Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Monday, October 22, 2012

Ustaz Ash: 10 perkara yang boleh mematikan hati

Kali ini Ustaz Ash nak berkongsi 10 perkara yang boleh mematikan hati. Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni oleh orang ramai. Ada di antaranya yang bertanya, "Ya Aba Ishak! (Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham) Mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara"

     
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
   tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
   syukurnya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
   menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
   lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  
    jadikan pelajaran bagi mereka.

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..