Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, November 20, 2012

Ustaz Ash: Jangan kerana barang free kita gadai maruah saudara seislam kita!




Baru-baru ini masyarakat dunia dan dunia Islam khususnya di gemparkan dengan serangan Israel terhadap penduduk Gaza. Serangan ini sebenarnya menyerlahkan lagi kebiadaban mereka yang sememangnya di laknat oleh Allah. Tetapi sebenarnya mereka takut dengan kebangkitan umat Islam di seluruh dunia bermula di bumi Mesir, Yaman, Libya, Turki dan sebagainya. Oleh sebab rentetan kebangkitan ini memungkinkan menjadi penyebab mereka menyerang. Malah keadaan mereka juga tergugat dengan kegawatan ekonomi yang berlaku di eropah dan juga sekutu kuat mereka Amereka Syarikat. Bukan setakat itu sahaja, bala yang Allah turunkan di bumi Uncle Sam itu juga memudaratkan lagi sekutu kuat mereka itu. Tetapi sekarang yang menjadi persoalannya, apakah peranan kita sebagai muslim?Apakah peranan kita untuk menjaga saudara seislam kita? Mana perginya ukhwah Islamiah yang nabi ajar?


Di ruangan ini Ustaz tidak mahu sentuh tentang peranan negara kita Malaysia sebagai negara islam atau sebagainya(itu serahkan kepada pihak kerajaan walaupun sebenarnya amat perlu sebuah kerajaan Islam lain membantu kerajaan Islam yang ditindas. Ustaz tiada kuasa hendak mengubahnya). Ustaz hendak mengfokuskan pada perkara yang kecil tetapi yang member impak yang sangat besar buat Israel iaitu boikot /pulau/ pemulauan.
Acapkali kita dengar PBB hendak membuat sekatan ekonomi dan sebagainya. Sebenarnya sekatan ekonomi itu adalah boikot tetapi dalam konteks yang besar. Boikot dilakukan adalah bertujuan untuk melemahkan ekonomi pihak musuh di mana ia merupakan antara senjata paling ampuh yang mampu melemahkan pihak musuh. Ini kerana ekonomi merupkan senjata mereka yang paling utama. Tanpa ekonomi yang kukuh amat sukar untuk mereka menghasilkan senjata.
Di sini Ustaz nak berkongsi kewajipan untuk kita memboikot ekonomi Amerika Syarikat dan Israel.




DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN BOIKOT.

1) Firman Allah Ta'ala mafhumnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (al-Maidah: 2)

Wajhud Dilalah: Ayat ini menuntut kita supaya saling tolong-menolong di dalam perkara-perkara yang berunsur kebaikan dan ketaqwaan. Apa sahaja perkara yang bersangkut paut dengan kebaikan dan kemaslahatan umat Islam, maka kita dituntut untuk menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk mengikut kemampuan masing-masing. Apatah lagi dalam situasi hari ini kita melihat saudara seakidah kita yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya ditindas oleh musuh-musuh Islam, maka sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk menghulurkan pertolongan dari sudut sokongan moral, kewangan dan tenaga. Boikot adalah caranya! Dengan boikot, kita telah memberi sokongan moral, kewangan dan tenaga kepada saudara-saudara kita. Maka boikot adalah WAJIB.

2) Firman Allah Ta'ala mafhumnya: Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak dizalimi. (al-Anfal: 60)

Wajhud Dilalah: Ayat ini berkaitan dengan jihad dan persediaan untuk menghadapinya. Jihad merupakan suatu aspek yang luas skopnya. Antaranya jihad menghadapi musuh-musuh Islam daripada pelbagai sudut. Boikot adalah antara teknik dan strategi perang yang menggerunkan musuh lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan ekonomi. Boikot mampu melumpuhkan kekuatan mana-mana pihak. Ini juga memberi peluang kepada kita untuk menginfakkan harta pada jalan Allah untuk membantu saudara-saudara kita berbanding jika kita kita melaburkan harta untuk mengenyangkan pihak musuh yang menggunakannya untuk menghancurkan umat Islam kembali. Ini adalah sesuatu yang sudah jelas!

3) Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mafhumnya: Berjihadlah menentang golongan musyrikin dengan harta, kekuatan dan lisan kamu. (Hadith sohih riwayat Ahmad, Abu Daud, al Nisaie).

Wajhud Dilalah: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyeru umat Islam agar berjihad menentang golongan musyrikin dengan segala cara baik dengan harta, kekuatan ketenteraan atau dengan ucapan-ucapan yang boleh melemahkan kekuatan dan semangat mereka. Jihad dengan harta bukan hanya sekadar membeli senjata dan melakukan persiapan dari sudut ketenteraan, bahkan dengan melaburkan harta untuk tujuan mengalahkan pihak musuh melalui ekonomi serta menghalang mereka daripada mendapat peluang ekonomi di negara-negara Islam.

4) Pada tahun keempat Hijrah, golongan Yahudi Bani Nadhir telah mencabuli perjanjian yang termeterai di antara mereka dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, lantas Baginda mengambil tindakan memerangi mereka. Dalam peperangan tersebut, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengarahkan agar ladang-ladang mereka dimusnahkan. Begitu juga pohon-pohon kurma yang merupakan sumber ekonomi mereka ditebang dan dibakar. Ini menyebabkan mereka merasa gerun, lemah lalu mengalami kekalahan. Bahkan mereka sendiri telah memusnahkan rumah-rumah mereka! Lihat bagaimana kesannya terhadap ekonomi musuh jika boikot dilaksanakan!

5) Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga pernah memboikot tiga orang sahabat Baginda yang tidak menyertai peperangan Tabuk. Baginda turut mengarahkan para sahabat yang lain agar memboikot mereka. Kisah ini merupakan kisah masyhur yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith antaranya kitab Riyadhus Solihin. Al-Hafiz Jalaluddin al-Suyutirahimahullah juga turut menulis risalah yang bertajuk al Hajr liz Zajr di mana beliau menyenaraikan beberapa contoh celaan dan boikot yang dilakukan terhadap golongan yang sering melakukan maksiat dengan tujuan supaya mereka bertaubat. Jika boikot sesama muslim disyariatkan oleh syara', maka tuntutan boikot terhadap musuh-musuh Islam lebih-lebih lagi! Musuh-musuh yang terang-terangan melakukan serangan terhadap kita dari pelbagai sudut!

Kaedah fiqhiyyah juga turut menunjukkan bahawa boikot adalah WAJIB. Antara kaedah tersebut ialah:

1) Memelihara kemaslahatan dan mengharamkan kemudharatan.

Jika kita meneliti ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kita akan dapati bahawa Allah Ta'ala menurunkan agama Islam dengan tujuan memelihara kemaslahatan makhluk serta menghalang sebarang kemudharatan daripada mereka. Justeru, para ulama' menyebut: Segala perkara yang membawa kemaslahatan kepada makhluk dan dapat mencegah sebarang kemudharatan daripada mereka, maka ianya diizinkan oleh Allah Ta'ala. Manakala segala perkara yang membawa kemudharatan dan menghalang berlakunya sebarang kemaslahatan, maka ianya dilarang oleh Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman mafhumnya: Sesungguhnya Allah menitahkan agar berlaku adil, berbuat kebaikan dan membantu kaum kerabat serta Dia melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu agar kamu mengambil peringatan. (al Nahl: 90).
Tidak ada perkara keadilan, kebaikan dan kemaslahatan melainkan pasti ianya diperintahkan oleh Allah Ta'ala dan tidak ada perkara keji, mungkar dan kezaliman melainkan pasti ianya dilarang oleh Allah Ta'ala. Maka jelas kepada kita bahawa boikot boleh mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam serta menghalang kemudharatan daripada mereka. Maka boikot adalah WAJIB.

2) Hukum berdasarkan kesan jangka masa panjang.

Kaedah ini menyokong kaedah di atas. Kaedah ini bermaksud sebarang hukum yang ditetapkan ke atas sesuatu perkara sama ada berbentuk wajib atau haram adalah berdasarkan andaian kesan jangka masa panjang yang timbul daripada perkara tersebut. Jika kesannya adalah maslahat, maka perkara tersebut adalah wajib dan jika sebaliknya maka hukumnya adalah haram. Seperti contoh jihad dalam peperangan menentang musuh-musuh Islam. Ia merupakan perkara yang menyusahkan dan melibatkan pertumpahan darah, kemusnahan harta benda dan boleh menyebabkan umat Islam menjadi tawanan. Namun kesannya ialah Islam menjadi gah, umat Islam dapat dipelihara dan empayar Islam dapat diperluaskan lagi. Ini merupakan suatu kemaslahatan yang besar! Tetapi jika umat Islam tidak ingin berjihad, maka Allah akan menghukum mereka dengan menjadikan darah dan harta mereka tidak selamat kerana pihak musuh tidak lagi takut kepada mereka bahkan pihak musuh semakin berselera untuk menjarah umat Islam. Suatu kemudharatan yang juga besar akibatnya! Begitu juga boikot, walaupun permulaannya dan ketika perlaksanaannya membawa kesukaran bagi sesetengah pihak, namun kesan jangka masa panjangnya ialah: Ekonomi musuh Islam boleh lumpuh! Maka sekali lagi boikot adalah WAJIB!

3) Kemaslahatan jemaah lebih utama daripada kemaslahatan individu.

Kaedah ini bermaksud jika sesuatu perkara itu dilakukan maka ianya mendatangkan maslahat buat individu dan jika ditinggalkan membawa kemaslahatan buat jemaah, maka perkara tersebut dituntut untuk ditinggalkan bagi memelihara kemaslahatan jemaah tanpa mengambil kira maslahat individu atau kita sebut sebagai 'maslahat peribadi'. Dalam masalah ini kita melihat bahawa boikot boleh mendatangkan maslahat buat umat Islam sedangkan jika kita membeli barangan boikot hanya sekadar untuk keperluan individu. Tidak mungkin individu boleh hidup tanpa adanya masyarakat maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa kepentingan umum lebih utama dan sememangnya patut diutamakan berbanding dengan kepentingan individu.

Berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan di atas daripada al-Quran, Sunnah dan kaedah fiqhiyyah maka jelas kepada kita bahawa memboikot musuh-musuh Islam khususnya dalam bidang ekonomi adalah fardhu 'ain ke atas setiap muslim kerana ianya mengandungi unsur-unsur tolong-menolong sesama umat Islam, pemeliharaan terhadap kemaslahatan mereka serta pencegahan terhadap sebarang kemudharatan yang menimpa mereka.




PRODUK YANG PERLU dan TIDAK PERLU DIBOIKOT.


Bukan semua produk perlu diboikot buat masa kini. Ada yang sememangnya perlu diboikot dan ada yang tidak. Produk yang perlu diboikot adalah produk yang mempunyai alternatif seperti bahan makanan, barangan dapur, peralatan kosmetik, pakaian dan sebagainya. Adapun produk yang tidak perlu diboikot buat masa kini adalah produk yang tiada alternatif. Bahkan ia merupakan satu keperluan pula seperti senjata dan peralatan teknologi terkini. Perkara-perkara begini adalah di luar kemampuan kita untuk memboikotnya memandangkan ianya merupakan satu keperluan dan kita masih belum mempunyai kemampuan untuk menghasilkan teknologi-teknologi sebagaimana yang mereka hasilkan. Lagi pun kita dituntut melakukan suatu kewajipan itu berdasarkan kemampuan.

*isi entry telah dicedok dari beberapa blog yang dipercayai.
 




p/s:
Jangan kerana barang free kita gadai maruah saudara seislam kita! Ingatlah sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mafhumnya: Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.
Jadi, jika kita bukan dari kalangan muslimin, kita dari kalangan mana?!




4 comments:

  1. haa..betul tu...dengan usaha tidak menggunakan produk mereka..dengan erti kata boikot,,nampak kesepaduan ummah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan usaha kita memboikot barangan Israel dikira sebagai amalan jidah kita bertemu Allah kelak. Amin.

      Delete
  2. bokot skali intel ye..research centre intel di tel aviv..Jgn terlalu memboikot membuta tuli..selidik dulu..takut jadi fitnah pd ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. boikot sekadar mampu..selagi ada pilihan untuk memilih...mudahan jadi seperti burung pipit di zaman nabi Ibrahim..:)

      Delete

mcm menarik je ni..tekan la..