Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Friday, March 15, 2013

Mr.Ash:Karnival Halal Kedah 2013

Bersama lah kita memeriahkan lagi karnival ini




Thursday, March 14, 2013

Prof Ash: Ops Daulat Lahad Datu

Negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sejak 9 Feb 2013 oleh kumpulan yang mengelar diri mereka "Tentera Kesultanan Sulu". Kehadiran mereka adalah bertujuan merampas negeri Sabah yang secara sahnya adalah wilayah Malaysia yang sah mengikut lunas undang-undang. Sepanjang OPS Daulat yang dilaksanakan oleh Polis dan ATM, banyak nyawa yang terkorban dan banyak juga tangkapan yang dibuat untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Malah wira-wira negara kita juga ramai yang gugur syahid di medan pertempuran. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah.


Baik. Berbalik kepada isu yang berlaku ini. Banyak spekulasi yang berlaku sejak insiden ini terjadi khususnya dari segi politik. Satu pihak ke satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Tidak habis-habis menyalahkan orang lain. 



Disini saya tidak mahu menyentuh isu politik. Saya berkongsi pandangan 2 perkara penting yang amat perlu kita fikirkan bersama. 




Kebocoran
Ramai yang tertanya tanya bagaimana mereka boleh masuk ke Malaysia melalui perairan negara?Bagaiman begitu mudah mereka masuk?Bukankah perairan negara dikawal oleh 3 agensi keselamatan?Jawapan yang paling mudah adalah kemungkinan berlaku kebocoran iaitu ada pihak yang membenarkan mereka masuk setelah menerima suapan. Saya beranggapan sebegini kerana jelas kita lihat lambakkan warga asing yang tiada permit berada di negara ini. Semua itu kerana apa?
Semua ini kerana ada pihak yang menerima suapan. tak kira lah suapan kepada agensi keselamatan ataupun ahli politik(seperti yang diheboh-hebohkan sekarang ini). Ini suatu budaya yang tidak sihat. Rasuah dan kurangnya integriti ini sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada negara. Insiden Lahat Datu ini sebenarnya membuka mata kita bahawa ada pihak yang tidak berintegriti dengan mengamalkan rasuah. Saya berharap SPRM membuka buku siasatan tentang isu ini. Malah SPRM sendiri perlu lebih giat dan agresif dalam membanteras jenayah rasuah dengan "menyerang" agensi yang berrisiko menerima rasuah. Saya masih ingat akan pesan Pengarah  SPRM Bahagian Pendidikan Masyrakat, Dato' Syamsiah dalam video ucapan khas bersempena Majlis Penutupan Kempen Anti Rasuah kebangsaan 2012(KEMAR 2012), beliau menegaskan bahawa Isu rasuah ini adalah isu bersama. Kita perlu bersama membanterasnya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, latar belakang, dan mahupun perbezaan ideologi politik.




Keselamatan 

Sebenarnya, apabila kita lihat insiden ini berlaku, ramai yang mempersoalkan keupayaan ketenteraan negera kita. Sebenarnya, menerusi pengamatan saya, ketenteraan kita masih belum kuat sekiranya ada pihak yang lebih besar menyerang kita. Pada saya, kita perlukan keupayaan lebih dari segi pertahanan dan menyerang pada masa yang sama. Jika dilihat negara yang kian maju seperti korea, mereka tidak pernah lupa memperkukuhkan ketenteraan mereka. Sememangnya tidak dinafikan skill tentera malaysia di iktiraf menerusi misi Pengaman. Tetapi saya melihat kelengkapan persenjataan dan kelengkapan perang juga perlu seiring. Sudah tiba masanya kita memperuntukkan dana yang lebih besar dalam transformasi pertahanan negara. Bukan sahaja dalam dari segi membeli malah dari segi R&D ketenteraan. Biar kita berusaha membina senjata sendiri. Transformasi perlu lebih menyeluruh. Bukan sahaja ekonomi tetapi meliputi semua aspek.

Mungkin kita boleh membeli lebih banyak jet pejuang, kapal perang, kapal selam dan mungkin lebih baik kita memiliki kapal penganggkut. Bersempena dengan LIMA yang bakal menjelang, mungkin Malaysia perlu mengambil peluang untuk mengintai mana-mana kelengkapan yang mungkin boleh di beli bagi memperkukuhkan keupayaan ketenteraan negara.



Mungkin perlu banyak lagi kereta perisai.. 

 Atau mungkin perlu perbagaikan jet pejuang

 Lebih baik memiliki kapal penganggut..boleh jadikan Armada Laut Malaysia seperti zaman Laksamana Cheng Ho

Atau mungkin Kapal terbang pemusnah Pintar 


 mungkin banyakkan kapal perang yang ada..

Banyak lagi perkara yang boleh diambil iktibar dari isu ini. Apa yang diperkatakan disini hanya secebis dari alamat Lahad Datu. Semoga pemimpin kita melihat perkara ini lebih teliti dam mendalam. I know they knows better then me.

p/s: Perhatian: Apa yang dikatakan di sini hanya sekadar pandangan rakyat biasa. Harap maklum.




Tuesday, February 26, 2013

Prof Ash:Pak Mie and Mak intan


Have you ever know this guy?He is Pak Mie. The Pak Mie shelter story come up more than half a year ago. 





Pak Mie and wife have been rescuing and feeding more than 500 stray dogs and 100 strays cats at Alor Star, Kedah. 

Their selfless spirit and love towards the stray truly put a lot of us to shame

People are look down on them coz morang melayu banyak yang beranggapan dengan tanggapan yang salah dalam bab bersentuhan dengan anjing. 


Here I attach a documentary about Pak Mie Shelter story.


Here I attach penjelasan sebenar tentang larangan bersentuhan dengan anjing.Mudahan kita mendapat manfaat bersama dan jangan salah anggap terhadap makluk Allah lg. 


p/s: A quote from a supporter in the documentary: Although they (the stray dogs) are strays, even though they are dirty, the soul is clean.  

Mr.Ash: I am Job Sniper (Job Hunting Mode)




Mr.AsH:REFORMASI

This song is sing by #yasin sulaiman (hush entertainment)
guitars by Faizal Tahir

Rejoice..



Lirik

kuterdengar suara kebebasan
gerak nadi kemanusian
bersahut seindah seruan
bangkitan suara di dalam

Reformasi x3

kumerasa bayu perubahan
kali ini bagai kepastian
derasanya gelombang kebenaran
kemenangan tiada terhalang

Reformasi x10

kemenanti sinar kasih sayang
yang mendamba wajah ketulusan
bagai tidak lama penantian
cahaya di penghujung jalan

Reformasi x10



Sunday, February 24, 2013

Prof Ash: Perjuangan Kalimah

Baru-baru ini kita lihat keadaan politik Malaysia semakin hari semakin hangat. Malah baru-baru ini apabila kalimah Allah dicabar, ramai yang bangkit nak mempertahankan kalimah Allah. Alhamdulillah ramai yang tampil. Tetapi yang menjadi persoalanya adakah mereka yang tampil itu benarbenar hendak memperjuangakan Islam atau hanya memperjuangakan kalimah?
Anda yang melihat Anda jua yang akan menilainya.


Ramaikan yang tampil perjungkan kalimah Allah.


Persoalanya perjuangan hanya dimulut tetapi tidak pada anggota lain.



Saya rasa mereka perlu perjuangkan kalimah Allah dalam hati sanubari dahulu. Ambil Islam sebagai AdDin


Bergini rupanya pejuang kalimah. Dari berarak macam ini, baik pergi masjid bagi ceramah or bagi pamplet kepada non-muslim agar mereka faham tentang Islam dan tidak mempertikaikan hak istimewa orang Islam.


p/s: I really hate Ibarhim Ali. I got my own reason. Apa yang anda lihat. Nilai sendiri. Paparan ini sebagai pengajaran buat kita. Antara Perjuangan Kalimah Allah dengan Perjuangan Agama dan Hukum Allah...mana lebih penting?Tepuk dada tanya Iman.






Friday, February 22, 2013

Prof Ash:Harlem Shake Dance

Pasti ramai di antara kita yang mengetahui Harlem Shake Dance. Paling simple ada yang kata Harlem Shake Dance ini bakal bersaing Oppa Gangnam Style oleh Psy. Sejauh mana kebenaranNya kita nantikan je la.Berbalik kepada perbincangan kita. Tarian yang tidak ada tarian yang khusus. boleh tibai je.Tapi sejauh manakah kefahaman mereka dengan tarian ini?Jadi di sini saya nak berkongsi sikit informasi tentang tarian ini.

Apa itu Harlem Shake?

Secara sejarahnya, tarian ini merupakan satu tarian yg cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Tariannya simple, anda hanya perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake Dance. Gaya yang digunakan diulang tanpa ada perubahan. Biasanya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian disusuli oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama/ berlainan.

Pada tahun 2011, pemuzik elektronik , Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagunya dan pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.

Video viral Harlem Shake Dance pertama telah diporpularkan dan dimuat turun  pada 30 Januari 2013 yang dipelopori oleh lima orang remaja dari queensland, australia. Berkostumkan topeng dan baju latex mereka menari Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Haerlem Shake Dance dapat ditonton menerusi laman youtube.









mcm menarik je ni..tekan la..