Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, August 2, 2012

Prof Ash:Kenali University of Ramadhan




Assalammualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat skalian. 

Alhamdullilah.Bersyukur kehadrat Ilahi kerna kita semua telah dikurniakan nikmat iman, Islam serta diberi peluang untuk bernafas lagi di pertengahan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa.
Baiklah, kali ini prof nak berkongsi dengan semua berkenaan dengan University of Ramadhan. Universiti ni bukan calang-calang university tau. Tanpa pendaftaran atau yuran, malah tiada pinjaman pendidikan PTPTN. Semua mendapat pembiayaan secara percuma bak kata orang semua mendapat biasiswa Allah dan rasul yakni dijanjikan kelebihan dan kemenangan kepada hamba-Nya yang bertakwa.
 Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan dengan keimanan dan mengharap (keampunan), maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Universiti ini sebenarnya sudah ditubuhkan sudah beribu-ribu tahun lamanya. Buktinya berdasarkan kalam Allah yang berbunyi
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah: 183).
Dalam ayat di atas Allah menyebut “sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu”.Ini bermakna sebelum datangnya perutusan Nabi Muhammad lagi sudah adanya universiti ini. Cuma waktu itu belum dinaikan taraf lagi dengan malamal-qadar dan bulan khas (Ramadhan).  
Pengambilan pelajarnya adalah secara automatik tanpa perlu mengisi borang UPU kepada semua orang yang melafazkan kalimah syahadah. Yang paling menariknya, orientasi universiti ini adalah yang paling lama berbanding dengan univerisiti-universiti lain di dunia ini iaitu 2 bulan di bulan Rejab dan Syaaban.
Uniknya universiti ini adalah universiti ini hanya ada satu fakulti sahaja iaitu Fakulti al-Takwa dengan program pengajiannya iaitu program Sarjana Muda Tenang, program Sarjana Redha dan program Dr Falsafah DiredhaiNya. Sememangnya program university ada tiga sahaja berdasarkan ayat
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (al-Balad: 27-30)
Kuliah bermula pada 1 Ramadhan. Kuliahnya semua berkisarkan puasa. Kehadiran ke kuliah ini amat penting. Penilaian berterusan diguna pakai sepenuhnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
Sabda rasulullah SAW: "Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim] 
Terdapat satu subjek teras iaitu ‘puasa menahan lapar dan dahaga’. Manakala subjek elektif pula boleh dipilih iaitu ‘puasa mata’, ‘puasa telinga’, ‘puasa anggota’ dan sebagainya.
Semua peniliaiannya adalah mengikut penilaian berterusan. Ini bermaksud ‘carry mark’ sangat penting. Assignment adalah zikir, selawat, tadarus Al-Quran dan ibadah-ibadah sunat lain.
"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. di antaranya ada golongan Yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah Yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang)." [Ali-Imran: 113]
Nabi SAW di tanya: "Apakah sedekah yang afdal?" Jawab baginda: "Sedekah di bulan Ramadhan." [HR Al- Tirmiziy] 
Tutorialnya pula adalah solat sunat tarawikh dengan 3 rakaat witir. Tutorial ni boleh dipilih antara nak masuk ‘tutorial 8 rakaat’ ataupun ‘tutorial 20 rakaat’. Semua ini untuk membantu graduan lepasan University of Ramadhan ini dapat mengharungi arus globalisasi dengan solat 5 waktu dengan sempurna dan mudah-mudahan tutorial solat tarawikh 8 dan solat tarawikh 20 rakaat ini dapat mengajar graduan mereka untuk solat secara berjemaah.
Aktiviti ko-kurikulum juga tidak dilupakan agar graduan University of Ramddhan memiliki soft skill yang terbaik iaitu aktiviti Qiamullail.
Dalam hadis riwayat Al-Bukhari menyatakan bahawa Aisyah RA berkata :
"Sesungguhnya nabi SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan mempertingkat amal ibadah, menghidupkan ibadat malam dan membangunkan ahli keluarga daripada tidur untuk beribadat".
‘Peperiksaan’ atau ‘quiz’ pula dibuat secara mengejut iaitu malam Al-Qadar. ‘Peperiksaan’ berlangsung sepanjang malam bermula dari terbenamnya fajar hingga terbit fajar. ‘Pengawas peperiksaan’ adalah dikalangan malaikat dengan izin Allah yang akan mendampingi hambaNya yang beribadah dan bermunajat padaNya. ‘Markah penuh’ bagi peperiksaan ini adalah lebih baik dari seribu bulan. Semua ini berdasarkan surah al-Qadr.
“Sesungguhnya kami telah turunkan (al-quran) pada malam qadar. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar” (surah al-Qadr)
Setelah sebulan menlanjutkan pelajaran di univerisiti ini, maka semua pelajarnya akan berkonvo. Tarikh konvo bagi University of Ramadhan ini sudah ditetapkan oleh Allah iaitu pada 1 syawal setiap tahun. Semua mahasiswanya akan bergraduat.(walaupun ada yang tak ikut kuliah “puasa”.) Yang membezakan graduan-graduan ini adalah tahap ketakwaan mereka kepada Allah. Berbahagialah dan tahniah kepada yang bergaraduat dengan ‘kelas pertama’ iaitu mendapat keampunan dan rahmat dari Allah. Malah yang menariknya yang menyambut kegembiraan garaduan kelas pertama ini bukan sahaja individu tersebut sahaja malah tuan empunya universiti iaitu Allah Yang Maha Esa.
Sabda rasulullah SAW: "Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, apabila ia berbuka, ia gembira dengan berbukanya, dan apabila ia berjumpa Tuhannya ia gembira dengan puasanya (yang diterima)." [HR Al-Bukhari]

Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba’: 31).
~~ SALAM RAMADHAN KAREEM ~~

No comments:

Post a Comment

mcm menarik je ni..tekan la..