Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Saturday, June 25, 2011

Babyfaced beauty





"Baby-faced Beauty" is a romantic-comedy centered around a 32-year-old woman with a babyface as she works to become a fashion designer and overcomes obstacles like having only having a high school diploma and a bad credit history.[so sapa yang bad creadit mcm aku ni xpayah risw k..hahaha]

Jang Na Ra[comelnyer die..] plays a 34 year old woman but looks like a woman who is still in her 20s. She gets fired from her job and has to lie about her age in order to get hired for another job.





Choi Jin-Wook (Daniel Choi) is the heir of the famous Jokbal restaurant yang kaya raya nak mampus tapi Choi Jin-Wook goes against his father and leaves his parents' house. Choi Jin-Wook starts to work at another company coz nak capai cita-cita dia. Against his will, Choi Jin-Wook starts work in the fashion department. With his sweet character[sweet ke???mcm org bodo je kadang-kadang and meets Lee So-Young Lee So-Young (Jang Na-Ra).

p/s:jom tengok ramai-ramai dekat KBS world!aku tengok sebab Jang Nara je...hihihi...

My future plan

aku dah tak dak topik dah nak cerita..hihihi
ye la kan sebelum ni kan jarang je nak tulis entry..sekarang ni seminggu sampai 2 3 ketul entry aku letak..hihihi...so this is my future plan after I grad and absolutely before i got married[lambat lagi kot..calon pun tak dak..hahaha]

1.get a JOB

2.set up my own company[kalau boleh la sbb nak jadi usahawan Islam melayu yang berjaya...hihihi]


3.bila dah ada duit aku nak ada rumah sendiri sebab harga tanah sentiasa naik so tak rugi beli.

4.then baru nak beli kereta....




5.dah dapat semua rezeki so Iwanna go to Mekah.buat haji ke..ummrah wajib ke...


6.bila dah pergi haji baru aku nak pergi jalan-jalan.aku nak pergi korea untuk cari calon..hahaha.lawak je..aku nak p korea sebab aku GILA KOREA!hahaha..nak bawak family.

7.venice??[ape ar ko Ash..ni simpan untuk bini la..baru romantik..hahaha]tak de2..so 6 je semua plan aku.hahaha

p/s:hanya plan..semua ini Allah yang akan tentukan.Doa2 la termakbul hasrat aku ni...

zoo edisi astro ceria


i started watching this kiddo story when i have to pujuk my little bro sebab my parents go for vacation and now i falling in love watching this kiddo story. do you guyz know y?its because of Lisa Surihani and adik miasara.both of them are cute.hihihi...

p/s:try la tengok..hahahaha.ASTRO CERIA!CEPAT BAYAR DEKAT AKU!AKU DAH PROMOTE CERITA KIDDO KORANG!

Friday, June 24, 2011

Sebak

today i wanna share with you guyz about my feeling. Arini aku rasa sebak sangat!
you know why?its because my parents left my little bro and I for vacation.huhuhu..bukan sedih sebab kena tinggal ke apa ke but sedih sebab tgk adik kecik aku sorg ni.
Dia tabah sangat arini. Biasa la anak bongsu kn...so mmg manja sikit. tapi harini dia nangis lain sikit.memang membuatkan aku sekali nak nangis.
aku punya sebak sampai rsa kerongkong aku ni kering tw.
Dia mmg berhati lembut. Jenis nak jaga hati semua orang sampai pagi tadi waktu nak hantar mama and ayah dia tahan je air mata dia tu.dia tak nak nagis depan mama and ayah sebab mama sebelum ni cakap cm ni nak pujuk dia.mama cakap
"amzar nanti mama nak p dekat kak long, adik jangan la nagis..mama bukan p mana pun.mama p dekat kak long ja.kalau adik nangis mama x seronok la."
So sebab kata-kata mama ni la dia janji tak nak nangis.Pagi tadi waktu nak mandi sebelum hantar mama and ayah dia nangis dalam tandas sebenarnya tapi dia akan berlakon je macam tak ada apa-apa depan mama and ayah.tabah kn??
Lagi satu waktu nk hantar dekat airport tu. Dia tak nangis langsung sampai la my parents masuk and tak nampak di mata.Then terus nangis teresak-esak. Bila mama aku kol, dia tak nak cakap dengan mama.[sebab dia janji tak nak nangis depan mama]
bila dia ok, baru dia cakap dengan mama.Tabahkan?
Tapi bila dia nangis tu..mmg aku tak tahan la..tapi tak kan la aku nak nagis lak kn..
tadi waktu dinner dia tak sengaja jatuhkan pinggan dia. Waktu tu baru je nak jamah.dia nak duduk bawah dengan aku.tapi tah macam mana tah terjatuh.cian giler...nangis giler2 dia tadi. Aku paham dia nangis sebab apa...dia nangis sebab windu...tapi ok la..aku berjaya tenangkan dia...and he ate very well tadi.So sekarang both of us dalam bilik tido mama and ayah coz dia cakap dia windu...
p/s:to mama and ayah.we miss both of you.

Thursday, June 23, 2011

Ustaz Ash:5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

p/s:ini juga di ambil dari lappy saye...Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Wednesday, June 22, 2011

Ustaz Ash:AD-DAULAH ISLAMIAH




Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman inilah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.



Firman Allah Taala:

"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata."

(Al-Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka."

(Maksud Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat).


Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

p/s:Mr.ash,"This tazkirah I just take it form my lappy. I get it when I join the Jemaah and now it has be years ago when i move out from jemaah. Its does't meant I hate jemaah, it just I fill comfort to move alone for our beloved Islam and still move on forever for Islam. So I take this way to establish all the artical that i think good to share with my brothers and sisters. "

Tuesday, June 21, 2011

Ana Lu'Lu



haa....kali ni i nak bagi komen tentang Ana Lu'lu lak..hihi..kalau sebelum ni i mention that i watch Stanza Cinta coz of heroin but for Ana Lu'lu lak lain... [ish..aku ni dah macam cik epal dah, asyik komen drama TV je..huhuhu]


tadi aku baru je tengok cerita Ana Lu'lu tu but mcm pelik la..mcm childish la sikit[sikit ke..byk k] but then boleh la..aku tengok pun bukan sebab heroin[x suke heroin dia sebab dah kawen..so chance aku dh terlepas..hahahaha..lawak je k.walau apa punnora danish yang dah menjanda tu tapi still cute mcm dulu].


aku suka tengok Ana Lu'lu ni sebab ayat2 bapak hero tu..gempak dowh...for example..
mak dia nak anak laki dia kawen dengan sofia

si mak:'you..knp anak kita tak nak kawen si sofia tu?apa kurangnya dia?cantik,pandai berkaliber'[baca dengan gaya gedix taw]

si bapak:'mmg la cantik..tapi you tengok la..kalau pakaian pun 'kurang', perangai ape tah lagi..'
hahahahaha.ayat ni mmg aku suke..hihhi..so gurls out there jgn pakai 'hot-hot' k, i just tak nak you akan 'hot' di akhirat kelak..

ada lagi satu word yg aku suke scene bila si sofia tu makan malam dengan diorg. Sebagai tetamu yg lepak umah org lama-lama,

si bapak tnya:'sofia hari ini nak tido sini ke?'

hahaha..pedas kan..hahaha...so before i end here, i have come out with some idea kalau korang tak cukup makanan dekat rumah tapi tetamu sampai.korang pun tak nak tambah la makannan sebab ada hadith nabi kata suruh jamu je apa yang ada dekat rumah sebab pastinya akan cukup[hadith ni sahih yer..kalau nak taw ingatkan saya untuk letakkan dalam entry khas]


apa pun kita sebagai tuan rumah kena la raikan mereka kan. So waktu dah letak makanan dekat meja makan tu, waktu nak mempersilakan tetamu tu..guna ayat ini..

'jemput-jemput la makan, biar anak-anak saya tak makan pun tak pe'

or

'jemput-jemput la makan,biar saya mati tak makan pun tak pe lagi'

or

'jemput-jemput la makan, buar la macam dekat umah orang'

hahahahaha

p/s: tiada warranty untuk pengguna tips ini yer..hihihi

Monday, June 20, 2011

Prof Ash nak jual unta

Suatu hari Prof Ash ke lading untanya. Da bercadang nak menjual 11 ekor untanya lalu dia membawa unta-untaya menaiki trailer khas yang berair-con dan amat panjang bagi memastikan unta-unta kesayangannya dalam keadaan baik agar dia dapat menjualnya dengan harga yang mahal. Nak di jadikan cerita, laluan ke tempat menjual unta tersebut amat sempet dan tidak muat untuk di lalui oleh trailernya. Jadi Prof Ash membuat keputusan nekad untuk menungangi unta-untanya ke tempat tersebut.


Sebelum naik seperti biasa dia mengira unta-untanya,


Prof Ash: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11. 11 semuanya.Cukup!


Prof pun naik ke atas salah seekor untanya. Apabila dia naik, dia pun mengira semula.


Prof Ash: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Aik??!!kenapa kurang seekor?kenapa tinggal sepuluh je?


Lalu dia pun turun semula dan mula mengira,


Prof Ash:1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11. Eh..11 pulak?hmm..


Dia pun naik semula ke atas untanya dan kira semula.


Prof Ash:1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Aik!!! 10 pulak?Ni tak boleh jadi ni.baik aku jalan je.kalau aku naik aku rugi.unta aku jadi sikit.hihi [gembira dengan kepandaiannnya]


Lalu dia pun turun semula dan mengira unta-untanya. Lalu menjadi 11.


Prof Ash: Ish tak leh jadi ni.kalau aku naik, unta aku jadi sikit. Kalau aku jalan, unta aku jadi banyak. Bleh la aku dapat untung lebih. hihihi [ketawa gembira dengan “kepandaiannya”]

Sunday, June 19, 2011

Stanza Cinta



Just now i layan drama baru TV3 , Stanza Cinta. my 1st impression xla gempak sangat coz ada lakonan yg still for me di kelaskan sebagai keras. But then i love to watch it coz of pelakon utama dia je.aku suka tengok Aaron Aziz.Wait2!! Jgn salah anggap k. Aku bukan gay. Just aku suka tengok the way dia dress and lakonan je. Aku tengok dia dressing simple je and lakonan dia ok la. Not bad. Tapi sbb utama aku tgk cita ni sebab awek dia la [mood:gatal]. Aku 1st tgk iklan trus tertarik. Giler comel. Cute giler bertudung bawal. Aku pun heran la kenapa la aku suke tengok perempuan bertudung bawal. Padahal dh outdated la kata org kn. Tapi serius what ever it is cantik bila bertudung macam tu. I like.hihihi.

p/s:Berat aku tak turun2.tensen!!bila nak taf mcm Aaron Aziz ni. sekarang dah fasa 2nd last plan of diet[olahan plan diet ini mengikut nasihat cik cielah:pagi mkn roti 2 keping or oat, lunch nasi sesenduk, dinner sup sayur or roti 2 keping]

Saturday, June 18, 2011

Apabila Prof Ash jual rumahnya

Suatu hari Prof Ash ingin menjual rumahnya yang amat vogue ala umah-umah modern korea[sori la yer mr.ash ni poyo korea skit..hihihi]
then there is one couple muda yang kaya datang nak beli umah Prof Ash

Couple Muda: Salam Prof. Kami ingat nak beli umah prof ni. Berapa harga agaknya?

Prof :Wassalam.masuk-masuk..masuk tengok-tengok dulu...

setelah pusing melihat rumah Prof Ash yang hendak dijual tu terang bersuluh lagi jelas dan nyata. Mmg vogue!!

Couple Muda:Berapa harga prof nak letak?

Prof:Saya ingat nak jual dalam RM1 juta je fully furnished.


Couple Muda: Ya Allah murahnya. Awat murah sangat?![terkeluar pun lghat kedah yang di cover sebentar tadi]

Prof:Saya x fikirkan keuntungan. I just wanna let it go je.[muka welfare je mcm org baik]

Couple Muda: Saya berminat nak beli. Esk saya datang dengan banker and my lawyer ya.

Prof: Kejap2. Saya berniat nak jual rumah ni tapi saya tak berniat nak jual paku dekat dapur tu [sambil menunjukkan paku-paku di dapur].Jadi bila dah jual kepada awak, saya nk datang tiap2 hari just nak tengok paku-paku saya tu je.


Tergaru-garu kepala Couple Muda tersebut. Bila mereka berbincang mereka bersetuju setelah si isteri muda berkata "Ala bang biar je la paku tu. Dia nak datang tengok paku je pun. Kalau cabut paku tu mmg roboh la dapur cantik tu. Saya tak kira bang. Saya nak gak rumah ni".


Jadi mereka pun bersetuju. Setelah menjual rumah tersebut. Selang 2 3 hari prof datang. Dia datang nak tengok paku dia tapi dia datang pada pukul 1 yang mana couple muda nak makan tengah hari. Jadi mereka pun mengajak prof makan sekali. Selang 2 3 hari lepas tu prof datang lagi tapi kali ini pada sebelah petang sewaktu couple muda nak minum petang. Jadi mereka pun mengajak prof minum petang sekali bersama mereka.

Setelah 2 bulan berlalu dan Prof Ash sentiasa berkunjung ke rumah mereka waktu time makan. Jadi si isteri pun mengeluh...

si isteri muda:"Bang, kenapa prof selalu datang waktu time kita nak makan?"

si suami muda:"sbb tu helah dia tak nak buang paku sebab dia nak makan free!!

p/s:selamat beramal..hihihi...gambar2 di atas is my rumah idaman.hope i can have it before i get married.


Friday, June 17, 2011

Prof Ash bercerita

Satu hari ada seorang tua yang kaya raya panggil semua isteri dan anak-anak dia serta cucu cicit dia.

orang tua:"aku nak pesan dekat hampa semua ni[orang ni orang kedah]. Besok aku mati hampa jangan kapan kan aku dengan kain baru.aku tak mau!"

anak-anak:"habih pak nak kami kapan guna kain apa?"

orang tua:"aku nak hampa kapan aku guna kain cadar selimut aku"[selimut cadar dia warna putih barang kali]

anak-anak:"sebab apa pak?"

orang tua:"sebab besok kalau malaikat mungkar nakir mai dekat aku besok. dia x tanya soalan dah, sebab apa...dia tengok kain hat balut aku tu buruk. satgi malaikat kata hat ni dah tnya dah.aku tengok kain dia buruk semacam ja."

p/s:Jangan jadi mcm orang tua ni yer.cerita ini sekadar rekaan semata-mata yang di ambil terus dari kuliah tuan Guru Dato' Syeikh Abd Hamid Thoher.beliau menceritakan sebagai jenaka untuk menceria kan majlis serta untuk memberi analogi mudah.Ingatlah malaikat tau tugas dia. Dia makhluk yang patuh. Jadi tak payah la pikir cetek sangat mcm orang tua dekat atas tu yer.

Wednesday, June 15, 2011

PENGUNGUMAN

saya memohan maaf atas kelewatn cerita siri liku-liku latihan industri ku atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.harap bersabar ya sebab cerita siri itu akan di update secepat mungkin.TERIMA KASIH.

Tuesday, June 14, 2011

My Korean's name is Park Je Gun.What about u?

I tengah bosan giler dekat Kastam Industri ni and tadi i got a breaking news that Putrajaya bergegar from Cik Farel.Tak taw la apa yang dah jadi. Kalau nak taw, tnya la cik farel yer.hihi...
so now i wanna share with you guyz with this interesting stuff.hahaha...i got my korean's name bro...hihihi...Park Je Gun. You wanna it to?Look at this...


Nama family you all ambil dari angka terakhir Tahun Kelahiran
- 0: Park
- 1: Kim
- 2: Shin
- 3: Choi
- 4: Song
- 5: Kang
- 6: Han
- 7: Lee
- 8: Sung
- 9: Jung

Nama tengah, diambil dari Bulan Kelahiran
- 1: Yong
- 2: Ji
- 3: Je
- 4: Hye
- 5: Dong
- 6: Sang
- 7: Ha
- 8: Hyo
- 9: Soo
- 10: Eun
- 11: Hyun
- 12: Rae
Your name (maksudnya panggilan), diambil dari Tarikh Lahir
- 1: Hwa
- 2: Woo
- 3: Joon
- 4: Hee
- 5: Kyo
- 6: Kyung
- 7: Wook
- 8: Jin
- 9: Jae
- 10: Hoon
- 11: Ra
- 12: Bin
- 13: Sun
- 14: Ri
- 15: Soo
- 16: Rim
- 17: Ah
- 18: Ae
- 19: Neul
- 20: Mun
- 21: In
- 22: Mi
- 23: Ki
- 24: Sang
- 25: Byung
- 26: Seok
- 27: Gun
- 28: Yoo
- 29: Sup
- 30: Won
- 31: Sub

so coz i bornon 27 March 1990, bererti nama korea I adalah Park Je Gun! Hihihi... Kok aneh ya? Tapi gapapa lah... Nah, so whats your korean name?

Monday, June 13, 2011

WASIAT IMAM SYAFI’E

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi’e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata

2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )

13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26.Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas

Sunday, June 12, 2011

Romantik kn?

Recently I tgk cerita mcm dokumentari gak la dekat KBS World. Kalau tak silap rancangan Backpack Travel. Cerita tu mengisahkan sepasangan suami isteri dalam lingkungn 50-an yang pergi honey moon sponsored by KBS world. Diorang terpilih disebabkan pasangan ini hidup bahagia walaupun miskin dan si suami kehilangan satu kaki sewaktu jadi askar dahulu.But still his wife loyal ngn dia.There are 2 scene yang menarik,

1.diorang dapat bercuti di Venice. Waktu di Venice, his wife nak sangat satu necklace[naeclace yang kayu2 tu..murah je] but he refuse coz he wanna bring his wife naik gondol
a. Naik gondola pun bermasam muka. Suddenly si suami gave a bungkusan dekat bini dia berisi necklace yg bini dia nak
sangat. Romantik kn?

2.Si lelaki tu nak sangat naik Gunung Alps. Dia nak naik dengan sendiri tanpa bantuan isteri dia sebab selama ini bini dia la yang jadi kaki kanan dia. Then he manage naik sendiri di iringi bini dia yang nanges terharu. Bila di atas puncak, dia bawak suma surat-surat cinta and surat-surat rindu waktu dia ada di persempadanan dulu and tanam sama-sama sebagai bukti cinta diorg dekat atas gunung tu yang bersalji tebal tu.romantik kan?

Pernah anda buat mcm ni?simple je kan?beli apa yang buah hati anda mahu kan and kalau nak buang surat2 cinta korang tu tanam je dalam tanah sebagai bukti cinta[hakikatnya nak buang dh..hihhi]

Actually romantik suatu perkataan yang menunjukkan sifat dan perbuatan yang mana perilakunya tak kira lelaki ke perempuan ke yang selalu dikaitkan dengan percintaan. For me berromantik ni tak salah pun and tiada had umur. However from my observation banyak di kalangan perempuan khususnya yang dah jadi wife orang out there yang merungut laki diorg ni tak romantik.

situasi 1
sebelum kawen
"sayang i cintakan you sgt2.i sanggup meredah lautan api semata-mata untuk you sayang"[lautan api?neraka la tu..bodoh tol neraka pun korang nak redah masuk ke]

lepas kawen,
"i sayang you"[cakap dengan gaya tak ikhlas]


situasi 2
sebelum kawen
"you sejuk ka?nah amik kot i ni.u ok xni?meh sini i peluk"

lepas kawen
bini,"ayahnyer..nak peluk..sejuk la"

suami" mamanya, u nak i buang tabiat ka?nanti apa orang kata.malu sangat eh.nanti orang kata kita ni orang tua gatai ".

yang perempuan pun sama ja.bila laki nak romantik mula la nak kata laki buang tabiat la.gatai la.ada bini lain la.sebenarnya semua ni terjadi sebab laki dan perempuan memiliki bahasa yang berbeza. Cakap lain tapi bermaksud yang lain. So you guyz kalau nak lebih tahu boleh la tengok buku 'men are from mars, women are from venus'.

Here i wanna share someting yang i rasa you all should do tak kira la dah kawen ke belum ke. Bukan sebab I buat mcm ni tapi benda ni basic untuk menjadikan diri anda tergolong dalam golongn romantik. When you try this, the most important thing is keikhlasan anda. What ever you do kalau ikhlas orang akan nampak gak akhirnya.

1.dengar
Nak handle orang perempuan ni mudah je. Anda perlu jadi pendengar yang baik. Mendengar bukannya susah pun. Tak kira la diorang luahkan perasaan ke marah ke..dengar je. Sebab orang perempuan ni diorang jenis mesti luahkan. Diorang xleh pendamkan coz this against their nature.Bila kita jadi pendengar yang baik rsa dihargai dan diberi perhatian. Jangan terlalu memberi nasihat sebab mereka kadang-kala bukan nak sangat nasihat kiat, they just nak lauhkan je~~

2.hargai mereka
Hargai mereka ni bukan bermaksud kena beli hadiah ke ape ke...just in term of showing them how much you appreciate them and what they done. Just say TQ or kalau salah just say sorry tapi dengan syarat perlulah ikhlas.

3.angkat barang
Ni lagi satu yang tak semua laki buat.kalau yang buat tu mostly yang belum kawen[tu pun sebab nak mengorat..hampeh tol] iaitu angkat barang and ikut diorg where ever they go. bila dah kawen bag je suma perempuan angkat. hello!!!gentelmen la..angkat la.xkan sebab dah kawen terus tak angkat.move your muscle.Kalau p shoping angkat la barang diorg jangan bagi diorg angkat benda berat-berat. Lagi satu ikut je diorg p shoping. Bukan susah pun. Ikut je. Kalau kedai tu sedia kerus, duduk la. Kalau diorg mintak pendapat, bagi dengan penuh hikmah dan bernas coz at that time they realy need you to make a right descision.

5.ingat hari-hari penting.
Ini memang melanggari sifat lelaki. Kebanyakkan org lelaki ni susah sangat nak ingat tarikh-tarikh penting. So the best solution is save reminder dalam handphone. handphone sekarang kan canggih. Then pada hari-hari penting ni bagi la hadiah. Tak perlu mahal just sebagai tanda ingatan dan menghargai kehadiran diorg dalamhidup anda.Card ke, bwk kuar makan berdua dekat kedai mamak ke...bagi la apa2 pun coz for women this is the greatest moment yang diorg tunggu sebagai bukti kita yang laki ni sayang diorg.

6.share everything with them
Ni lagi satu yg laki susah sangat nak bg taw. Most lelaki lebih suka bersendirian bila ada prob. Diorg x suka bg tw.bila kita x bg tw mula la perempuan ni risaw. Risaw kita tak sayang diorang la, risw kita ada big prob la...so the best is share sikit. Kalau tak nak pun, bg tw yang you all oke and you all syg diorang. I noe coz im man too.so bg tw elok2 dekat diorg yg u all need time.

so hafal betul2 petua yang i gave u..6 cara je.try la.
tak perlu pun buat mcm video dekat bawah ni.ni gempak sangat.[tapi aku nak buat mcm ni bila aku na lamar bini aku nanti..hihihi]



org kata,"if you have love, you can derive love from a flower or even from grass"

so bila sebut je bunga-bunga ni, I add up my entry with erti bunga rose.mane la nak taw kan ada di antara you all yang nak bg bunga kepada yang tersayang kn.


kata orang "Kalau mulut tak bisa berbicara, biarkan saja bun
ga yang lakukan"


hihihi...here are the meaning [i just took it from mr.google]

Tapi pastikan si dia tak alah pada bunga dulu yek~~~

MERAH
Ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan.



PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan sec
ret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. hahahaha



KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi.



PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.




ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~



LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.


BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.



Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.


BUNGA ROS KAT KEK?
Aku paling suka bunga ros ni. Makan pun kenyang. Tak bazir duit. Ngeh...Ngeh..Ngeh...



Jangan beri bunga ros selalu atau murah dengan bunga ros. Beri pada hari-hari yang istimewa atau yang penting sebab keistimewaan bunga ros tu akan hilang kalau diberi selalu.



p/s:kalau aku bagi je suma warna.sejambak tu semua serba satu.hahahaha sebab suma makna dia cintan-cintan je~

생일 축하 어머니 [Happy Birthday Mom]

Happy Birthday Mama
I’m here
You’re there
One of us is in the wrong place
I miss you Mom
Mom, your birthday means so much to me,
To have you in my life another year
The time i spend enfolded in your love,
Each day
I cherish the very special bond we have
You lift my spirit in so many ways
I celebrate your life; I honor you,
And send to you my love and care and praise
Dear Mother I love you and want you to know
I think of you often whenever i go,
You lift me up; you’re like walking sunshine;
I am lucky to have a great mother like mine
It’s your birthday, Mom
So I will raise a cheer.
Without you, my special, loving mom, I would not be here
I always think about you,
In times both good and bad,
For the things you taught are with me
In happy times and sad
Please, Allah, protect my mother,
And keep her safe from harm,
For she is a cherished person
With great wisdom, love and charm
Allah, it’s my mother’s birthday,
So please, help her to see
How much she means to us
Her loving family
That’s why I send this birthday wish

That all your dreams come true;
May your life be filled with happiness,
Because, mom, I love you!
Each year I’m extra happy on your birthday!
Your day remainds me of Allah’s gift to me~~
A mom who gave her all to raise me right,
A mother like the one i want to be with
I’m sorry that I’m not perfect
I’m sorry for the tears that you cried
I’m sorry for the pain I caused
I guess I’m still happy that you are my mom

I find myself wondering,
Did I give you your due...
For all that you’ve done for me
Did I ever thank you?
For all of my childhood memories
For helping me deal with life’s stresses
For helping me accept my defeats
And celebrate my successes?
Or for teaching me to value of hard work,
Good judgement, courage and being true
The laughter, smiles and quiet
Times we’ve shared
Did i ever thank you?
If i have forgotten, I’m thanking you now
You taught me right from wrong...
I hope you know how much you’re loved and appreciated
I hope you, instinctively, know all along.
Thank you for everything
We love you, mom...
Happy Birthday!





Thursday, June 9, 2011

TUDUNG


This time I wanna talk about tudung coz tadi I baru je lepas ikut mama going out for window shoping usha-usha tudung around SP.Our 1st kedai yang kami terjah tu, aku terkejut orang!u guyz tw sbb pe?sebab I saw kelawar!!banyak!!!hitam-hitam lak tu!!tergantung dalam kedai tudung tu!!rsa nak lari pun ada(bukan bermaksud geli tapi sbb kelawar tu kotor k..aku geli serangga je..hahaha)

When I tengok betul-betul baru la I tw yang benda tu adalah sanggul buatan rupanya.kadang-kadang I rasa hairan tw.Why perempuan ni nak ada sanggul fake? sbb nak nampak mcm diorg ada rambut panjg?for me as a men, kami tak kisah pun korang rambut panjang ke pendek ke[tak taw la kot ada yang kisah..tapi aku tak kisah pun]

i lebih suka perempuan yang pakai tudung plane je.macam maria elena ni ha...bawal biase je..cun kn?hihi

tak payah nak berfake-fake ni..kalau unta tgk pun dia hairan tw.


Setakat yang saya taw la, berdosa taw buat sa

nggul fake mcm tu.HARAM!

Rasulullah SAW bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” Hadith riwayat Muslim.

for me there is no wrong untuk berfesyen as long as tak langgar syariat.jangan la pakai macam datin-datin [tudung jambul] and berbonggol tu.sebab di larang oleh Islam.

now a day macam-macam jenis tudung yang u guyz bleh pilih...

mcm ni ke..

ni fesyen cik cielah & cik farel...hik3


ni fesyen kak kepada achik...nak taw kena tnya tuan empunya badan la yer..


cian bulu burung tu..

Byk kn..?so pilih la..jgn bonggol unta cukup la..tak dinafikan kadang2 nampak elok..tapi dh di tegah..jgn la buat kn..yang fesyen ni lak..kdg2 ni org perempuan ni diorg nak je ikut tren..mcm hana tajima la..maria elena la..fatin liyana la..tapi 4 ur info..kdg2 x semua tudng tu sesuai ngn org..kena tgk la bentuk muka korg…jgn pakai redah je..lagi satu kena la ikut keadaan ..ni ada lak yang naik moto tapi pkai mcm Maria Elena..pastu x pakai helmet..mmg terbang la kain kelumbung assosori tu..


so pilih yang sesuai ngn bentuk muka dan keadaan.kalau susah2..mintak la tlg bf korg ke adik laki ke untuk bg komen..4 me la..laki taw nk bg komen utk pakaian perempuan while perempuan tw nk bagi komen apa yang laki pakai[sebab opposite gender yang akan tgk kn apa yang korg pakai].

Then, we went to ARIANI..pergghh..gerun gak la..aku gatal kulit sikit masuk temapt mahal2 ni..tapi bila di kira balik x mahal sagt la..dengan syarat beli byk2.sebab kalau 1 jenis tu..kalau beli 1 harga dia 69 ringgit..tapi kalau beli 4 harga dia 100..so satu tudung tu jatuh harga dia jadi RM 25 ringgit je.so x la gatal sangat sebenarnya..kalau nak, beli je tudung ARIANI tu...tapi bwk la sepupu sepapat korg g beli sekali..hihihi…[bukan nak promote tw..terma dan syarat dia lagi waktu promo dia je]

p/s:rupanya aku gatal kulit yang lain...hihihi...awek-awek pekerja ARIANI tu cun-cun…hihihi...so esk nk p lagi la..lalalalala.for maria elena,fatin liyana,hana tajima sowi coz i take ur pic dekat google..just untuk tauladan and kebaikan.

mcm menarik je ni..tekan la..