masjid.Ustaz agak terkejut apabila melihat jemaah buat saf tidak betul. Mereka buat saf bermula dari tepi kiri dan kanan. Malah ada saf yang dibuatkan lompong di tengah walhal di tepi kiri dan kanan penuh. Mereka mencari kipas.mungkin mereka kepanasan barangkali. Yang peliknya ada yang mencari tiang,ada jiga yamh mencari kipas.kadang-kadang tu rasa macam mereka bukan berimamkan pak imam pulak.rasa macam mereka berimamkan pak kipas...pak tiang...

sebenar..perkara saf ini cuma perkara kecil sahaja dan tidak perlu dibahaskan tapi kurang molek kerana pernah satu ketika nabi memacakkan pedangnya untuk membuat tanda bagi memperbetulkan saf para sahabat.Cuma ustaz nak menjawab sahaja soalan cik farah bagaimana nak buat saf dengan betul dan bangaimana nak atasi masalah ini dekat khariah cik farah.

Penuhkan saf hadapan dahulu.

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)

malah saf hadapan itu lebih afdal...

Sabda nabi

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sememangnya saf pertama dihadapan itu lebih baik tetapi lain pula untuk wanita iaitu di belakang lebih afdal.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang.Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi apa yang jadi sekarang pada hari ini, kita akan menjemput orang lain duduk saf hadapan. Kita tahu orang timur ini penuh dengan adab ketimuran tetapi agak salah guna masa dan tempat di situ. Sepatutnya kita kena menjadi "tamak" dalam hal amal ibadah kita kepada Allah. nak rebut pahala.tak kiralah kita ni jarang datang masjid ka…pakai baju rock sangat ka.yang pasti jika anda impikan "secret pahala" yang nabi cakap tu.rebut2 lah kehadapan.tgk mcm ustaz.ustaz ash jarang juga ke masjid.tapi bila ustaz datang je memang ustaz akan berebut duduk di hadapan tak kira la orang nak kata apa.sbb tindakkan ustaz bertepatan dengan ilmu yang ustaz ada dan ustaz nak mengejar rahmat Allah. so what are you waiting for…berubah la yer…

mulakan saf dari tengah iaitu selari dengan belakang imam.

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, “Barisan itu dimulai dari tengah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan

penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

“Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)


Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)


Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan


3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa'i, & Ahmad. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya,aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim)




Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi



Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini

Tips nak selesaikan masalah saf di khariah anda

1.pastikan diri anda tu buat saf dengan betul dulu. tunjukkan contoh tauladan yang baik dahulu.buat saf dengan sebaik yang anda boleh sebab kalau nak rapatkan saf sorang-sorng agak susah sebab pasti orang sebelah akan cuba untuk merenggangkannya kembali.

2.buat risalah tentang saf.ni kalau anda cukup banyak duit dan berani la.try buat dan edarkan kepada semua jemaah.

3.beri cadangan kepada pak imam untuk menjemput penceramah popular untuk bagi tazkirah berkenaan saf.kasi panas sikit telinga diorg tu.

4.anda buat surat layang kepada pak imam atau ajk masjid untuk memasang kipas dekat atas siling masjid.paling bagus buat macam satu masjid ni dekat kedah.pak imam nak selesaikan masalah saf ni, si pak imam pasang kipas banyak sampai jarak antara kipas dengan kipas tu satu kaki setengah je plus air-cond.

5.kalau pak imam cakap tak dak duit jugak suruh pak imam buang semua kipas.kalau anak khariah tnya...
anak khariah"pak imam kenapa buang semua kipas?..
maka pak imam perlu jawab mcm ni "ini baru panas dunia...belum panas akhirat...kamu ni..byk dosa sangat la tu...orang ajak datang jemaah selalu tak nak...sebab tu panas...tengok macam saya..sejuk je...siap berjubah dan berserban lagi ni haa...xpanas pun"

p/s:selamat beramal~


cuba bayangkan jika saf kita macam ini...gerun kn?ni baru solat, tak di medan jihad lagi


saf muslimat pula macam ini...mesti musuh Islam pun gerun tengok...

cuba bayangkan semua gambar jemah di atas pakai baju askar macam ni...konpem amerika takut..


Thursday, August 11, 2011

“Ini kisah ku"


Suatu hari, di hadapan kedai textile Nagoya, Jalan Tun Abdul Rahman. Tiba-tiba seekor burung gagak terbang dan jatuh dek tersalah ‘landing’. Sepantas sesaat kuda berlari, lalu ditendang oleh seorang pekerja kedai ke arah jalan utama. Dalam keadaan berpinar-pinar, si gagak cuba untuk terbang, malangnya malaikat maut sudah berada di sisi. Dengan takdir Allah si gagak dilanggar oleh sebuah lori di susuli gelekkan demi gelekkan kereta yang lalu.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor burung gagak.

‘Ahhhh..bodoh punya gagak hitam…kan aku dah terlepas merpati putih tu tadi! Padan muka ko kena gelek..dah la kotor!” kata pekerja kedai yang menyepak si gagak gara-gara menerpa di hadapanya menyebabkan sasaran merpati putihnya terlepas…

Aku ? Aku adalah seekor gagak dari spesis Cissa chinensis atau Gagak Gunung dari keluarga burung. Aku adalah antara 56 spesis gagak yang berterbangan di seluruh dunia. Tentang latar belakarg ku?google la sendiri.sekarang aku nak bercerita tentang

“Ini kisah ku"

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesuap makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku Nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Tak jauh dari situ ada sampah di sisinya. Aku singgah sebentar di tepinya sebab aku nak ambil sampah tu untuk di makan.Malangnya aku dihalau dengan libasan ‘hand bag’ sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Gagak..KOTOR!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa, seolah-olah aku adalah seorang manusia gatal. Aku bukan gatal dan aku tidak berkehendak padanya pun. Aku adalah haiwan ciptaan Ilahi yang ditugaskan untuk makan sampah-sampah dari sisa manusia yang BODOH tak tahu nak buang sampah dalam tong sampah. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama kerana tabiat aku yang memakan sampah, sekurang-kurangnya aku tahu menjaga alam ini dan tahu berbakti pada masyarakat. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !


Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Aku bagi apa yang aku ada pada kawan-kawan ku yang lain sebagai amal jariahku. Sekurang-kurangnya aku tahu beramal serta hidup bermasyarakat dan bersatu padu tidak seperti kebanyakkan kalian yang langsung tak bersatu.

Apabila hari mulai pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah. Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris dua (aku pandai membaca maklum la..aku hidup di Bandar besar yang tercemar.[kebetulan aku bersekolah rendah jenis kebangsaan gagak]. Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, buang anak, zina, culik, rasuah dan sebagainya. Dalam aku leka menjamah rezeki Ilahi tetiba ku rasa sesuatu dalam paruhku yang tidak enak..puueehh2! apakah ini? Aku pun menyelak celah-celah sampah..alangkah terkejutnya aku kerna itu adalah janin manusia.Selera makan aku terpadam.Kejinya manusia harini. Subhanallah. Dalam masyarakat aku tak ada perkara-perkara dan berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita penghinaan kaum ku yang hitam, kematian gagak yang dilanggar lori, “ethnic cleansing” ke atas kaum gagak oleh DBKL, kematian gagak akibat sakit tua. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Aku tahu aku pernah berak atas kereta kalian tapi bukan atas kalian. Kalau berlaku pun aku tidak sengaja. Aku tidak mempunyai teknologi seperti manusia. Ironinya, sehebat-hebat manusia pun, lagi maju manusia makin bodoh dan jauh mereka pada Pencipta. Mungkin mereka lupa yang kaum ku ini pernah berbakti pada anak Nabi Adam. Tuhan menyuruh aku mengajar manusia cara menanam mayat. Aku redha mengajarnya walaupun dalam benak hati ku pili atas kerosakkan yang manusia lakukan di atas muka bumi ini. Malah keberadaan aku ini sebenarnya menjadi petanda penting kepada Pengkaji Alam sekitar untuk mengetahui tahap kemerosotan alam sekitar.

Begitu buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung merpati. Berwarna putih dan cantik. Aku pernah impikan untuk di jodohkan dengan si merpati.tapin apakan daya kami tidak sekufu. Jika ada jodoh pastinya keturunan ku akan berevolusi dan tidak akan hitam selama-lamanya. Paling buruk pun mungkin kelabu akibat dari genetic-genetik aku dan si merpati.[aku dapat ‘A’ dekat sekolah menengah sains gagak] Pernah satu ketika dahulu, aku perhatikan sekumpulan merpati yang leka makan makanan yang di taburkan oleh pak cik mamak di hadapan Mydin. Dalam pulihan merpati itu aku terlihat akan si merpati putih yang amat cantik. Aku sudah jatuh cinta pada si merpati.dalam keadaan sasau aku berjalan ke arahnya. Malangnya aku di halau orang ramai yang lalu lalang dan mereka[merpati] terbang meninggalkan ku.kenapa kau menjauhi aku? Kenapa begitu banyak halangan untuk aku capai kepadanya? Adakah ini adat bercinta? Adakah kerana diri ku? Pada saat itu lah aku sedar yang cinta bukan semestinya perlu di miliki. Cinta adalah sebuah pengorbanan untuk memastikan dia[si merpati] bahagia dan tersenyum. Dalam benak hatiku, aku berazam yang suatu hari nanti akan ku korban demi cinta ku untuk kebahagiaan si merpati

.

Itu kisah lamaku…setelah akau kehilangan mood makan ku aku berterbangan menyapu awan Dalam keadaan terawang-awang di awan aku bersyukur dengan anugerah Tuhan.Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku tahu akan usia ku kalau mengikut kajian tetapi semua itu tak boleh guna kerana ajal kita Allah yang tentukan. Aku hanya mampu berdoa agar umurku di panjangkan dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk di tembak DBKL. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.


Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Dari jauh, aku terlihat si merpati berjalan sendirian seakan-akan pitam di bawah sinaran sang suria. Si merpati putih sakit barang kali.Ada manusia yang cuba mengganggu dia. Ah!Ini tak boleh jadi..aku kena selamatkan dia.Aku perlu cepat.Aku mengibaskan sayap ku sekuat kudratku dari saku baki tenaga yang ada hasil dari rezeki semalamku. Setibanya aku di sana, aku nak ‘landing’, dan kawalanku agak tidak terkawal dek kegugupanku berdepan dengannya. Dalam sekelip mata pandagan ku menjadi hitam…

Epilog.

Gagak itu meninggal di dalam gilis kereta hasil tendangan pekerja kedia gara-gara menyelamatkan si merpati putih. Dia sempat menatap dan mendekati si merpati dan berkorban untuk kebahagiaannya.

Manusia sudah ke hilangan suatu yang amat berharga pada ekosistem yang sentiasa memakan sampah-sarap manusia angkuh.Malah pada masa yang sama dia menjadi suri tauladan kepada yang menyedari kehadirannya.


p/s:karya ini hanya rekaan bukan realiti.

Wednesday, August 10, 2011

ustaz ash:'knp kita perlu berdoa?'


Insyallah ustaz nak share sedikit ilmu .[even the truth is im not the real ustaz but then gelaran ustaz ash tu sekadar character in my blog khas untuk segmen ilmu agama...plz dont misunderstood ok]

kali ini ustaz nak bercerita tentang 'knp kita perlu berdoa?'

ada sesetengah orang yang akan cakap "saya pun tak tahu'[sambil angkat bahu]

ada sesetengah pula yang akan cakap "dah semua orang tadah tangan doa, so gua pun angkat doa gak la"[lagak seperti rockers]

ada pula yang pandai sikit dia ckp "inikan tuntutan Allah..."[sambil mengemukakan dalil-dalil lagi untuk menerangkan kenapa dia berdoa]

Dan memang betul Allah ada berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

sememangnya kita perlu banyak berdoa pada Allah kerana doa itu merupakan ibadat dan senjata bagi orang mukmin.Doa juga sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba kepada Allah S.A.W yang menjadi tempat meminta pertolongan.

sidang pembaca yang dihormati Allah sekalian.

Ulama telah membicarakan hal kenapa kita perlu berdoa kepada Allah S.A.W.Terdapat 4 sebab utama:

1.Jahil
manusia ini sememangnya amat jahil.Ilmu kita ini amat terbatas,bertepatan dengan firman Allah
Katakanlah, "Sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habisnya ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun datangkan tambahan sebanyak itu pula". (Surah Al-Kahf : Ayat 109)

ilmu kita hanta setitik sahaja jika nak di bandingkan dengan ilmu Allah.cuba kita renung dan pandang ke langit
bertama luasnya langit yang Allah cipta.boleh kah anda semua tentukan mana penghujung bagi langit?berapakah jarak langit dan bumi?tak tahukan

Lihat firman Allah dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al-Mu'min : Ayat 57)

sememangnya kita tak tahu.cuba kita fikirkan apa yang akan berlaku esok?apa yang akan menanti kita seminit akan datang?kita tak tahu bukan?tetapi Allah yang Maha luas ilmuNya tahu apa akan jadi kepada kita sekejap lagi.
oleh sebab jahilnya manusia itulah kita perlu berdoa pada Allah S.A.W.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam hadis Baginda yang bermaksud:

"Dari Sulaiman Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada yang boleh menolak Qadak Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).

paling mudah nak tunjukkan kejahilan manusia hari ini adalah jahil hukum.
orang hari ini bila di sebut babi je..semua geli sebab semua tahu babi tu najis berat.tapi bila pegang perempuan tak geli pulak?sedangkan pegang perempuan tu haram hukumnya dan berdosa.baik peluk babi dari pegang tangan perempuan.peluk babi tak berdosa tapi pegang perempuan itu berdoa.

2.Miskin
kita ini miskin sebenarnya.kita ini tidak ada apa-apa.hakikat kekayaan yang kita ada semuanya dari Allah.kekayaan yang kita miliki ini amat sedikit jika di bandingkan kekayaan Allah. Allah tidak meminta rezeki pun dari manusia bahkan Allah lah yang memberikan kepada manusia.Firman Allah,

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Toha: 132)

malah rezeki yang Allah berikan pula tidak hanya meliputi umat yang patuh padaNya sahaja. Malah meliputi semua manusia dengan sifat Ar-RahmanNya.lebih bertuahnya bagi manusia yang beriman dan bertakwa kerana Allah dengan sifat Ar-Rahim mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam keredhaanNya

Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Lihatlah bertapa kayanya Allah S.A.W.oleh sebab kayanya Allah, miskinnya manusialah kita perlu banyak manusia memohon kepadaNya. Jangan pula kita sombong untuk meminta seumpama kita kaya-raya.Berdoalah pada Allah.mohon dan raya padaNya.


3.Hina
yang ke-3 adalah hina. Hinanya manusia ini jika di bandingkan dengan Allah S.A.W. Allah Maha Mulia.
cuba kita lihat dari asal kejadian manusia iaitu dari setitik air mani yang amat hina yang keluar dari salur kencing.
firman Allah

“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina (air mani)”. ~al-mursaalat : 77

jadi sebgai manusia yang hina takkan kita nak jadi penentang Allah seperti dalam firmannya
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! ~yaasiin : 77

jika tidak mahu, maka berdoalah supaya Allah tidak murka. Berdoalah dengan penuh kehambaan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya."(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).

4.Lemah
lemahnya manusia ni. Subhanallah. tengok sahaja lah alam ini sebagai bukti kekuasaannya dan kerajaanNya yang Maha Agung.Firman Allah s.w.t.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.”

Allah dh beri "guide line" kepada kita bagaimana nak melihat kekuasaannya iaitu melaui alam sekeliling yang mudah untuk kita nampak.

firman Allah dari (Surah Ar-R’ad)

“Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

mana mungkin kita dapat menghijaukan pokok2 dengan akal yang tuhan kurniakan..mana mingkin dapat kita gerakkan matahari dengan tangan-tanagn kita.maka dengan sebab lemah dan terbatasnya manusia, kita perlu berdoa atas kelemahan kita.

p/s:dikesemptan bulan mulia ini marilah kita berdoa kerana pada malam Qadar lah doa2 hambaNya akan di makbulkan oleh Allah.Paling mudah jangan sesekali meniggalkan doa selepas solat.sekian selamat beramal~

mcm menarik je ni..tekan la..