Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, October 9, 2012

Prof Ash: Oh My English!




Seperti mana Mr.Ash bagi tahu dalam entry dia yang lalu(entry). Prof ash kali ini nak berkongsi dengan semua berhubung pengusaaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak melayu. Yes! Memang tidak dapat dinafikan sekiranya sesebuah bangsa itu tidak mengagungkan dan memartabatkan bahasa ibunda sendiri siapa lagi yang nak agungkan bahasanya. Malah ada yang beranggapan seumpama maruah serta jati diri sesebuah bangsa itu hilang. Prof juga bersetuju dengan pandangan seperti ini. Walaubagaimanapun jika dilihat dari suasana global masa kini sebenarnya amat memerlukan kita menguasai bahasa asing khususnya Bahsa Inggeris bagi memajukan dan memastikan survival bangsa dalam kancah krisis ekonomi dunia sekarang. Kita tidak boleh hanya bangga dengan bahasa ibunda yang pernah menjadi lingua franca  tetapi dalam masa yang sama bangsa kita mundur ke belakang. Mana mungkin bahasa sesuatu bangsa dapat menjadi bahasa antarabangsa jika bangsa itu mundur. Lihat sahaja sejarah peradaban melayu, bahsa ibunda kita menjadi bahasa lingua franca kerna ilmu dan ekonomi perdagangan kita kuasai. Jika dilihat pada bangsa-bangsa lain dalam dunia ini. Bangsa jepun dan korea, mereka agungkan bahasa mereka setelah ilmu penuh di dada bangsa mereka. Bangsa arab(setelah kedatangan Islam) juga begitu. Peradaban mereka berjaya mengekalkan kedaulatan lebih ratusan tahun lamanya bermulakan penguasaan bahasa lingua franca pada ketika itu. Sehinggakan setelah bangsa arab(umat islam) maju, raja eropah yang ingin mengutuskan surat menulisnya dalam bahasa arab.

Maka kita sebagai bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang cintakan bahasa dan bangsanya serta ingin mengembalikan bahsa ibunda kita menjadi bahsa lingua franca perlu pada penguasaan ilmu-ilmu lain terlebih dahulu. Persoalannnya sekarang bagaimana kita hendak menguasainya sedangkan ilmu-ilmu tersebut berada pada dada-dada bangsa lain seperti bangsa eropah dan bangsa matahari terbit. Tak lain tak bukan kita perlu menguasai bahasa mereka terlebih dahulu. Oleh sebab itu, Kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ada harini telah melakukan pelbagai dasar seperti PPSMI(telah di bubarkan), seminar skor A, plan transformasi pendidikan negara dan sebagainya. 



Persoalannya, kenapa penguasaan bahasa inggeris masih menghampakan?Adakah dasar atau pengajaran bahasa ingeris disekolah tidak berkesan?Adakan cikgu tidak cukup berdedikasi dan berkaliber? Pada pandangan prof pengajaran bahasa inggeris di sekolah berkesan. Cuma tidak mencukupi jika sehari kita hanya memperuntukkan 2 atau 3 jam sehari. Bagi menguasai sesuatu bahasa, individu terbabit perlu pada latihan kendiri ataupun mengunakan bahasa dengan meluas serta banyak  membaca buku-buku bahsa terbabit. Dengan erti kata lain dengan membudayakan gaya hidup cemerlang iaitu mewujudkan suasana bahasa tersebut. Seperti masyarakat cina dan india, mereka dapat menguasai bahasa inggeris kerana mereka mewujudkan suasana bahasa inggeris itu di rumah. Malah mereka tidak segan silu bertutur walaupun salah.

Oleh yang demikian faktor suasana atau environment lah yang paling memainkan peranan penting. Bagi mewujudkan suasana ini, guru dan ibubapa perlu memainkan peranan.Di sekolah, suasana berbahasa ini perlu wujud seperti menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa perhimpunan mingguan, bahasa pengunguman(boleh dibuat dwibahasa) dan sebagainya. manakala di rumah ibubapa perlu bertutur dalam bahasa inggeris walaupun bahasa inngeris yang dituturkan itu salah dari segi grammar dan sebagainya. Ini akan membantu anak-anak untuk tidak segan silu bertutur dalam bahasa inngeris selain menjadi medan latihan untuk berbahasa. 

p/s: Jadi bagi sesiapa yang masih belum mendapakan gambaran bagaimana suasana menjadi pendorong berbahasa inggeris, anda bolehlah mengikuti cerita TV Oh My English!. Dari situ anda dapat lihat, suasana berbahasa inggeris yang diwujudkan. Prof percaya juga kita membudayakan berbahasa ini, pastinya kita akan dapat lihat perubahan dan akan lebih ramai anak melayu khasnya akan dapat berbahasa inggeris dengan baik tak kira dari segi pertuturan mahupun penulisan. Terima kasih.





No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..