Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, October 9, 2012

Ustaz Ash: Warisan Ibrahim bin Adham


Assalamualaikum.Lama kita tak bersuakan. Al-maklum lah agak sibuk sejak dua menjak ini. InsyAllah perkongsian akan sentiasa dkongsi. Agar mulut sentiasa basah dengan kalimahnya dan hati sentiasa dipaut pada jalanNya. Amin. Kali ini ana nak berkongsi wasiat yang diwariskan kepada Ibrahim bin Adham. Siapakah Ibrahim bin Adham ini?xpe .InsyAllah ana akan berkongsi pada entry yang akan datang.

Kisahnya mermula apabila beliau di lawati wakil guru tariqat

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya." 
p/s: Semoga menjadi pedoman bersama.

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..