Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Thursday, February 16, 2012

Tips Ash: Lasagna


ha...bersua kita kembali dalam ruang Tips Ash...kali ni i wanna share with you cara nak buat lasagna bagi orang yang macam aku(orang yang xterer langsung masak..hihihi)
so sebelum tu ofcoas la kita perlukan bahan-bahannya...korang nak taw x...ish2 susah giler nak cari bahan-bahan dia...aritu aku g tesco cari bahan ssh giler..dh macam running man..terkejar2 sini..terkejar2 sana...barang dia x ssh pn..tapi al maklum la...orang baru nk masak ni mmg la xtw barang2 tu nk cari dkt mane kn...hahahaha
so jom kita terus kan ngn bahan2 nya....


1 bungkus ayam/daging kisar
1 tin sup cendawan (kalu yang kimball dalam tin-lebih senang)
1botol bolognese sauce(bleh je kalu nak guna sauce spegati tapi waktu kena tambah cheese dalam sauce spegati tu untuk memekatkan lagi sauce tu)
1 tin cendawa butang(terpulang)
italian herbs(terpulang tapi aku suka masukkan Rosmery)
garam & lada hitam
1 bawang besar-potong dadu
1-4 bawang putih(ikut kehendak hati la)
1 kotak lasagna (belum rebus)
1 buku mozarella cheese


1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sebentar.

2.masukkan sos bolognese(kalu gna sauce spegati sila masukkan cheese sikit supaya
memekatkan sos dan untuk membantu semasa bake nanti)

3.masukkan italian herbs/rosmery, garam, lada hitam dan cendawan butang. Masak bagi pekat.

4.sediakan baking dish dengan menyapu sedikit butter/magarine supaya tak melekat.

5.Taburkan satu lapisan nipis sauce yang kita buat tadi.

6.kemudian letak satu lapisan lasagna. pastikan seluruh lapisan daging tadi di tutup.


7.di atas kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan.

8.di atas lapisan sup cendawan letakkan lapisan lasagna pula.

9.langkah 5-8 diulang mengikut kehendak hati anda tapi jangan terlalu tinggi sangat yer...


10.pastikan lapisan terakhir itu adalah lapisan sauce yang kita buat tadi.

11.taburkan mozarella cheese (diatasnya boleh je kalu nak letak italian herbs or rosmery)


12.Bakar dalam oven dengan suhu antara 180c selama 20-30.(cara paling mudah adalah test dengan mencucuk bahagian tengah hingga ke bawah. kalau kepingan lasagna tak keras itu tandanya sudah masak. pastikan cheese tak hangus yer..)

1.


sedapnyer~

selamat mencuba~

2 comments:

mcm menarik je ni..tekan la..