Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, May 31, 2012

Islamic SMS

those are several Islamic SMS yang awesome.rejoice~


antara dua cinta  yg ingin kumiliki,
Ilahi dan insan ,tp pasti yang utama cinta Ilahi,kerana ia hakiki
antara dua insan yg ingin kumiliki,kekasih dan sahabat sejati
pastinya sahabat sejati kerana setianya sukar ditemui

ukhwah itu di hati
walau bersendirian pasti ia menemani
setiap yg manis mampu dikenangi
walau tiada dimata kini,ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal di dasar hati
kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan
kerana hadirnya ia anugerah yg tiada bandingan..

ACCOUNT NOTICE!
ur  PAHALA balance is not sufficientto maintance ur AKHIRAT account
please tpoup ur AMALAN to reload SYURGA credit line

carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat Allah
mendengar katanya bertambah ilmu
mendampinginya kita tenang..
itulah sahabat sjati..

andai awan bisa melakar
pasti terlukis kenangan bersamamu
andai bayu bisa berbicara
pasti ukhwah  kita dikata indah...
TEMAN,doaku mengiringi perjalanan hidupmu..


Ya Allah baguskanlah untukku AGAMAKU
kerana ia  pengawas seluruh URUSANKU
perbaikikanlah duniaku kerana di sana adalah kehidupanku
sempurnakanlahakhiratku
kerana di sana tempat kembaliku
jadikanlah HIPUPKU sebagai penambah kebaikan
jadikan MATIKU sebagai istirehar dari segala kejahatan

sahabat yang baik umpama penjual kasturi
sedikit kesannya, keharumannya melata
yang menegur kesilapanmu agar tak berulang
yang melarangmu dari lakukan kemungkaran
yang mengingatimu dari kealpaan
tidak setakat meanggukkan kepala
megiyakan apa yang sahabtnya berkata
tp yang meraikan pada saat kegembiraan
mendampingi pada saat kesedihan
disisimu pada setiap kesedihan
yg malunya mengatasi perawan
beraninya mengatasi phlawan
cintanya bukan pada gambaran
rindunya bukan pada pertemuan
tp hatinya sarat dengan kejujuran,keikhlasan,kesetiaan
pada sahabtnya itu..

Ya Allah,jika aku mnikmati cnta keksihMu
jgn knikmatan itu mlebihi knkmatan indahnya bermunajat 1/3 mlm terakhirmu
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
jgn biarkan aku melampaui bata sehingga aku melupakan cinta hakiki dan rindu abadi padamu
Ya Allah jika hati2 ini telah berhimpun dlm cnta pdmu
tlh berjumpa pd taatmu
kukuhkan ikatan ini
kekalkan cntaku
jagalah cntaku
dgn NurMu yg tidak pernah pudar.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim
Allah Rabbi
kuminta izin
bila saatku jatuh cinta,
jgn biarkan cintaku padamu berkurang
hingga membuatkanku lalai
akan adanya engkau
Allah Rabbi kupunya pinta
bila suatu saat kujatuh cinta penuhilah hatiku
dgn bilangan cintamu
yang tidak terbatas
biar rasaku padamu tetap utuh
Allah Rabbi izinkanlah bila
suatu saat ku jatuh hati
pertemukanlah kami
berikanlah kami kesempatan
untuk lebih mndekati cintamu
Allah Rabbi
pintaku yg terakhir adalah andainya kujatuh  hati
jgn pernah kau palingkan wajahmu dariku
anugerahkanku cintamu yg abadi

jika ingin ubat penyakit dosa,peganglah taufik
letakkn di tempat tahqiq,basulah selalu dengan air mata
nyalakan api rindu sehingga mendapat buih2 nikmat
setelah masak,tuangkanlah ke dlm dulang redha
kipaslah dengan kipasan istigfar
lalu diminum air di tempat sunyi
hanya Allah peneman,itulah pengubat dosa yang mustajab

mudahnya mencari CINTA tp CINTA SEJATI itu sukar diharungi
mudahnya mencari BAHAGIA tetapi bahagia yg BERKEKALAN  itulah sukar dikecapi
mudahnya mencari KESERONOKKAN tetapi KESERONOKKN tiada kemurkaan sukar ditemui
mudahnya mencari kesedihan
tetapi kesedihan keran ALLAH jarang diperolehi

semoga hidupmu disinari nur keimanan
matimu diulit dengan ketaqwaan
amalmu menggunung dengan keikhlasan
akhlakmu  indah bersendikan al quran
hatimu  terhibur  dengna irama kasih sayang tuhan

wahai maha pengasih
jika sahabatku jatuh cinta
benihkan cintanyakepada seseorang yg melabuhkan cinta kpdMu
agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMU
wahai Maha Penyayang
jika sahatku jth hati
izinkan dia menyentuh hati orang yg hatinya  tertaut kpdMu
agar sahabtaku tidak jatuh dlm jurang cinta yg murah
wahai Maha Penyayang
jika sahabatku rindu
jagalah rindu kpd dia
agar sahabtku tidak lalai merindui syurgaMu


sahabatku
jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran Allah
jika ku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
jika kulemah tak berdaya
ingatkan aku dengan kehebatan syurga
jika aturan kata ada tembok yg memisah
ajaklah aku meleraikan segera
jika pernah hatimu terluka
luahkan agar aku berubah
dan jika esok aku lena tanpa terjaga
iringkanlah lenaku dgn kalungan doa..

bila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya
bila tangisanmu berpanjangan  dan hatimu kedukaan
Allah telah mengira titisan air matamu
bila kau  rasa ketingalandan masa meninggalkanmu
Allah setia disisimu
bila kau telah mencuba segalanya
tapi tidak tahu tujuan
Allah ada penyelesaiannya
bila ada yg buatmu keliru dan kecewa
Allah adalah  jawapannya





Saturday, May 26, 2012

Tolong ingatkan saya



Assalamualaikum
Sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
dengarlan dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan


Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan saya …

Ustaz Ash:Surat Terbuka Seorang Akhawat untuk Seluruh Ikhwah di Dunia


Surat Terbuka Seorang Akhawat untuk Seluruh Ikhwah di Dunia

Ketahuilah lelaki, semakin kau lari, semakin dia menghampiri,
Usah dinafikan,
Ikutlah kata hati, satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa...

Usah dinafikan kata naluri,
Jangankan dikau manusia biasa,
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa,
Apa lagi yang tidak ada di Syurga,
Nabi Adam masih juga rindukan Siti Hawa...

Hakikatnya,
Kami perlukan lah-rijal sebagai pemimpin sufi,
Menelusi jalan yang penuh duri,
Jangan jinakkan kami dengan harta duniawi,
Itulah punca kami menjadi liar,
Jangan hiburkan kami dengan kecantikan,
Itulah punca kami derita,
Kenalkan kami dengan mahabbah fillah,
Kenalkan kami dengan cinta Allah,
Zat yang kekal,
Pada-Nya kami berserah...

Kami juga punyai hasrat, impian dan amarah,
Jika di lorong itu,
Kau cuma menjeling sepi,
Siapa lagi yang akan membongkar diskriminasi duniawi,
Jika kami dah jelas bengkok,
Kenapa tidak kau luruskan,
Antara bohsia dan lah-rijal,
Kenapa terlalu jauh dibezakan,
Kalau pemimpin itu adalah syuhada,
Jangan biarkan kami hanya kerana impian lelaki...

Eksploitasi dan diskriminasi duniawi,
Mengagungkan kami,
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira, Jenniffer Lopez,
Kamilah women gladiator,
Di ceruk mana pentas dunia pun,
Kamilah teratas,
Tapi, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki,
Kami derita dengan nama,
Kami liar mengejar kemewahan,
Tiada janji yang abadi...

Jika cinta ini kosong,
Huru-haralah masyarakat,
Ibu kan kehilangan anak,
Suami kehilangan isteri,
Bapa kehilangan puteri,
Bila kami derhaka,
Duniamu akan huru-hara,
Bila tulang rusuk menjadi rapuh dan patah,
Rosaklah jantung, hati dan limpa...

Inilah akibat kerana lelaki,
Akibat kami tidak kenal Tuhan,
Tidak kenal diri sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Ketahuilah lah-rijal,
Jika cinta ini subur pada-Nya,
Bahagialah dan beruntunglah dirimu,
Kamilah pencipta sejarah,
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti,
Cinta pada Yang Esa tidak berbelah bagi,
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan...

Tiada apa yang kami harapkan,
Jangan biarkan kami kecewa hanya kerana,
Mata hatimu yang gagal mengenali kami,
Kamilah insan terhampir denganmu,
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu,
Semakin kau lari, semakin kami hampiri,
Siramilah kami dengan sinar Islam,
Pimpinlah kami bukan kerana rupa,
Kerana hati ini lebih kekal dari yang sementara...

Allahu Ta'ala a'lam...

Antara dua zaman


tuhan
dgn penuh syahdu Maryam merayu ada tuhannya yg satu
pohon agar dikurniakan
kebahagiaan dan ketenanagn
lantaran kelahiran Isa al-Masih
masih menjadi tanda tanya
Ah...
apa aku peduli
anak ini lahir hasil dari rasa cinta
aku dan dia
kalau perlu kubesarkan,
kalau tidak biarlah ia mati
dengan penuh angkuh
Mariam pada zaman ini bersuara
terus ingkar pada tuhannya
dan apabila diperintahkan menutup aurat
maka keluarlah wanita arab
bgai gagak memenihi padang pasir
dengan penuh bangga Aisyah bercerita
tentang wanita di zaman baginda
akhlak dijaga maruah dipelihara
dan apabila menjelang malam yang pekat
kelihatan kupu-kupu malam, aneka warna
dengan sayu seorang tua bercerita tentang gadis zaman ini
hilang malunya
ternoda dengan nafsu dunia
"maafkan aku wahai suamiku,"
demikian Saidatina Fatimah merayu
pada Saidina Ali suaminya
bila menyedari diri menyakiti suami
berkali-kali ia merayu
sehingga 72 kali mengelilingi suami
akhirnya Saidina Ali tersenyum kembali
lantas terbuka semula tujuh pintu syurga kesemua penuh nikmat
selamanya
"maafkan aku wahai isteriku,"
demikian Ali moden merayu
pada Fatimah di zaman ini
bila menyedari dri tidak mampu memberi kemewahan
kereta,rumah besar,intan berlian,
akhirnya si anak terus terleka
lantas terbuka kesemua tujuh pintu neraka
pilihlah mana satu wahai isteri derhaka

"mengapa saudara mengikuti daku?"
tanya seorang gadis
pada Hassan al Basri yang mengekori
"aku tertawan pada matamu"
tidak lama kemudian keluar seorang ibu tua
bersama sepasang mata
di dalam dulang keimanan
terpegun Hassan
penyesalan tiada gunanya
"marilah ke rumahku"
demikian pelawa seorang gadis
pada teruna zaman ini
penuh bangga dengan dosa
maksiat bukan lagi hina
bahkan dilaungkan di mana-mana

demikian kisah Maryam,Aisyah , Fatimah dan gadis solehah
bersama wanita pada zaman ini
semoga kisah tadi menjadi pedoman dan panduan
buat anak-anak bangsa
yang cintakan agama,diri dan bangsa....

by ziey

Thursday, May 24, 2012

Ustaz Ash:Ingatan Buat Sahabat



SETULUS INGATAN BUAT SAHABAT

   Wahai sahabat, buatlah yang terbaik untuk diri dan masa depanmu, lakarkanlah sejarah kehidupanmu  dengan kebijaksanaan. Corakkanlah tamadun dirimu dengan kelebihan anugerah Ilahi. Peluang untukmu masih terbentang luas. Kesedaran diri untuk terus berjaya masih lagi boleh di perbaiki, Yakinlah wahai sahabatku, Pohon-pohon kejayaan sedang melambai kedatanganmu. Ia masih menanti kehadiranmu yang pernah di janjikan.
   Warnailah kehidupanmu dengan cahaya Ilahi. Dampingilah kitab suci mukjizat Ilahi di mana jua engkau berada. Tatapilah susunannya, fahamilah maknanya, hayatilah kandunganya, Lunakkanlah alunannya, Sesunguhnya di sebalik susunan kalimah, rentak, irama, serta alunan musikanya tersirat rahsia-rahsia kebesaran Ilahi yang hakiki. Tetapi ingatlah, Hanya akal waras sahaja yang akan dapat mengesan rahsia-rahsia yang tersembunyi. Alirkanlah lurah-lurah kejahilan dengan air mata penyesalan. Ia lebih bernilai dari dunia dan seisinya. Basahilah wajahmu dengan air-air suci, ia merupakan penyeri dihari kemudian. Hiasilah perjuanganmu dengan amalan yang disukai, engkau akan sentiasa dikasihi dan diredhai.
   Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan, Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi segala rintangan. Sabarlah di atas segala penderitaan. Ketahuilah, Sesungguhnya penderitaan itu adalah bersifat sementara, Pasti akan lenyap ditelan masa setelah tiba waktunya. Teruskanlah perjuangan mu didalam menuntut ilmu kerana Menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingan. Teguhkanlah semangatmu wahai sahabatku dalam melakari kehidupan dunia.  Aturilah langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, Tapak-tapak pejuang tidak akan hilang dari memori kehidupan dan tidak akan lenyap di mamah usia. Doamu sahabatku tetap akan dikenang.

Wednesday, May 23, 2012

Ustaz Ash:Aku pasrah dengan segalanya


Erti sebuah kehidupan……..

Ayah selalu memperkecilkan kebolehan yang ada pada diriku. Aku sering dijadikan bahan perbandingan dengan adikku yang dua tahun lebih muda dariku. Ibu juga selalu cakap, “ diam adik berisi tapi, akak ?.” Hati mana yang tidak sedih. Tapi aku pasrah. Adik selalu dapat nombor satu dalam kelas. Tapi aku, walau berada di kelas pertama, selalu dapat nombor tercorot. Keputusan UPSR diumumkan. Aku hanya mampu mendapat 2A 1B 1D. Dengan keputusan yang aku miliki tidak melayakkan aku untuk mendapat tempat di sekolah berasrama. Aku meneruskan persekolahan di sebuah sekolah harian biasa berhampiran rumah. Sekolah yang paling glamour dengan masalah disiplin. Cakap saja namanya pasti penduduk di negeri ini tahu.

          Aku diletakkan di kelas yang ketiga. Tapi, aku tetapkan azam untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat ke kelas pertama. Aku suarakan hasrat ini pada kawan-kawan, tapi ianya menjadi bahan ketawa mereka. Aku tidak patah semangat. Ku teruskan jua usaha murni itu. Dalam peperiksaan semester pertama, keputusan aku menggalakkan. Lalu cikgu kelasku mengambil keputusan untuk memindahkan aku ke kelas pertama. Syukur pada Tuhan kerana impianku menjadi kenyataan. Aku berjaya buktikan pada rakan-rakan dan keluarga yang aku mampu lakukan. Sejak dari hari itu, aku tetapkan matlamat untuk berusaha lebih gigih dan menaruh impian untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku mula mengatur strategi dan membuat jadual belajar sendiri. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada ayah, akan ku teruskan juga. Selepas pulang dari sekolah, aku pergi ke kelas tuisyen. Keputusan peperiksaaan akhir semester aku membanggakan. Aku berjanji pada diri sendiri akan hapuskan gred C dan D dari dalam buku rekodku.

          Masuk sahaja ke tingkatan dua, aku tingkatkan usaha. Aku kurang dikenali di sekolah kerana sikapku yang pendiam. Kini, aku menjadi pelajar harapan sekolah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Dalam satu ujian, aku menjadi pelajar terbaik bagi matapelajaran sejarah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan selain dari memanjatkan kesyukuran kepada Nya. Suatu hari, aku membawa pulang borang permohonan biasiswa. Tapi, amat mengecewakan apabila ayah memberikan satu dokumen yang berbeza berbanding adik dengan alasan aku sememangnya tidak layak unutk menerima biasisiwa dengan keputusan yang aku miliki. Tiada siapa yang tahu betapa tergurisnya hati pada waktu itu. Sampai satu tahap, aku rasakan ayah sememangnya tak sayangkan aku. Tapi, mungkin juga aku belum matang untuk menilai erti kasih seorang ayah. Namun, aku kuatkan semangat. Aku akan buktikan pada ayah yang aku mampu lakukan yang lebih baik dari apa yang adik lakukan. Apa yang berlaku membuatkan diriku semakin matang.  Aku mula belajar dari kritikan. Kritikan dijadikan pemangkin semangat untuk terus maju ke depan.

          Tahun ni, aku bakal berdepan dengan Perang Dunia Kedua. Akan aku harungi juga walaupun pahit. Aku mengajak sahabat karibku belajar di perpustakaan selepas waktu kelas. Mereka bersetuju dan kami mengulangkaji bersama-sama. Segala masalah pelajaran yang timbul aku akan terus rujuk kepada guruku. Aku mula dikenali di kalangan rakan sekelas dan guru-guru. Kini, aku dijadikan bahan rujukan buat kawan sekelasku. Sebagai seorang remaja, pasti tidak akan dapat lari dari perasaan cinta. Tetapi bila memikirkan perspektif ayah terhadapku. Aku menolak ke tepi segala lamaran dari insan yang bernama lelaki. Namun, aku masih menganggapnya sebagai kawan dan masih masih berhubunng hingga kini. Pada aku, nilai sebuah persahabatan terlalu mahal. Aku tetapkan pendirian untuk belajar dahulu baru fikirkan soal ini. Setelah keputusan diumumkan, aku sangat gembira kerana tak menyangka akan mendapat keputusan yang cemerlang. Ayah diam tak cakap apa-apa. Hatiku puas kerana berjaya buktikan pada keluarga dan sanak saudara yang aku juga mampu berjaya. Aku bukanlah seperti yang mereka sangkakan. Sebulan kemudian, aku mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh. Tapi hatiku berat untuk meninggalkan kawan-kawan. Ibu, ayah dan mak saudaraku memaksa juga aku pergi demi masa depan. Kata orang, ikut cakap ibu akan membawa berkat. Ku turuti nasihat ibu. Dalam masa yang sama aku turut mendapat tawaran dari sekolah Teknik berhampiran rumah. Majoriti dari rakan sekelasku meneruskan persekolahan di sana.

          Di sekolah baru, aku belajar erti sebuah kehidupan. Hidup tanpa keluarga di sisi. Baru kini aku rasai kasih seorang ayah. Aku mengenali ramai kawan-kawan baru. Teman sebilikku berasal dari Kuala Lumpur. Kadang-kadang aku tidak tahan dengan sikap teman sebilikku yang sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ibu dan ayahnya keturunan cina. Dia agak liat dalam menunaikan solat. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menangguhkan solat. Namun, aku terus bersabar. Allah suka pada hambanya yang sabar. Setahun kemudian, dia mula berubah. Aku bersyukur pada Tuhan kerana berkat kesabaranku akhirnya dia berubah. Aku meniti kehidupan sebagai budak hostel bersama-sama kawan baru yang berasal dari Kelantan semuanya. Mereka tempat mengadu masalah dan berkongsi cerita. Tapi tak pernah aku ceritakan pada mereka latar belakang keluargaku. Aku mula mengenali seorang senior yang akhirnya menjadi kakak angkatku. Dia menceritakan semua masalahnya padaku. Ke mana sahaja aku akan bersama kakak itu. Dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kawan-kawan dan senior lain. Pelbagai pandangan negative dari senior- senior tidak aku hiraukan. Kepada kawan-kawan aku perjelaskan segalanya akan ketegangan ini dapat diatasi.

          Pulang sahaja dari kelas, aku ke perpustakaan pada waktu petangnya. Sebagai seorang pustakawan, aku haruslah amanah pada tanggungjawab yang diberikan. Seperti biasa, pada waktu rehat juga aku akan ke perpustakaan untuk membantu kerani di situ dan adakalanya mengantikan tempat kawan yang tidak dapat bertugas pada hari itu.  Peperiksaan SPM semakin hamper. Semua senior sibuk mengulangkaji pelajaran. Tapi , pada waktu inilah juga ada yang mula mencari teman untuk berada di sampingnya. Tak aku duga, segala gerak geriku selama ini diperhatikan. Aku menerima sepucuk surat dari seorang senior yang tidak aku kenali. Dalam masa yang sama, melalui seorang akak senior memberitahuku yang ada seorang senior lelaki ingin berkenalan denganku. Tak pernah aku jangka senior yang selalu memulangkan dan meminjam buku ketika aku duty juga mempunyai perasaan yang sama. tapi, aku tak pernah menganggap mereka serious. Pada fikiranku, mereka hanya nak menguji aku. Aku tidak memberikan response pada ketiga-tiganya. Sebelum aku melangkahkan kaki ke sini, ibu telah berpesan supaya aku tidak bercinta dan focus pada pelajaran. Restu ibu itu penting. Ku ketepikan semuanya walaupun dilabelkan sebagai seorang yang jual mahal. Bagi diriku, nilai sebuah cinta terlalu mahal harganya. Hanya kepada yang berhak akan kuserahkannya.

          Tahun  ini aku akan berdepan dengan SPM. Aku mula membentuk kumpulan studi untuk belajar kimia bersama guru kimia yang juga bertindak sebagai ketua warden. Guru ini sangat ditakuti oleh pelajar. Tapi sebenarnya dia seorang yang baik hati  jika kita betul mengenalinya. Dia menggunakan psikologi untuk mendorong aku dalam pelajaran.  Boleh dihitung berapa kali aku lulus subjek ini waktu di tingkatan empat. Lulus pun sekadar cukup makan. Atas sokongan yang diberikan, aku akhirnya lulus juga. Aku sangat rapat dengan cikgu Kimia dan English. Cikgu English sporting. Waktu lapang dia selalu pergi ke bilik dan bersembang-sembang. Adat manusia, bila kita rapat dengan seseorang pasti ada yang cemburu. Pada masa yang sama, teman sebilikku terpaksa berpindah ke bilik lain memandangkan dia menang dalam pilihanraya dan dilantik sebagai Naib Pengerusi Badan Wakil Pelajar. Aku duduk sendirian. Tapi ketua warden selalu bertanyakan khabar aku samada selesa atau tidak. Selepas ujian percubaan, aku dikejutkan apabila segelintir rakan sekolah menuduhku ‘spy’. Dia menyalahkan aku apabila dipanggil oleh ketua warden atas kesalahan couple dan berdua-duaan. Pada waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu betapa diri rasa tertekan. Ke mana sahaja pergi ada saja mata-mata yang memandang serong.dalam kelas prep pula ada yang menyindir-yindir. Dalam kelas pula, aku selalu diejek. Aku hanya berdiam diri. Teringatkan kata-kata berani kerana benar. Kalau betul aku tak lakukan kesalahan kenapa mesti takut.

          Namun, ada hikmah disebalik peristiwa ini. Di sinilah, aku mula mengenali mana satu sahabat yang susah senangnya bersama aku. Orang yang apabila susah selalu bercerita dengan kita, tapi apabila kita yang berdepan masalah dia turut sama menyalahkan kita. Aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku. Aku disedarkan lebih awal. Kawan yang telah mengenali diri ini sejak tingkatan satu pun boleh percaya pada fitnah yang dilemparkan pada aku. Apa sekalipun yang berlaku, tidak pernah aku ceritakan pada keluarga. Aku tak mahu menyusahkan hati mereka. Biarlah aku tempuhinya seorang diri. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambanya. Selepas cuti seminggu, cerita seakan tenggelam. Aku pun dah malas nak fikir pasal perkara ni lagi. Kini, tumpuanku pada peperiksaan yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Masa datang dan pergi dengan cepat. Saat yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba. Berbekalkan senjata yang ada, aku berjuang di medan peperiksaan. Jarak waktu kertas seterusnya seminggu memberikan kami peluang untuk mengadakan jamuan akhir tahun. Ombak bergelora begitu kuat. Kata orang-orang tua, ombak tu akan diam kalau ada orang yang dimakannya. Tak kusangka, kata-kata itu menjadi reality. Petang itu, aku dan kawan-kawan lihat sekumpulan pelajar lelaki buat persediaan untuk ke pantai berhampiran bagi mengadakan jamuan akhir tahun. Dalam hati kami terdetik,” hati-hati, ombak kuat sekarang.”

          Seperti biasa pada waktu maghrib, aku ke surau untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama. aku terdengar esakan dari sudut lelaki. Hatiku tertanya-tanya, apa yang terjadi?  Kedengaran motor ketua warden dan memanggil beberapa orang pelajar lelaki. Kemudian, ketua pelajar bersuara dan minta supaya semua bertenang apabila dikhabarkan satu berita. Dua orang sahabat kami lemas ketika mandi di pantai petang tadi. Ya Allah! Aku tak mampu berkata apa-apa. Kami hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat agar kedua-dua rakan kami ditemui. Pihak bomba terpaksa hentikan operasi menyelamat kerana ombak yang begitu kuat. 1 Ramadan satu tarikh yang akan aku ingati sepanjang hayat. Pemergian dua orang sahabat sebelum sempat menamatkan  peperiksaaan. Famili kedua-dua pelajar terbabit hadir ke sekolah. Setelah tiga hari, akhirnya mayat salah seorang daripadanya dijumpai dalam keadaan yang sukar untuk dikenali. Dia tertelan begitu banyak air laut menyebabkan wajahnya seolah-olah seorang yang telah berumur. Suasana menjadi sayu. Waktu bersahur, kelihatan mata pelajar lelaki bengkak kerana menangisi pemergian dua orang sahabat yang sangat mereka kasihi. Pelajar yang banyak menyumbang jasa kepada sekolah. Setelah seminggu operasi mencari dijalankan, mayat seorang lagi tetap tidak ditemui. Ibunya pasrah dengan apa yang menimpa anak bongsunya. Sebelum kejadian, ibunya sempat berjumpa anaknya untuk menghantar pakaian untuk hari graduasi.

          Kaki melangkah ke dewan peperiksaan dengan sayu. Apabila terpandangkan tempat duduk arwah, terbayang wajahnya di fikiran. Tak sangka, pandangannya pada hari itu merupakan pandangannya yang terakhir. Apabila pengawas peperiksaan pesan agar kami semua sedekahkan Al Fatihah buat dua orang sahabat, pelajar lelaki mula menitiskan airmata. Sepanjang dua jam peperiksaan berlangsung, sahabat karib arwah hanya merenung kerusi di depannya yang kosong. Kawan di sebelahku juga hanya termenung sahaja. Aku mula resah. Aku letakkan kertas jawapan di penjuru meja dengan harapan dapat membantu dia. Selesai sahaja kertas dipungut, kawan disebelahku berkata,” aku tak tahu apa yang aku jawab. Kalau aku tak pergi jauh mesti dapat selamatkan arwah. Arwah dah dapat diselamatkan, tapi dia nak ikut juga kawan yang lagi seorang.” Terdengar nada penyesalan pada kata-kata mereka. Setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai seorang muslim apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Tangisan hanya akan menyeksakan lagi roh mereka. Peperiksaan berakhir dan masing-masing pulang ke pangkuan keluarga.

          Dua bulan kemudian, keputusan peperiksaan diumumkan. Pencapaian sekolah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Pada fikiranku ianya bersesuaian denga usaha yang aku lakukan. Kini, aku akan melanjutkan pelajaran ke Universiti bersama kawan-kawanku. Segala impian dan harapan yang kubina selama ini tak sia-sia. Ayah hanya mendiamkan diri. Suatu hari ketika berbual, ibu berkata,” ayah ada buat pinjaman untuk menampung perbelanjaan akak ke Universiti nanti.” Hatiku terharu. Tak sangka dalam diam ayah mempunyai perancangan untuk masa depan anaknya. Kini, baru kurasakan diri ini dihargai. Syukur pada Tuhan  segala hajatku termakbul. Teman, ingatlah! Setiap apa yang berlaku pasti ada pengajaran disebaliknya. Bersabarlah dengan dugaan yang mendatang. Setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaiannya. Cabaranlah yang menjadikan diri kita lebih matang. Ingatlah, Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar. Sebagai hamba, pasti kita akan diuji. Ingatlah! Alllah tidak akan membebani seseorang itu menurut kemampuannya. Kita berdoa supaya tabah dengan ujian, tetapi, kenapa mengeluh apabila diuji? Hargailah jasa dan pengorbanan kedua ibu bapamu selagi hayatnya masih ada. Amin.

p/s:Taken from my hard disc.xtw mana datang dari mana puncanya. Just nak share hikmah yang terkandung di dalam nya.

Monday, May 21, 2012

Warkah buat kaum Adam


Adam.
maafkan aku jika coretan ini memanaskan hati mu,
sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta
Semasa kesunyian di Syurga dulu.
Aku asalnya dari tulang rusuk kirimu yg bengkok.
Jadi x hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu sentiasa mahu terpesong dr landasan.
Kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaum ku lebih bilangan dari kaum mu di akhir zaman. Itulah sebenanrnya ketelitian Allah dlm urusanNya. Jika bilangan mu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia kacau bilaulah suasana.
Adam bersama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang2 Allah yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku,
bukan krn sedikitnya bilanganmu yg m'bimbangkan aku. Tapi, aku risau menyaksikan tingkah mu .
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bhw aku mesti tunduk ketika menjadi isteri mu
Namun terasa berat pula utk ku menyatakan isi hatiku ini...
Adam, Akut tahu al-Quran ada ayat yg menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhdp kaum wanita.
Kau di beri amanah utk mendidik ku,
kau diberi t'jawab utk m'jaga aku.
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dlm redha Tuhan . Tapi Adam, nyata dan rata2 yg sudah t'jadi pada kaum ku ini.
Aku dan kaumku tlh ramai menderhakaimu.
Ramai yg tlh menyimpang dari jln yg ditetapkan.

Jika t'paksa aku keluar dr rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung rambut ke hujung kaki. Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dr sepatutnya Adam... kenapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kpd anak2 mu tapi skrg pg waktu yg sama, aku ke muka m'uruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata padahal, kau duduk shj. Aku diantara kau yg m'anggur tiada kerja. Kau p'hatikan sj aku pjt tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyingsing paha m'amankan negara, apakah kau skrg tdk spt dulu lg? Apakah sdh hilang kasih sucimu kpd ku?
Adam, mrh kah kau jika ku kt kan andainya Hawa tpesong, mk Adam yg patut tanggung. Kenapa?
Ya, ramai org berkt jika anak jahat, mak bapa x pandai didik. Jika murid bodoh, guru x pandai mengajar.
adam slalu berkt, Hawa mmg degil, x mh dgr kt, x mudah mkn nasihat, kpl bt, pd hemat ku yg dhaif ini,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhdpku sama? spt didikan nabi terhdp anak2 n isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa spt psikologi nabi t'hdp mrk?
Adakah akhlak Adam2 boleh dijadikan contoh thdp Hawa?
Adam, kau sbnrnya imam n aku adlh makmum. Aku adlh pengikutmu krn kau adlh ketua.
Jika benar mk bnrlah aku
Jika kau lalai maka lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku...akalku satu, nafsu ku beribu2
Dr itu adam pimpinlah tgn ku krn aku srg lupa n lalai
Sering tergelincir ditolak oleh nafsu n kuncunya
Bimbinglah daku utk menyelami kalimah Allah. perdgrkanlah daku kalimah syahdu dr Tuhan agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dlm dadaku agar aku mjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam, seandaunya aku masih gagal, Malulah kau Adam pd dirimu dan Tuhan mu.

Sunday, May 20, 2012

4 hawa






sahlon menulis " wrt wbt. Entah angin apa yang 
membuai hari ini, membuatkanku begitu berani 
untuk mencoretkan sesuatu untuk mencoretkan 
sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. 
saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk 
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah 
lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan 
buatmu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu 
yang saya jaga rapi selama ini semata-mata 
buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan 
saya tersedar dari lenaku yang panjang. saya 
telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga 
maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah 
menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata 
ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak 
perempuan ialah menjaga dan mendidiknya 
sehingga seorang lelaki mengambil alih 
tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah 
wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku 
daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak 
mahu membelakangimu. saya menghalang diriku 
dari mengenali mana-mana lelaki kerana saya 
tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah 
lagi memahami mereka. Kerana itulah saya 
sedaya kudrat yang lemah ini membatasi 
pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih 
bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang 
terbaik buat seorang perempuan. saya sering 
sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. 
Bukanlah saya menyangka buruk terhadap 
mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana 
contoh banyak di depan mata. 

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan 
ku buat expressionles face dan cool. Akan ku 
palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik 
merenungku ataupun cuba menegurku. saya 
seboleh-bolehnya melarikan pandanganku 
daripada ajnabi kerana pesan 
Sayyidatina Aeisyah lah.A Sebaik-baik wanita 
ialah yang tidak memandang dan dipandang. saya 
tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah 
saya hanya cantik di matamu. Apa guna saya 
menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya 
hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak 
merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan 
saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-
olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka 
hati.

saya juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan 
seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu 
mengharapkan sesuatu yang tidak dapat 
kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan 
Allah kelak andai disoal? Adakah itu 
sumbanganku kepada manusia selama hidup di 
muka bumi? Kalau saya tidak ingin kau 
memandang perempuan lain. saya dululah yang 
perlu menundukkan pandanganku. saya harus 
memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku 
kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau saya 
inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. saya 
juga perlu menjadi perempuan yang baik. 
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan 
yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan, sebagai remaja saya memiliki 
perasaan untuk menyayangi dan disayangi. 
Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali 
itulah saya mengingatkan diriku bahawa saya 
perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata 
untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki 
yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati 
dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang 
menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak 
mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah 
dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah 
apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu 
berkenalan denganku. saya secara keras 
menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia 
tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya 
berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan 
menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram, 
seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini 
telah dirampas dariku.

saya tertanya-tanya adakah saya berada ditebing 
kebinasaan. saya beristighfar memohon 
keampunan-Nya. saya juga berdoa agar dia 
melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. 
Kehadirannya membuatkan saya banyak 
memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud 
bersamaku. Di mana sahaja saya berada, akal 
sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu 
lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah 
saya yakin pada gerak hati, woman intuitionku 
yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam 
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk 
memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir 
pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga 
punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki 
yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, 
memimpinku kearah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf 
A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk 
membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku 
yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti 
mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua 
hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji 
Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan 
ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan 
perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak 
mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan 
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara. 
saya takut perlakuanmu itu akan memberi impak 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang 
diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya 
akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi 
tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. 
Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya 
akulah yang ditakdirkan meniup semangat 
juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut 
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang 
dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid 
itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan 
tanganku sendiri. Itulah impianku.

saya pasti berendam airmata darah andainya 
engkau menyerahkan seluruh cintanu padaku. 
Bukan itu yang saya impikan. Cukuplah kau 
mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana 
dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku 
keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insane 
biasa. Moga cinta itu juga yang akan 
mempertemukan kita kembali di syurga.

saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. 
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan 
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta 
untuk kemudahanku sekiranya harta itu 
membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu 
terhadap agamamu. saya tidak akan sekali-kali 
bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di 
bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih 
bermakna bagiku.

Dari ukhwah.com

Aduhai wanita



Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt
sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas
sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya
pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya
lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan
hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH
swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita
agar bersama-sama jaga maruah diri dan
MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si
wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik
nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat
DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"


Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si
wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang
HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin
hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi
diri dengan meletakkan MALU itu bukan
ditempatnya.


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar
akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca
AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu


Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

P.s : " Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar"
Maksudnya : Sesungguhnya solat itu dapat
mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar.

Wallahua'alam bissawap

Renang

ni lak gambar waktu kitorg kuar bandor untuk ronggeng bowling(xjadi sebab ramai) plus mandi kolam MBKT.semua bajet boleh renang..padahal semua terkapai2..hahaha..memalukan..
*sowi sbb x upload gambar mandi kolam sbb memalukan..hahaha


lane sikit..

mcm pendek je..xpe la..janji leh layan gk..

geng~

menunggu~

ramai gila..last2 xdpt gk~


lepak batu buruk je la...

nk mkn KFC..ramai gila

big apple~

sabar mat din..tw la lapar KFC

adik comel~

harisan x tgu org dh

baik je bdk ni

semua pelahap~maklum la letih berenang

licin set aku..hahaha

boroi dh~

Sunday, May 6, 2012

SPRUMT family feast

here are some picture of my detik2 akhir bersama SPRUMT
rejoice~
















































mcm menarik je ni..tekan la..