Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Wednesday, October 31, 2012

Ustaz Ash: 12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

P/s: Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

 

Tuesday, October 30, 2012

Ustaz Ash: Ubat Hati

Baru nih Ustaz Ash dah share tentang 10 perkara yang boleh mematikan hati.Jadi hari nih ustaz nak share macam mana nak mengubati hati. Jadi harap dapat dimanfaatkan bersama.





Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani
Koor :
Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi

p/s: Bersamalah kita mengubati hati kita =)

Salam Aidiladha



Monday, October 22, 2012

Ustaz Ash:Aurat lelaki

Aurat yang jarang orang lelaki ambil berat hatta sewaktu solat. Sama-sama lah kita menjaganya bersama.




Ustaz Ash: 10 perkara yang boleh mematikan hati

Kali ini Ustaz Ash nak berkongsi 10 perkara yang boleh mematikan hati. Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni oleh orang ramai. Ada di antaranya yang bertanya, "Ya Aba Ishak! (Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham) Mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara"

     
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
   tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
   syukurnya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
   menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
   lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  
    jadikan pelajaran bagi mereka.

Sunday, October 21, 2012

Tak sabar nak konvo



TAK SABARNYA NAK KONVO!





HILANG SEMANGAT BILA DAPAT TAHU KOS AKU KENA PADA SEBELAH PETANG


TIMBUL PERSOALAN. KENAPA LAMBAT SANGAT KONVO?. UNIVERSITI LAIN CEPAT JER~


"HELO APA PASAI LAMBAT? GUA MAU MINTAK KELEJA MANYAK SUSAH LOR~ 

Prof Ash: Wonder Girl

Mungkin ada dikalangan kita yang sedia maklum dengan kehadiran kumpulan K POP~ Wonder Girl ke Malaysia baru-baru ini. Apa yang menariknya, mereka tampil dengan aura gadis melayu dalam persembahan mereka, mereka telah mengenakan pakaian Baju Kurung. 





Acapkali kita dengar orang dewasa mengatakan "kan manis pakai baju kururng". Memang ikhlas dari hati sanubari prof suka bila melihat gadis memakai baju kurung khususnya gadis melayu. Tambah-tambah lagi yang mengenakan tudung. (Allahuakbar. Terasa nak buat bini ja kalau macam tu.haha.) 



Seriusly nampak keayuan gadis tersebut terserlah.  Bukan sahaja ayu malah timbul aura kesopanan melayu dan mengikut lunas hukum agama iaitu hukum menutup aurat (bagi yang mengenakan baju kurung dan tudung). Kadang-kadang tu prof nak je kenal sapa pereka baju kurung yang asal and nak ucap terima kasih sebab meninggalkan masterpiece yang sangat awesome sebagai warisan bangsa melayu. 

p/s: Adakah, selepas ini ramai yang akan membuat baju kurung dengan corak diatas selepas ini? Kita nantikan saja..Kalau pakai baju kurung jangan lupa pakai tudung yer.Baru sempurna.








Wednesday, October 10, 2012

Mr.Ash: Wedding Photographer

Seperti yang di laung-laung kan oleh Dato'Seri Najib iaitu janji ditetapi. So aku pun nak juga janji ditepati.hahaha. I'll reveal my sis wedding photographer. for me his team are awesome.its not just because of their masterpiece but the way they serve their coustomer. For aku, layanan yang baik amat memberi kesan terhadap pelanggan. Diorang peramah, happy go lucky and behave very well. Plus on that day, bro ni https://www.facebook.com/mahkota.impianphotography teach me something about DSLR. TQ BRO jasa mu dikenang :-) So memang tak kedekut ilmu kata orang. So here are some of their masterpiece yang aku curi-curi dekat page FB kak aku.hihi. Here are their contct for those yang nak perkhidmatan mereka. I really recommand their services. Rejoice.






Tuesday, October 9, 2012

Prof Ash: Oh My English!




Seperti mana Mr.Ash bagi tahu dalam entry dia yang lalu(entry). Prof ash kali ini nak berkongsi dengan semua berhubung pengusaaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak melayu. Yes! Memang tidak dapat dinafikan sekiranya sesebuah bangsa itu tidak mengagungkan dan memartabatkan bahasa ibunda sendiri siapa lagi yang nak agungkan bahasanya. Malah ada yang beranggapan seumpama maruah serta jati diri sesebuah bangsa itu hilang. Prof juga bersetuju dengan pandangan seperti ini. Walaubagaimanapun jika dilihat dari suasana global masa kini sebenarnya amat memerlukan kita menguasai bahasa asing khususnya Bahsa Inggeris bagi memajukan dan memastikan survival bangsa dalam kancah krisis ekonomi dunia sekarang. Kita tidak boleh hanya bangga dengan bahasa ibunda yang pernah menjadi lingua franca  tetapi dalam masa yang sama bangsa kita mundur ke belakang. Mana mungkin bahasa sesuatu bangsa dapat menjadi bahasa antarabangsa jika bangsa itu mundur. Lihat sahaja sejarah peradaban melayu, bahsa ibunda kita menjadi bahasa lingua franca kerna ilmu dan ekonomi perdagangan kita kuasai. Jika dilihat pada bangsa-bangsa lain dalam dunia ini. Bangsa jepun dan korea, mereka agungkan bahasa mereka setelah ilmu penuh di dada bangsa mereka. Bangsa arab(setelah kedatangan Islam) juga begitu. Peradaban mereka berjaya mengekalkan kedaulatan lebih ratusan tahun lamanya bermulakan penguasaan bahasa lingua franca pada ketika itu. Sehinggakan setelah bangsa arab(umat islam) maju, raja eropah yang ingin mengutuskan surat menulisnya dalam bahasa arab.

Maka kita sebagai bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang cintakan bahasa dan bangsanya serta ingin mengembalikan bahsa ibunda kita menjadi bahsa lingua franca perlu pada penguasaan ilmu-ilmu lain terlebih dahulu. Persoalannnya sekarang bagaimana kita hendak menguasainya sedangkan ilmu-ilmu tersebut berada pada dada-dada bangsa lain seperti bangsa eropah dan bangsa matahari terbit. Tak lain tak bukan kita perlu menguasai bahasa mereka terlebih dahulu. Oleh sebab itu, Kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ada harini telah melakukan pelbagai dasar seperti PPSMI(telah di bubarkan), seminar skor A, plan transformasi pendidikan negara dan sebagainya. 



Persoalannya, kenapa penguasaan bahasa inggeris masih menghampakan?Adakah dasar atau pengajaran bahasa ingeris disekolah tidak berkesan?Adakan cikgu tidak cukup berdedikasi dan berkaliber? Pada pandangan prof pengajaran bahasa inggeris di sekolah berkesan. Cuma tidak mencukupi jika sehari kita hanya memperuntukkan 2 atau 3 jam sehari. Bagi menguasai sesuatu bahasa, individu terbabit perlu pada latihan kendiri ataupun mengunakan bahasa dengan meluas serta banyak  membaca buku-buku bahsa terbabit. Dengan erti kata lain dengan membudayakan gaya hidup cemerlang iaitu mewujudkan suasana bahasa tersebut. Seperti masyarakat cina dan india, mereka dapat menguasai bahasa inggeris kerana mereka mewujudkan suasana bahasa inggeris itu di rumah. Malah mereka tidak segan silu bertutur walaupun salah.

Oleh yang demikian faktor suasana atau environment lah yang paling memainkan peranan penting. Bagi mewujudkan suasana ini, guru dan ibubapa perlu memainkan peranan.Di sekolah, suasana berbahasa ini perlu wujud seperti menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa perhimpunan mingguan, bahasa pengunguman(boleh dibuat dwibahasa) dan sebagainya. manakala di rumah ibubapa perlu bertutur dalam bahasa inggeris walaupun bahasa inngeris yang dituturkan itu salah dari segi grammar dan sebagainya. Ini akan membantu anak-anak untuk tidak segan silu bertutur dalam bahasa inngeris selain menjadi medan latihan untuk berbahasa. 

p/s: Jadi bagi sesiapa yang masih belum mendapakan gambaran bagaimana suasana menjadi pendorong berbahasa inggeris, anda bolehlah mengikuti cerita TV Oh My English!. Dari situ anda dapat lihat, suasana berbahasa inggeris yang diwujudkan. Prof percaya juga kita membudayakan berbahasa ini, pastinya kita akan dapat lihat perubahan dan akan lebih ramai anak melayu khasnya akan dapat berbahasa inggeris dengan baik tak kira dari segi pertuturan mahupun penulisan. Terima kasih.





Ustaz Ash: Warisan Ibrahim bin Adham


Assalamualaikum.Lama kita tak bersuakan. Al-maklum lah agak sibuk sejak dua menjak ini. InsyAllah perkongsian akan sentiasa dkongsi. Agar mulut sentiasa basah dengan kalimahnya dan hati sentiasa dipaut pada jalanNya. Amin. Kali ini ana nak berkongsi wasiat yang diwariskan kepada Ibrahim bin Adham. Siapakah Ibrahim bin Adham ini?xpe .InsyAllah ana akan berkongsi pada entry yang akan datang.

Kisahnya mermula apabila beliau di lawati wakil guru tariqat

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya." 
p/s: Semoga menjadi pedoman bersama.

Wednesday, October 3, 2012

Ustaz Ash: Adab - Adab Pergaulan petikkan daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali


            
    Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

     Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan
     dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu
     menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu
     tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut
     ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara
     itu pasti tidak baik dan tercela.

     Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak
     menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau
     engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang
     duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

     Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur
     dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
     menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang
     lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka
     diamlah secepat mungkin.

     Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri,
     anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap
     suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

     Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap
     manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah
     sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali
     berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
     Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
     ucapkanlah isi hatimu dengan baik. 


Matematik komputasi di MCTF' 12


Recently I went to job fair MCTF'12 for job hunting. Al-maklum lah dah habis belajar, so kena la pulak cari kerja. Soon 21st Sept aku pun bertolak lah ke rumah kawan baik aku sorang nih, Afiq nama dia. Memang family dia superb la. Layanan family dia memang terbaik. Mak dia memang lagi terbaik sebab suka korea..so sama angin dengan aku la.hahaha. ayah dia lagi hebat. Ayah dia nih businesman berjaya. banyak la nasihat yang ayah dia bagi and natijahnya aku tibai je untuk terima keje cikgu ganti dekat sekolah lama aku. :-)

Actually bukan aku seorang je yang menumpang di rumah dia..ada 2 orang lagi iaitu suksis and redwan a.k.a Anuar Zain UMT both are form Terengganu. So mengikut plan yang dibuat oleh Afiq, kami job hunting on 23rd Sept.  So before that kami lepak-lepak la jawabnya.HAHAHA.  Yang paling kelakar sekali Si Redwan nih penyanyi so memang dia dah gian lama untuk menyanyi. When, kami jumpa tempat untuk karok terus dia amik borang jadi membership.HAHAHA.
Sebelah malam lepak dekat iCity lak.hik3..bersama dengan Cik Bel and Asyraf.:-)






So malam lepas lepak iCity tu kami berehat di kedai burger bakar kaw-kaw. This is my first time makan burger bakar di kedai.sebelum nih buat je di rumah. menurut Saudara Afiq, burger bakar kaw-kaw nih pengasas kepada burger bakar di Malaysia.

peace with burger bakar kaw-kaw

On 23rd Sept tu semua berkumpul di Midvally. Ramai gak kumpulan kami nih, Syafiq Ketam,Mat Din, Fairuz(cik fairuz nih just datang untuk lunch ngn kitaorg je...dia dah keje dkt RHB Bank) plus kami 4 orang. Memang giler la.Ramai giler orang dah macam nak buat haji. Hahah.



So mengikut pengalaman aku yang cetek nih baru lah aku sedari bertapa susahnya untuk cari kerja. Semua table  tak kenal program matematik komputasi nih.sedih giler.Yang paling terkejut beruk bila ada company yang tanya macam nih.

 kakak booth :"ye dik boleh akak bantu?adik ambil degree apa?

aku pun jawab, " saya ambik matematik komputasi.Macam pure math jugak la"

kakak booth "oh! adik hebat sangat nih" sambil mengulurkan gift free.


So bila dia dah bagi gift tu kena paham-paham la maybe tak de lah tu jawatan untuk kos kita.hahaha.xpe la. Kami redah job fair tu mau 2 3 jam gak la.Habis kebas kaki-kaki dibuatnya tetapi malangnya resume 30 salinan aku just guna 10 je.Hahaha.





So aku balik Kedah 24 Sept. Inilah hari yang paling tak boleh belah sebab aku terlambat 2 minit lalu terlepas bas. tapi as usual aku adalah Mr.Ash, merengkap Ustaz Ash dan Prof Ash aku berjaya complaint sampai aku dapat pembelaan sewajarnya dan dapat tiket free balik Kedah.Hahaha. Nati kalau ada masa I will share how to make a good complaint.Hahaha


p/s:Banyak pengajaran yang aku dapat setelah aku balik dari Job Fair. Yang paling penting adalah English. bahsa yang banyak dituturkan dalam job fair tu is English. So boleh bayang la kan kalau dah job fair pun dah cakap orang puteh inikan pula nak interview and keje nanti. so lets improve our English! Go2 Chaiyok! (Nantikan entry dari prof Ash on how to inprove our English)

mcm menarik je ni..tekan la..