Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, April 30, 2013

Mr.Ash: My 1st album


Is this real?My 1st album?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Oh!
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Asli...bukan Ash

-







Monday, April 29, 2013

Mr.Ash:Tahniah SPRUMT

I has been a year I left UMT ...so bermaksud sudah hampir setahun aku meninggalkan Sekretariat Pencegahan Rasuah UMT(SPRUMT). Rindu rasanya untuk buat program..hahaha..apa pun yang pasti entry yang saya tulis ni khas utk kepimpinan SPRUMT sesi 2012/2013 kerana telah berjaya melaksanakan Konvensyen Integriti dan Anti- Rasuah Kebangsaan KIARA 2013 dengan jayanya. Ini bermaksud SPRUMT telah mempunyai rekod 3 event kebangsaan sepanjang penubuhannya. Iaitu KIARA 2010(ilham presiden waktu itu iaitu Kak Hajar), Kempen Anti Rasuah Kebangsaan (KEMAR 2012) dan KIARA 2013.
So here saya nak ucapkan tahniah di atas kejayaan mereka. Im really proud of you! So saya harap kepada semua SPRIPTA dan SPRIPG agar mencontohi usaha ini.Teruskan tradisi dan legacy ini agar SPRUMT menjadi wadah pendidikan kesedaran anti rasuah di Malaysia.here are some photo sepanjang event KIARA 2013 ini berlangsung.


Inilah Kepimpinan sesi 2012/2013


















Sumber dari https://www.facebook.com/sprumt

Sunday, April 28, 2013

Ustaz Ash:22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam muslim dan Imam tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda "aku diutuskan oleh Allah dan jaraknya dengan Hari Kiamat seperti dua jari ini. Tatkala bersabda, baginda menunjukkan jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya. 

Dibawah adalah tanda-tanda kiamat semakin hampir.

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 


Friday, April 26, 2013

Ustaz Ash: PESANAN HASAN AL-BASRI KEPADA KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


Sumber : http://abutaqiyuddin.blogspot.com

( Berikut Surat Yang Ditulis Oleh Hasan Al Basri Kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk dijadikan nasihat dan peringatan. Jadikan ini juga sebagai ingatan bersama serta amaran kepada semua pemimpin yang dibelenggu di tengkuknya dengan amanah kepimpinan )

Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniya, dan menjadi penolong mereka yang  terhindar.

Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tampat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan  kedinginan.

Wahai Amirul Mukminin, Khalifah yang adil laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia  kelak.

Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selepas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.

Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ialah ketua negara yang berdiri antara Tuhan dan hambaNya. Dia memperdengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.

Wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianati serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah. Khalifah adalah hamba kepada rakyatnya.

Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Quran dan Lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum Qisas sebagai jaminan kehidupan para hambaNya. Tetapi bagaimana apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi dijatuhkan hukuman qisas  tersebut?

Wahai Amirul Mukminin,sentiasa ingatlah akan kematian dan apa yang akan terjadi selepasnya. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat mu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibubapanya serta isteri dan anak-anaknya.

Wahai Amirul Mukminin, Jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.

Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Tuhan di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan  rasul.

Akhir kata wahai Amirul Mukminin khalifah Umar Bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendekiwan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya  sihat.
Selamat atasmu wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberikan rahmat dan berkatNya kepadamu.   Amin.

( Wahai mereka Para Pemimpin di luar sana, ingatlah bahawa pesanan ini bukan hanya terkena di atas pundak Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Tetapi semua yang bergelar pemimpin akan dipertanggungjawabkan sama ke atas mereka ).

sumber dari http://cintarindurasul.blogspot.com/2011/11/pesanan-hasan-al-basri-kepada-khalifah.html

Thursday, April 25, 2013

Kenali Ulama: Khalifah Umar bin Abdul Aziz


Ini adalah kisah seorang manusia yang disebut oleh Jisr al-Qashshab berkata, saya melihat serigala dan kambing hidup damai di masa pemerintahan Umar bin abdul Aziz. Lalu saya katakan, “Subhanallah! Serigala sama sekali tidak berbahaya berada di tengah-tengah kambing? Penggembala berkata, jika kepalanya baik, maka semua jasad pun tidak akan menderita sakit apa-apa.”


Insan ini ialah Umar ibni Abd al-Aziz (682-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifahUmmayyah sebelumnya, dia dilantik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.


Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.

Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."


Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Transformasi Pentadbiran :

Transformasi Umar B. Abdul Aziz merangkumi segala aspek pemerintahan sama ada Kehidupan beragama, politik, sosial, ekonomi, dan budaya. Perekonomian sebagai contoh, ditegakkan di atas nilai-nilai kebenaran, keadilan dan penghapusan kezaliman dalam segala sudut, meletakkan target-target ekonomi yang benar, pembahagian harta kekayaan yang masuk ke dalam hasil negara secara adil, meningkatkan taraf ekonomi dan kemakmuran masyarakat, berpandukan langkah-langkah yang benar. Ini adalah seperti - menyediakan iklim yang kondusif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, membuka kebebasan ekonomi dalam skala luas, menetapkan kebebasan perdagangan, kemahiran pertanian, dan menyediakan infrastruktur yang baik, sehingga setiap orang dengan suka cita mengambil tempat dan terlibat dalam pertumbuhan ekonomi, bahkan tanah-tanah yang mati menjadi hidup.
Hasilnya, rakyat merasa cukup, Muslim dan bukan Muslim hidup dengan mewah, sehingga tiada orang yang layak dan mahu menerima zakat dan sedekah. Tonggak penting dalam negara yang dibina oleh Umar adalah pertama, berdirinya pusat-pusat kajian ilmiah dan pendidikan, dan kedua, orang-orang yang menjadi penasihat, gabernur dan pembantu pentadbirannya adalah orang-orang yang jujur, amanah, soleh dan berilmu.
Kekhalifahan Umar ini ditegakkan dengan dasar Syari'at tauhid yang murni lagi tulus, keadilan Islam dan tauhid ditegakkan, sehingga tidak ada sesiapa pun yang merasa tertindas. Semua ini bermuara dari keperibadian Umar yang agung - di mana beliau memiliki akidah yang lurus lagi sejahtera, rasa takutnya yang sangat kepada Allah, jujur, amanah, zuhud, wara', tawadhu', peribadi yang tenang, sifat pemaaf, berlapang dada, sabar, tegas, adil, rendah hati, kuat dalam bekerja, dan sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa letih.


Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.  



p/s: Alangkah hebatnya umat islam sekiranya mempunyai pemimpin sepertinya. Seorang ulama, dan umarak yang mana dalam masa 2 tahun lebih membuatkan rakyatnya tidak ada seorang rakyat yang layak menerima zakat.Selamat mengundi pada 5 may ini. Semoga pemimpin yang bakal dipilih mirip Umar Abdul Aziz.  Wallahu'alam...

Mr.Ash: Gwiyomi







Pasti anda pernah tengok awek ni buat comel kn?serius comel gila...nak ja aku cubit2 pipi dia...(kalu bini aku comel mcm ni..bila nak marah ja kompem xjd bila dia buat gwiyomi)..hahaha...angi xdak..ribut tak dak..., tiba-tiba sahaja demam Gwiyomi melanda rakyat Malaysia(selain dari demam pilihan raya). Buka saja laman Facebook, pasti akan terpapar video Gwiyomi yang dirakam sendiri. Ramai yang cuba nak nampak comel dengan Gwiyomi. Bila dah banyak terpampang di FB, aku pun mula la search dkt Pak cik You tube..rupanya dah jadi demam mcm gangnam style rupanya..siap pondan pin nak buat gak..haha..ramai gak la yg buat gwiyomi ni comel2 kecuali yg pondak and gwiyomi yg sokong BN..geli aku tgk...hahaha
Kalu tak silap aku la depa guna aplikasi Keeks.(Aku tak taw sangat aplikasi ni...hihihi) Agak mengejutkan gak la bila keputusan carian “Gwiyomi Malaysia” di laman Keek memberikan lebih 1,400 buah video.



  ni mungkin dapat membantu sapa yang nak belajar gwiyomi ni..ak nk suruh bini aku belajar gwiyomi..hahaha

Oh ya, pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu Gwiyomi? Gwiyomi Song adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari. Lagu ini diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dipanggil “Gwiyomi Player” dan ia merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel.

Dibawah ialah video asal Gwiyomi oleh Jung Ilhoon.


Ni awek melayu yg comel tu..comel nyer...:-)



Ni lak wawa zainal..comel gak..tp rasanya awek tudung dkt atas comel lg..mcm awek korea masuk islam..hihihi



Ini pun comel gak..pandai budak nih..siap main gitar lak..hihihi...

p/s: I think kalu isteri2 dkt luar sana belajar gwiyomi ni..konpem raai suami xjd marah..haha...Ustaz Kazim kena masukkan gwiyomi ni dlm ceramah di astro oasis dia..bru berkesan...hahaha

Wednesday, April 24, 2013

Ustaz Ash: shae sayang cover versi tauhid

Memandangkan semua terpegun dengan parody Johan dalam ABPBH..so jom layan versi syariah lak..




Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.





Monday, April 15, 2013

Prof Ash: Fakta manifesto Barisan Nasional dan manifesto Pakatan Rakyat

Memandangkan pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi. Jadi jom kita hayati dan fahami manifesto parti yang bertanding agar memudahkan kita membuat pilihan kelak. 

Ingat!Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia!




Sunday, April 14, 2013

Tips Ash: Penjagaan perabut kayu jati


This time I wanna share tips penjagaan perabut kayu jati pulak. Seriusly speaking amatlah susah untuk menjaga perabut kayu jati/kayu solid. Saya lebih suka pada perabut modern sebab tidak perlu penjagaan yang rapi seperti perabut jati. Yes, tidak dapat di nafikan perabot jati memang perabot kegemaran ramai. Ia cantik, kemas dan nampak padu. Walaupun harganya lebih mahal daripada kayu-kayu lain seperti cengal dan sebagainya, perabot yang dihasilkan daripada kayu jati mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Walaupun dapat bertahan bertahun2. Ianya juga perlu pada penjagaan yang sangat rapi. Terdapat 2 perkara penting dalam mengekalkan perabut kayu anda sentiasa cantik macam baru.

1.     1. Jangan mencederakan kayu anda.
Kecederaan yang sering berlaku adalah calar. Kerana apabila calar, maka kecacatan ini akan kekal kecuali anda ketam kembali kayunya. Kecederaan seterusnya adalah kepanasan. Kayu tidak boleh terkena kepanansan yang tinggi. Jika tidak, kayu perabut anda akan menjadi kusam selamanya. Tidak dapat di cover dengan losyen kayu. Jadi caranya adalah letakkan cermin kaca sebagai pelapik.(selalunya meja kayu jati akan dialas dengan cermin kaca)



2.    2.  Sapu losyen kayu
Mengapa perlu sapu losyen kayu?Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan kayu perabut anda sentiasa Nampak cantik dan berkilat seperti baru. Losyen kayu selalunya boleh didapati di kedai perabut ataupun anda juga boleh gunakan losyen polish tayar kereta kerana selalunya losyen polish tayar juga ada yang sesuai untuk kayu.


Ini gambar keadaan kayu sebelum di sapukan losyen



Ini gambar setelah di sapukan losyen




Ini satu contoh produk losyen kayu



Saturday, April 13, 2013

Ustaz Ash: Wang belum lagi rezeki



Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca sekalian sekalian. Kali ini saya nak membincangkan tentang persoalan yang berbangkit adakah wang itu rezeki?Rezeki itu wang?

Sekiranya kita buka kamus, rezeki didefinasikan sebagai segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup; makanan atau segala yang diperlukan sehari-hari.

Bagi mereka yang berkerjaya. Pastinya kebanyakkan mereka apabila di tanya sebab mereka bekerja adalah kerana

“Aku kerja untuk mencari rezeki”

Persoalannya ialah, adakah kita bekerja untuk mencari rezeki atau untuk mencari pendapatan atau lebih tepat wang?
Patutkah rezeki itu disamakan dengan pendapatan atau wang. Adakah wang itu rezeki dan rezeki itu wang?

Sebenarnya, kita semua perlu tahu bahawa duit itu sebenarnya tak berharga langsung. Cumanya ia dicipta untuk tujuan yang satu iaitu untuk memudahkan urusan pertukaran sesuatu barangan ataupun untuk urusan perniagaan. Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia untuk digunakan dalam pembelian sesuatu barangan.
Nilai wang bukan terletak pada fizikal wang tersebut, tetapi pada seberapa banyak pertukaran atau transaksi yang mampu dihasilkan. Ia hanya berguna bila mana kita belanjakan wang tersebut. Aneh bila orang suka menyimpan benda yang tak memberi faedah dek kerana menganggap wang itu rezeki

Wang hanya memberi faedah kepada pemiliknya tatkala si pemilik wang tadi membelanjakan wang tersebut, bukan ketika si pemilik menyimpan wang tersebut dalam peti besi atau dibank vault.

Pada pandangan sesetengah ilmuan mengatakan wang itu dikategorikan sebagai rangkaian rezeki, perantara rezeki. Ini kerana wang tersebut belum lagi menjadi milik kita sekiranya kita menyimpannya. Barangkali wang yang disimpan itu akan di berikan kepada anak kita, ibu bapa, isteri dan orang yang lebih memerlukan. Maka wang itu sudah menjadi hak milik orang lain ataupun lebih tepat rezeki orang lain.

Oleh sebab itulah Islam mengajar umatnya membayar zakat kerana tidak semua harta yang dimiliki itu rezeki kita. Ianya rezeki mereka yang tidak berkemampuan. Islam sebenarnya mengajar umatnya tentang syukur akan nikmat Allah serta mengajar umatnya untuk menggunakan wang(harta) kearah yang betul.

Berdasarkan penerangan ringkas tadi, jelas bahawa wang bukan rezeki tetapi rangkaian rezeki.


Jadi persoalan seterusnya,

“Habis rezeki tu apa kalau bukan wang?”

Saya masih teringat akan penerangan tok wan saya(beliau arif bab agama). Beliau selalu mengingatkan tentang hubungan anatra rezeki dan maut. Manusia itu akan mati setelah habis rezekinya. Jadi rezeki tu apa?
Rezeki itu adalah sesuatu nikmat(pakaian, makanan, dan etc yang kita guna atau nikmati)

Dengan wang itulah kita beli makanan dan pakaian. Makan makanan dan pakaian itulah rezeki kita setelah kita makan(makanan) dan pakai (pakaian). Malah perlu dingat makanan yang ditelan itu juga kadang2 bukan rezeki kita. Contohnya apabila kita makan tetiba kita muntah kembali makanan itu. Maka makanan itu bukan lah rezeki kita jua.

Amat keterlaluan kalau kita secara buta-buta menyamakan wang sebagai rezeki. Walhal rezeki itu sangat banyak kategorinya, dan bukan terhad pada wang ringgit semata-mata.

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. An-Naml ayat 73

Agak besarkan pengertian rezeki itu?agak susah untuk di terangkan sebenarnya. Sekadar itulah penerangan ringkas tentang rezeki dan wang. Jika ingin kefaham yang lebih tentang rezeki sila bertalaqi dengan ustaz yang fakih dalam bab ini.

Jadi marilah kita bersama mensyukuri segala nikmat yang Allah sepertimana firmannya  

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. Al-Baqarah ayat 126







mcm menarik je ni..tekan la..