Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, December 9, 2010

Cinta Itu Seperti Garam


mr.Ash dan mrs.ash sedang berada di dapur.

"Awak, Im so sorry coz you yang kena masak lak malam ni."

mr.Ash tersenyum.

"awak dah masak untuk saya tiap hari kan... Kali ini, biarlah saya lak yang memasak untuk awak. awak kan demam, sayang berehatlah oke."

mrs.Ash berkata,

"Tugas memasak, awak bagi dekat saya. Awak kan dah satu hari kerja untuk mencari rezeki. sekarang turn saya pula untuk melayani awak. Memasak dan melayan awak adalah kerehatan untuk saya."

mr.Ash berkata,

"Malam ini, biarlah saya yang memasak untuk awak. Bukan selalu awak dapat merasa masakan saya. awak risaw masakan saya tak sesedap masakan awak ek?"

mrs.Ash tersenyum dan berkata,

"Masakan awak tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan saya,hik3"

mr.Ash tersenyum dan membalas,

"Skill masak saya makin bertambah taw..Masakan saya makin bertambah sedap taw. Selepas ini konpem awak akan merayu-rayu minta saya masak untuk awak."

mrs.Ash tersenyum dan berkata,

"saya tahu, awak memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan awak makin bertambah sedap."

mr.Ash tersenyum dan bertanya kepada mrs.Ash.

"awk, berapa banyak garam yang perlu saya masukkan ke dalam masakan ini?"

mrs.Ash menjawab,

"Awak masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

mr.Ash menjawab,

"Boleh awak tolong saya masukkan garam dalam masakan ini tak? saya mengalah la, awak terer lagi masak dari saya."

mrs.Ash tersenyum dan menolong suaminya.

"Awak tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

mr.Ash menjawab,

"iron chef nak test saya ek? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

mrs.Ash tersenyum.

"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

mr.Ash tersenyum dan menjawab,

"saya mungkin kalah dengan awak dalam masak, tetapi saya tak nak kalah dengan awak dalam soal cinta."

mrs.Ash tersenyum dan mr.Ash meneruskan kata-katanya,

"saya berikan cinta saya pada awak dengan secukup rasa. Cinta yang saya bagi awak, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta kita tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

mrs.Ash tersenyum dan berkata,

"Awak memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin sayang saya dekat awak taw. Kadang-kadang, saya rasa awak lah pakar bius terhebat taw. saya dibius cinta."

mr.Ash tersenyum.

"Nasib baik saya tak leh jadi doktor setakat Dr matematik je. Kalau tak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta saya."

mrs.Ash mencubit manje mr.Ash gara2 jenaka mr.Ash



p/s:hai...mrs.Ash tu la orang yg berjaya amik hati saya...so dalam blog saya ni..saya gelar die mrs.Ash la yer...hihihi...die sorang yang simple,manje,comel n etc...skrg ni die demam teruk..risaw saya..apakan daya jarak memisahkan kami...hope she can get well soon...pesanan kepada mrs.Ash jangan lupa makan ubat & jangan lupa taw makan ubat yg saya bagi tu...nukilan ini saya amik dari page i luv islam dan di edit mengikut selera say..hihihi...

3 comments:

  1. i like dis post, ahaks. hahahahahaha.
    kesian mrs Ash. rindu tuh.

    ReplyDelete

mcm menarik je ni..tekan la..