Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah
petunjuk-petunjuk ini :
Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan
kegembiraan
dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali
kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah
dirimu
tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan
menurut
ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam
perkara
itu pasti tidak baik dan tercela.
Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula
banyak
menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain.
Jikalau
engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak
tenang
duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.
Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu
selalu teratur
dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu,
tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa
meminta orang
lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan,
maka
diamlah secepat mungkin.
Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri,
anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau
anggap
suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau
dianggap
manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu.
Jauhkanlah
sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan
sesekali
berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke
belakang.
Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
ucapkanlah isi hatimu dengan baik.
terima kasih!
ReplyDeletesaya suka blog ni, saya suka kategori ustaz Ash dan saya suka entri ni. Teruskan menulis !
InsyAllah saya akan terus menulis demi kebaikan semua.
Delete