Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Tuesday, November 6, 2012

Prof Ash:Pakaian terbaik untuk temuduga (Wanita)



Terdapat 7 perkara yang perlu diberi perhatian dalam menajga penampilan untuk pergi menghadiri sesi temuduga.

  • Baju kurung adalah pakaian yang PALING sesuai untuk temuduga di Malaysia. Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar dan nampak professional. Tak kisahlah kalau anda bukan berbangsa Melayu. Yang penting, anda orang Malaysia. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Jangan pakai shawl! Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Lagi satu, pakai tudung yang tak bercorak. Janganlah pakai tudung yang bunga-bunga atau polka dot. Nampak tak professional.
  • Warna? Definitely, warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelapputih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. Jikan anda hendak juga mengenakan warna tersebut, pastikan warna tersebut light atau lebih mudah muda warna nya. seperti kuning muda, pink muda, dan sebagainya.
  • Corak. Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol.Elakkan memakai corak berbunga-bunga yang besar. 
  • Jenis kain. Elakkan kain yang jarang dan ketat. Sekarang ni kan trend orang pakai baju kurung transparent. XP
  • Perfume? Tak perlu. Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dapat tawaran sebab badan berbau!
  • Makeup? Tak perlu tebal-tebal atau tak payah pakai terus kalau anda ada kulit muka yang berseri.Interview adalah untuk dapat kerja atau biasiswa bukan nak masuk program cari menantu.
  • Kasut. Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai.
p/s: ni antara contoh-contoh pakaian sesuai ketika di temuduga. Anda boleh layari laman sesawang ini.http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga

Diharap tips-tips ini berguna untuk anda . 

48 comments:

  1. Hi,

    Kalau interview jawatan Setiausaha Sosial di syarikat swasta, ok ke pakai baju kurung?

    TQ

    Asma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      sesuai je.As long as sopan dan kemas.Pastikan waktu di temu duga tu, tampilkan keyakinan anda. kalau anda rsa baju kurung kurang menampilkan gaya koperat. anda boleh kenakan blazer hitam di luar. Seandainya ada memiliki suit pejabat[kemeja putih+blazer+seluar/skrit panjang+tudung(bagi yg muslim)] , itu mungkin lebih menampakkan gaya koperat. walauapa pun..semua nya di tangan anda dan bagaimana anda mengayakannya. Ingat pemakaian menampilkan personaliti kita yang sebenarnya.tq

      Delete
  2. salam.. bagaimana pula bagi pakaian temuduga wanita mengandung? cth : temuduga guru (SPP).

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana pakaian wanita mengandung yang sesuai dan selesa pada si pemakai serta sedap mata yang memandang.

      Delete
  3. Replies
    1. boleh ke memakai jubah semasa interview?? kerana sy skrang pregnant..interview 7/11/2017. mohon bantu

      Delete
  4. kalau pakai kemeja ngn sluar jeans blh x?

    ReplyDelete
  5. shawl xboleh? i don't think so..i wearing a shawl during my first interview and i got the job..xsemestinya bawal boleh menampkkn imej formal..shawl jugk bole tetapi haruslah bersesuaian..shawl kosong yg tidak bercorak..klu bercorak pon haruslah minima..die menmpkkn seseorg tu lebih up to date dan mengikuti peredaran semasa..juga menarik utk di interview..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah diatas kejayaan anda mendapat kerja tersebut. Pemakaian shawl bergantung pada institusi yang anda pohon. Sekiranya swasta maka protokol pemakaian agak longgar berbanding kerajaan. PEnampilan hanya menggambarkan 10% sahaja. Yang penting cara anda berbicara ketika anda di interview.Sekian.

      Delete
  6. kalau guna seluar slek warna kelabu,boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..perlu sesuaikan dengan baju yg dipakai

      Delete
  7. perfume perlu?btl ke prfume hram pmpuan pkai?dalil plis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل
      “Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah)

      Delete
    2. أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
      “Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

      Delete
    3. pompuan mcm ni kan byk skarang..dosa korang sama dengan korang berzina..perghh..besar beb dosa korang..pakai tudung da elok da..pakai baju kurung Kedah lak tu g klas (apa kaitan ni?)tp pakai wangian...kononnya tutup aurat da lepas la dosa..memang lepas dosa tutup aurat..tp korang dapat dosa zina secara free..

      Delete
    4. Terima kasih kepada yang telah memberi dalil. Paling mudah..gunalah perinsip hidup seperti ini "bersederhana, tidak lebih dan tidak kurang dalam kebanyakkan perkara"
      sekian

      Delete
  8. rasanya seluar pun sesuai especially kalau ladies yg apply utk post project engineer, piping engineer. mmg sangat jarang lah perempuan yg apply for this post but still, there is. begitu jugak tudung, tak semestinya tudung bawal - sebab skrg ni ada tudung express, tudung syria yang sebenarnya lagi kemas.

    in the end of the day, pemakaian hanyalah 1-2% je, bagi post di swasta. utk jawatan kerajaan mungkin lebih..satu lagi interview kerajaan memang WAJIB baju kurung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat bersetujuan dengan saudari. apa yang penting jawapan yang anda berikan ketika sesi temuduga tersebut.

      Delete
  9. handbag color putih/ krim sesuai x? / kna warna gelap juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..asalkan ringkas dan sesuai. pastikan letakkan handbag disisi kerusi anda. JAngan lupa ambil lepas sesi interview

      Delete
  10. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  11. Kasut yang bercorak dan berwarna boleh?

    ReplyDelete
  12. Boleh ke kalau bag berlainan warna dengan baju kurung?

    ReplyDelete
  13. kalau pakai cardigan dalam baju kosong hitam/putih boleh ke

    ReplyDelete
  14. kawin jela dgn abg ni, sng ada advisor tetap :P

    ReplyDelete
  15. Salam, nk tnya kalau pkai kasut snikers boleh ke ?
    utk perempuan, pkai dgn bju kurung.

    ReplyDelete
  16. As Salam, terima kasih untuk info ni :)
    Macam mana kalau nak interview dia tetatkan Formal Business Attire? Saya bertudung. Sesuai ke baju kurung? Lagipun sya nak tunggang motor hehe. Saya akan interview untuk Maybank Foundation Program. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  17. Kalau pkai bj kurung hitam blh x??

    ReplyDelete
  18. Salam kalau interview keja krajaan mmg wajib berbaju kurung ke bg exsp mlayu? Kalu sy nk pkai kemeja n slack hitam bole x?

    ReplyDelete
  19. salam....nak tanya la klu mmg tak nak bawa handbag blh tak? wajib ke? or mmg perlu handbag tu utk lambang kan kita cm ner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon respon tentang yang ini. is it ohkay not to bring any handbag during iv ?thanks :)

      Delete
  20. Salaam...interview utk jawatan chef..pakain formal cm mana sesuai...first time interview...tq..

    ReplyDelete
  21. asalamualaikum, terima kasih diatas perkongsian saudara, Inshaallah ianya akan memberi bantuan kepada saya untuk menjalani temuduga

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum admin.. Jubah classy. Dan Tudung Labuh sesuai tak untuk temuduga company swasta ..which is company interior design

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum admin.. Jubah classy. Dan Tudung Labuh sesuai tak untuk temuduga company swasta ..which is company interior design

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum baju kurung plain and shawl plain yg labuh Dan berpurdah sesuai x utk bidang aircraft engineering. .harp dibalas . .thank you

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum baju kurung plain and shawl plain yg labuh Dan berpurdah sesuai x utk bidang aircraft engineering. .harp dibalas . .thank you

    ReplyDelete
  26. Slm. Sy dpt interview polis. Sy nk pkai kemeja putih n sluar slack. Adkah sesuai? hrap reply. Tq

    ReplyDelete
  27. Slm. Sy dpt interview polis. Sy nk pkai kemeja putih n sluar slack. Adkah sesuai? hrap reply. Tq

    ReplyDelete
  28. Slm. Sy dpt interview polis. Sy nk pkai kemeja putih n sluar slack. Adkah sesuai? hrap reply. Tq

    ReplyDelete
  29. salam, saya nak tanya soalan out of topic..
    untuk resume bg jawatan jabatan kerajaan dalam bahasa melayu atau English? mana yang lebih sesuai..

    Tq.

    ReplyDelete
  30. salam boleh saya tau kalau perempuan boleh ke pakai kemeja dan seluar slack

    ReplyDelete
  31. salam, bagi wanita muslim, tudung wajib tak semasa interview gov?

    ReplyDelete
  32. salam, bagi wanita muslim, tudung wajib tak semasa interview gov?

    ReplyDelete
  33. klu pkai bju melayu tuk interview sektor swasta xpe ke?

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..