Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Monday, May 30, 2011

ustaz ash berkongsi lg


selalu kita dengar tentang berita HURU HARA PADA 15 RAMADHAN........ 03hb
Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat ) siap ada yang suruh tengok kalender lagi...mesti penah dengar ataw lihat serta dengar tentang perkara ini kn...?

ayat nya lebih kurang ini la:
"1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari
Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama
dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada
tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.
Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara
yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara
tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang
tinggal hanya 1/3 shj. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis
Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan
Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya:
"Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di
pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang
membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para
gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak
gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah
kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah
lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika
kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah
dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami
Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi
barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)"


perkara ini dh jadi berleluasa.jadi untuk penjelasan tgk la sisipan video yang sempat saya kongsikan.untuk pengetahuan suma, sejak saya tingkatan satu lagi saya dah dengar tentang perkara ini.jadi kalau orang tnya saya.."ustaz ash, betul ke perkara ini?bleh percaya ke?"

saya akan jawab,"saya tak percaya.xbetul pun."

sebab-sebabnya seperti berikut:

1.dari mana diorng tilik nasib ni?siap bleh taw tarikh lagi...nabi pun tak bagi taw tarikh.

2.perkara ini setiap tahun ada.yang membezakannnya tarikh dia.so x kan la hadith nabi di keluar kan setiap tahun sedangkan nabi dah wafat.ke publisher yang tukar2.ni dah jadi nabi palsu ni.silap hari bulan ada pulak rasul melayu.

3.tak sertakan sanadnya.memo ni tak bagi taw pun sanadnya.mcm mana nak percaya sebab kekuatan hadith tu dilihat pada sanadnya.kalu x kuat maka hadith ni tak sahih.

jadi saudara saudari sekalian.

sebelum kita nak ambil perkara itu,selidik dulu.dari mana datangnya hebahan atau ilmu tersebut.kalu sekadar dari internet,jangan percaya 100%.pergi lah berguru.menuntut ilmu tiada guru itu berguru dengan setan namanya.bleh jadi sesat.jadi ambil ilmu tu dari ustaz2 dan ulama2 yang ahli tentang ilmu hadith ini.sememangnya banyak hadith2 yang maudu' iaitu hadith rekaan bertujuan mengagung2 seseorg(seperti org2 syiah yang membuat hadith untuk mengagung2kan saidina Ali) dan bertujuan untuk kebaikan(iaitu mengajak orang melakukan perkara baik).walaupun perkara ini baik tapi tetap tidak boleh diguna pakai.jangan jadi seperti robin hood yang mencuri lalu menyedekahkan harta itu kepada org miskin.


3 comments:

  1. subhanallah....sama-sama kita berfikir..ya Allah..dunia semakin ke hujung waktunya

    ReplyDelete
  2. sememangnya.tapi kenyataan tu salah.hadith maudu', hadith palsu.jadi selidik dulu yer apa yang kita baca.:-)

    ReplyDelete
  3. wah~~ tenkiu ustaz ash~~ i like!!

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..