Followers

Recent Posts

selamat datang ke http://aku-ash.blogspot.com/ "dunia ini untuk kita aje"

Sunday, December 11, 2011

ustaz ash:hakikat sifar

lamanya ustaz tak berceloteh...tak pe la..kali ni ustaz nak berpuisi dan bersajak lak sebab baru2 ni ustaz joins senimatik. senimatik ni satu kebudayaan matematik. tapi ustaz join gak sebab ustaz nak jelaskan kepada semua yang ilmu matematik ni juga dapat tunjukkan kita siapa tuhan yang Maha Esa. mungkin sajak yang ustaz buat ni agak sukar di fahami. apa pun kalau anda di luar sana faham pasti anda akan tertawan.:) selamat berhibur....

HAKIKAT SIFAR

Sifar

Tidak ada seorang insan yang menyangka

Hakikat sifar bukanlah tiada

Tidak ada seorang hamba yang menyangka

Sifar bukanlah angka biasa

tetapi hakikatnya sifar adalah luar biasa


Sifar

kau hina, mungkar, keji

apabila dirimu berdiri

pada wilayah scalar rusuk kiri

kewujudanmu tidak dapat berdikari

tiada makna, erti mahupun sumbangan pada diri


aarrrghhhhh

jauh panggang dari api,

bagai langit dan bumi


sifar

hakikat titik coordinate keagungan

menyerlah fitrah kewujudan

pada wilayah scalar rusuk kanan

mengahasilkan relative matematik pada persaudaraan

menjadikan nombor nyata gah dalam kekuatan


sifar

kehadiranmu umpama tidak bermakna

kewujudanmu serba tidak kena

celaka wahai bangsa rom durjana

kerna terlalu bangga peradaban bangsanya

kerna kau jua lah sifar merana


sifar

lahirnya islam membawa sirna

alkawarizmi kembalikan sinarnya

dengan penemuan aljabarnya

memasyurkanmu seantero dunia

mengukuhkan bukti kewujudan manusia


sifar

paradigam kewujudanmu membangkit

satu persatu evolusi teknologi dirakit

system binary dan decimel terungkit

terungkailah setiap satu penyakit

ubati hati manusia yang sakit

sakit kerna magrifatullahnya yang sedikit


ayuh lah

ayuh lah

wahai manusia

sedarlah hakikat sifar

yang menggambar

penciptaan adam si insan yang tidak penyabar

terlalu hina umpama aning menyambar

bayang-bayang yang hilang tiada khabar

itulah hakikat sifar


ash

7/12/2011

7.05 petang



video


p/s: sajak ini hak milik penulis sajak dan sajak ini menang Pertandingan Malam Senimatik 2011

2 comments:

mcm menarik je ni..tekan la..