Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, May 31, 2011

Astaghfirullahal'azim..


tika ku karang sajak ini,
aku terkenangkan jutaan dosa telah ku lakukan,
tak kira besar mahupun kecil,
telah ku zahirkan sejak ku kerdil.

aku bukanlah seorang hamba yg baik.
tidak,tidak.tidak sama sekali,


walau begitu,
Ya Rabbi tidak pernah mengahalang rezekiku,
baik susah mahupun senang,

Ya Rabbi tidak pernah membenciku,
begitu juga hamba-hambanya.
Sememangnya Kau lah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Ya Rabbi sentiasa bersamaku,
walaupun dosa-dosaku sgt tak terkira,
aku malu ya rabbi,
sesungguhnya malu,
malu.

aku malu mengenang dosa-dosa lampau,
malu pada yg Esa

Kerna malu ini

sepi menemani hatiku,
Kehampaan hati yang dalam ini
menghadirkan kekosongan jiwa

Jiwa-jiwa yang remuk oleh dosa
jiwa yang tak pernah cuba mencari citai mu

Jiwa ini yang hanya tahu mencari cinta manusia

Jiwa yang alpa dengan perintah mu

Jiwa ini yang sentiasa dinoda fitnah dunia

Esok mungkinkah ku ada
Harini mungkinkah ku bisa
Merayu meminta
Belasan kasih Yang Kuasa

Rintihku akan kah di Dengar
Ampun ku akan diterima
Dosaku akankah terulangi
Nasuha ku ku harap kau ada



Astaghfirullahal'azim..
Aku mohon keampunan-MU ya Allah,
Atas dosa yang atasnya dosa lagi,
Di atasnya dosa lagi,
dan dosa lagi..

Ia menimbun-nimbun,
bertindan-tindan,
Tindih menindih,
Hingga hati rintih merintih,
basah dengan air mata..

Astaghfirullahal'azim..
Setelah beristighfar,
kembali lagi
mengulangi dosa-dosa..

Astaghfirullahal'azim..
Tuhanku,
betapa lemah hamba-MU
Selepas memohon ampunan,
ia lupa lagi,
selepas menangisi dosa-dosa,
Ia kembali berdosa..

Ya Allah,
betapa besar dosa yang kubentangkan
di hadapanmu,
Nyata..
rupa-rupanya,
Rahmat, ampunan, dan kasih sayangMU
Jauh lebih besar dan luas tanpa sempadan
melebihi dosa-dosaku..
SubhanAllah..

p/s:
hasil nukilan yang di campur2 oleh mr.ash dari En.google

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..