hmmm...terdetik lak nak post entry tentang sahabat bila dengar lagu SAHABAT dari Aizat...
sedap sangat lagu ni...sebut tentang sahabat atau kawan ni....seseorang remaja tu semestinya akan ada ramai kawan...jiwa remaja itu memang lebih dekat dengan rakan-rakan mereka sendiri...jadi termasuk la aku...
saya ada seorang kwn perempuan ini...dia sering kata tak percaya kat saya...saya paham keadaan dia...dia jadi macam tu sebab ex dia dulu...sampai dia tak percaya kat lelaki termasuk lah saya...dia ni pantang taw orang tipu dia...sensitif...
tp saya sebagai kawan dia...saya x kn tiggal kan kawan saya mcm tu...saya jus nk dia hepi je... :-)
so kali ni saya bukan nk cerita tentang kwn saya tu...saya nk kongsi sikit ap yg saya baca dar artikel yang saya baca dari newspapaer iluvislam+pandangan sendiri tentang sahabat...
artikel ni ckp...
"kawan hadir mereka memberi kegembiraan, tersilap langkah membawa kehancuran"
kalu diteliti ayat ini, bagi saya ayat ini terdapat 2 maksud...maksud pertama bermaksud rakan mempengaruhi kita untuk jadi jahat atau baik
maksud ke-2, dalam persahabatan ini jika tersilap langkah je even perkara remeh bleh meleraikan persahabatan yang terbina sekian lama walaupunsudah lama terbina...
so sebagai orang yang menghargai persahabatan perlu memiliki sikap2 yang baik supaya persahabatan berkekalan dan dapat mendorong rakan lain kepada kebaikan. mudah-mudahan persahabatanyang terjalin memperolehi keberkatan.
1.kawan ketika susah atau senang
kawan yang terbaik adalah kawan yang tidak akan membiarkan kawannya sendirian dalam kesusahan.kita perlu lah beusaha menyelesaikannya bersama dan tidak mengambil kesempatan keatasnnya.
2.membawa kepada kebaikan
rakan baik sentiasa mengajak kepada kebaikan. Bukan dalam aspek agama sahaja malah keseluruhan hidup rakannya agar terarah kepada kebaikan.
3.berani menegur kesilapan
kita perlu menegur kesilapan rakan bukan nak menyakitkan hati tetapi demi kebaikannya. Ini satu tanda kita mengambil berat keatas rakan kita. Pastinya teguran berhikmah seperti mana yang dianjurkan oleh Islam.
4.tempat mengadu
rakan yang baik juga akan memahami jiwa dan perasaan rakan nya. Tidak perlu lebih, sekadar menjadi pendengar yang baik juga sudah cukup menyenangkannya.
5.membataskan pergaulan
rakan yang baik juga perlu meletakkan pembatasan antara laki dan perempuan seperti mana yang disyariatkan..supaya persahabatan ini diredai Allah..pastinya akan lebih berkekalan.
6.bersikap jujur
kejujuran amat penting. sikap ini akan mengelakkan perselisihan faham & elakkan rasa tidak senang rakan terhadap anda. kejujuran adalah tanda ketulusan hati dan keikhlasan anda terhadapnya.
7.menjaga hati rakan
ini juga amat penting. termasauklah tingkah laku, perbuatan dan tutur kata terhadap rakan anda. jangan mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.
jadi pilih lah kawan yang baik...jdilah kawan yang pengaruh kawan kepada kebaikan bukan kepada keburukan...selamat menjadi kawan terbaik!!! :-)
No comments:
Post a Comment